KEMASKINI MySEJAHTERA(Cara Update Status Kesihatan Jika Positif Covid-19) 

KEMASKINI MySEJAHTERA (Cara Update Status Kesihatan Jika Positif Covid-19) 

KEMASKINI MySEJAHTERA

 

Untuk makluman setiap rakyat Malaysia,anda wajib membuat kemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera.Bagaimanakah cara kemaskini MySejahtera?

 

BAGAIMANA JIKA GAGAL MEMBUAT KEMASKINIMySEJAHTERA?

Kegagalan berbuat demikian boleh didenda seperti yang dilaporkan Harian Metro baru-baru ini di mana seramai 31 pekerja di Perak masing-masing didenda antara RM1,500 dan RM2,000 kerana gagal mengemas kini status kesihatan mereka.

Namun difahamkan mereka yang didenda itu berdasarkan Prosedur operasi standard (SOP) ini merujuk kepada SOP pengilangan dan bukannya SOP Am.

 

CARA KEMASKINI STATUS KESIHATAN DI MySEJAHTERA

Berikut adalah tutorial update status kesihatan di aplikasi MySejahtera:

1 – Buka Aplikasi MySejahtera

2 – Klik “Status COVID-19”

3 – Tekan butang “Start”

4 – Jawab 6 soalan yang disediakan dan klik “Submit”

5 – Masuk bahagian “Profile” dan klik butang “Refresh”. Selesai kemaskini.

 

CARA KEMASKINI STATUS IBU MENGANDUNG & MENYUSU BAYI DI MySEJAHTERA

Berikut adalah tutorial kemaskini / update status ibu mengandung & menyusu di MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Tekan butang ‘TUTUP’ (Close)
  3. Pergi ke menu ‘Vaksinasi COVID19’ (COVID-19 Vaccination)
  4. Pilih ‘Vaccine for ____(nama anda)____’
  5. Klik pada butang ‘Click if pregnant / breastfeeding’
  6. Tandakan maklumat yang sesuai dan tekan butang ‘Submit’
  7. Selesai

Boleh ke SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN COVID19 melalui MySEJAHTERA?

 

CARA KEMASKINI KEPUTUSAN UJIAN KENDIRI COVID-19 DI MYSEJAHTERA

Sebelum anda membuat kemaskini, pastikan anda telah update aplikasi MySejatera anda yang terkini. Berikut adalah cara kemaskini keputusan ujian kendiri C-19 dalam MySejahtera:

  1. Buka aplikasi Mysejahtera anda.
  2. Akan terpapar Scanner, klik Close
  3. Kemudian klik pada Home dan pilih Ujian Kendiri Covid-19.
  4. Terdapat 4 syarikat yang telah diluluskan oleh KKM untuk membuat ujian kendiri iaitu:
    • Salixium COVID-19 Rapid Antigen Test Kit
    • Gmate® COVID-19 Ag Salive For Home Use
    • JusCheck Covid-19 Antigen Rapid Test
    • Pemeriksaan Di Tapak Syarikat
  5. Seterusnya pilih salah satu jenis Ujian Kendiri yang anda lakukan.
  6. Pada paparan seterusnya, klik pada Kemas Kini Ujian Kendiri
  7. Seterusnya akan terpapar Helpdesk Mysejahtera yang menunjukkan No Kad Pengenalan anda dan anda hendaklah melengkapkan maklumat seperti:
    • Nama penuh (Seperti kad pengenalan)
    • Alamat email
    • Sahkan alamat email
  8. Setelah lengkap klik seterusnya, dan anda diminta untuk melengkapkan Alamat rumah anda dan klik Seterusnya.
  9. Kemudian anda dikehendaki menjawab soalan Di Mana Kit Ujian Diri Diperolehi (pilih jawapan anda), klik Seterusnya.
  10. Kemudian anda dikehendaki menjawab jenis sampel yang diambil seperti:
    • Saliva – air liur
    • Nasal – hidung
    • Lain-lain
  11. Masukkan keputusan ujian kendiri yang dibuat sama ada Positif, Negetif atau Tidak Sah. Kemudian klik Hantar.
  12. Satu pop pemakluman Terima kasih akan terpapar. Anda akan terima satu email pengesahan dari Mysejahtatera.

