e-AGIHAN MAIK (Permohonan & Semakan Bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan)
Berita menggembirakan buat rakyat Kelantan, kini Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terus melangkah setapak lagi ke hadapan apabila memperkenalkan sistem permohonan bantuan secara atas talian iaitu e-Agihan bagi menggantikan permohonan menggunakan borang (manual). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan melalui sistem ini, semoga membantu.
APA ITU e-AGIHAN
Sistem ini diperkenalkan bagi memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pemohon yang ingin membuat bantuan bantuan. Sistem ini dibahagikan kepada dua sub sistem, iaitu Sistem Permohonan Bantuan dan Sistem Kelulusan Permohonan Bantuan yang kedua-duanya berorientasikan atas talian (online).
Pelancaran Sistem e-Agihan ini disempurnakan bersempena Majlis Sidang Media Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan MAIK Bagi Tahun 2021 yang diadakan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu.
KELEBIHAN MEMBUAT PERMOHONAN MENERUSI e-AGIHAN
Berikut adalah merupakan kelebihan sekrianya membuat permohonan menerusi sistem ini:
- Sistem ini bukan sahaja memudahkan urusan permohonan, semakan dan kelulusan bantuan dengan menyediakan platform akses atas talian, malah mempercepatkan lagi tempoh permohonan dan kelulusan bantuan.
- Ia juga menggalakkan sifar atau pengurangan penggunaan kertas dan menyediakan perkhidmatan cepat, mudah dan telus.
- Pelaksanaan sistem ini merupakan inovasi kepada penggunaan teknologi maklumat sebagai medium interaksi asnaf dan MAIK. Transformasi penggunaan manual kepada permohonan atas talian ini menepati permintaan asnaf dan pihak pengurusan yang mahukan satu kaedah yang lebih cepat, mudah dan telus.
- Melalui saringan/tapisan kadar had kifayah dan syarat-syarat permohonan, beberapa proses manual telah berjaya dipendekkan bagi membolehkan sistem ini memfokuskan kepada mereka yang benar-benar layak untuk disantuni.
- Pelaporan siasatan juga dilaksanakan secara atas talian membolehkan penyiasat MAIK menjalankan kerja dengan lebih efisyen.
KUMPULAN SASARAN eAGIHAN
Kumpulan sasaran pengguna sistem ini adalah asnaf, sanak saudara, jiran tetangga, agensi yang terlibat dan masyarakat atau komuniti yang prihatin dalam membantu menjadi pemudah cara.
PROGRAM BANTUAN MAIK MELALUI SISTEM eAGIHAN
Berikut adalah merupakan antara program bantuan yang tersedia melalui sistem ini iaitu:
- Bantuan Tetap Bulanan
- Bantuan Pembangunan Asnaf
- Bantuan Am
- Bantuan Rawatan Perubatan
- Bantuan Persekolahan
- Bantuan Melanjut Pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi
- Bantuan Pelajar Pondok Dan Tahfiz
- Bantuan Hari Raya
- Skim Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman
- Bantuan Rumah Kediaman
- Biasiswa Tengku Anis MAIK
- Bantuan Rawatan Dan Perubatan (Projek Khas)
- Program Pengajian A Level Dan Ijazah Dalam Dan Luar Negara
- Program Pengajian Diploma Dan SKM
- Program Biasiswa Sultan Ismail Petra
- Bantuan Kepada Gharimin
- Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP)
- Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke IPT – Fisabilillah
CARA PERMOHONAN e-AGIHAN
Kepada pemohon yang ingin membuat permohonan menerusi sistem ini, berikut adlaah merupakan caranya:
- Layari pautan http://eagihan.e-maik.my
- Pemohon membuat pilihan jenis bantuan yang diperlukan.
- Permohonan tersebut akan disaring/ditapis melalui maklumat Had Kifayah, KIR dan syarat-syarat kelayakan.
- Pemohon yang melepasi saringan tersebut adalah dikategorikan LAYAK untuk meneruskan permohonan.
- Langkah-langkah permohonan akan mengambil kira pengisian maklumat permohonan yang lengkap, memuatnaik maklumat secara digital mengikut garis panduan yang ditetapkan serta pengemaskinian maklumat sehingga selesai sebelum menekan butang “Hantar”.
- Pemohon akan menerima nombor rujukan permohonan melalui notifikasi SMS.
- Permohonan akan disemak dan diproses secara atas talian oleh pegawai/kakitangan MAIK. Status permohonan akan berubah mengikut proses yang terlibat iaitu proses siasatan, proses semakan, proses kelulusan dan proses bayaran.
- Setiap dari proses tersebut boleh dijejak secara atas talian oleh pemohon berdasarkan nombor rujukan yang diberikan.
- Permohonan akan berakhir dengan notifikasi SMS dari pihak bank setelah bayaran dikreditkan ke akaun penerima.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sistem e-Agihan ini, sila layari website rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK 2022(eagihan.e-maik.my)
Tags: #APA ITU e-AGIHAN #CARA PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN MAIK #CARA PERMOHONAN e-AGIHAN #e-Agihan #e-AGIHAN MAIK (Permohonan & Semakan Bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan) #KELEBIHAN MEMBUAT PERMOHONAN MENERUSI e-AGIHAN #KUMPULAN SASARAN e-AGIHAN #MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN BAGI BANTUAN PRIHATIN MAIK #PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN MAIK #PROGRAM BANTUAN MAIK MELALUI SISTEM e-AGIHAN #SENARAI BANTUAN PRIHATIN MAIK #SENARAI KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN MAIK
MALIKI BIN NARJERI3 tahun ago
Permohonan bantuan prihatin maik
MALIKI BIN NARJERI3 tahun ago
Permohonan bantuan orihatun maik
MOHD ZAMRI BIN AHMAD3 tahun ago
BANTUAN PRIHATIN MAIK
Ahmad Syahmi Faiz Bin Zaini3 tahun ago
PEMOHONAN BANTUAN PRIHATIN MAIK
Mohd fauzan hassan3 tahun ago
PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN MAIK
Mahadi bin mat resat3 tahun ago
Saya amat memerlukkan bantuan
Fazlin3 tahun ago
Sangat memerlukan bantu
Nur azimi binti mohd razali2 tahun ago
Permohonan bantuan maik
Nur azimi binti mohd razali2 tahun ago
Saya amat memerlukan bantuan rumah kos rendah.
SITI HAFIZA BINTI GHAZALI2 tahun ago
Permohonan bantuan prihatin maik
Che Mohd Zamree Bin Che Muda2 tahun ago
saya amat perlukan bantuan prihatin maik..masalah nak isi x boleh..
Muhd nizar ismail2 tahun ago
Saya memerlukan bantuan prihati maik
Nor zaharina binti nasrun6 hari ago
Bantuan berniaga