 

CARA KEMASKINI HOME ASSESMENT TOOL MYSEJAHTERA

Home Assesment Tool (HAT) perlu digunakan oleh pesakit dan kontak rapat Covid-19 untuk memantau gejala-gejala yang memerlukan rawatan segera.

Berikut adalah panduan kemaskini mengikut turutan:

  1. Pergi ke laman utama MySejahrtera
  2. Semak tab Perlu Dilakukan
  3. Jawab soalan yang ada di dalam HAT setiap hari.

 

CARA ISTIHARKAN DIRI SEBAGAI KONTAK RAPAT

Kontak rapat diwajibkan mengsitiharkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai Langkah awal untuk memastikan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dapat membuat pemantauan.

Berikut adalah cara membuat Istihar Diri Sebagai Kontak Rapat di MySejahtera :

  1. Klik ‘Status COVID-19’ di laman utama aplikasi MySejahtera.
  2. Tekan ‘Mula’ untuk mula menjawab soalan.
  3. Jawab ‘Ya’ jika anda merupakan kontak rapat dengan seseorang yang positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari yang lepas.
  4. Isikan maklumat kes positif COVID-19 tersebut.

 Nota: Semua kontak rapat perlu menjalani pengasingan atau kuaratin di rumah sendiri atau di pusat kuaratin.

 

CARA TUKAR ALAMAT DI MYSEJAHTERA

Berikut adalah merupakan cara mengemaskiniatau tukar  alamat anda di MySejahtera:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Tekan Helpdesk
  3. Pilih bahasa dan tekan Mula atau Start
  4. Pilih “Saya ingin mengemas kini Nama, Nombor Kad Pengenalan/Pasport, ID Pengguna atau memadam akaun saya” atau ” I want to update my Name, IC/Passport, User OD or delete my account.”
  5. Seterusnya Pilih “Saya ingin menukar alamat rumah” atau “I want to change my home address”.
  6. Masukkan alamat rumah yang baharu.
  7. Tekan “Seterusnya” atau “Next”.
  8. MySejahtera kemudian akan menghantar e-mel setelah berjaya menukar alamat anda dalam sistem.
  9. Untuk menyemaknya, anda boleh lihat pada State di profil MySejahtera anda
  10. Namun jika anda tukar alamat dalam negeri yang sama, maka tiada perubahan dipaparkan.

 

KEMASKINI TARIKH LAHIR DI MYSEJAHTERA UNTUK STATUS VAKSINASI LENGKAP

Pihak MySejahtera telah mengeluarkan notis makluman bertarikh 1 April 2022 untuk mengingatkan pengguna agar mengambil tindakan mengemaskini tarikh lahir anda di aplikasi berkenaan.

Menurut notis itu, kegagalan mengemaskini tarikh lahir ini boleh menyebabkan status vaksinasi akan ditukarkan kepada tidak lengkap vaksinasi atau tidak divaksinasi. Berikut adalah merupakanc ara untuk mengemaskini:

  1. Pergi ke halaman “Profil”
  2. Tekan pada ikon menu di penjuru atas kanan
  3. Pilih “Butiran Peribadi Saya”
  4. Kemaskini tarikh lahir anda di ruangan yang disediakan

NOTA: Status vaksinasi lengkap anda tidak akan terpapar di profil MySejahtera sekiranya anda tidak kemas kini maklumat tarikh lahir ini.

 

KEMASKINI MySEJAHTERA VERSI TERKINI UNTUK MENGGUNAKAN CIRI TERBARU

Anda boleh kemaskini aplikasi MySejahtera ke versi terkini iaitu 1.1.9 melalui Google Playsote / Apple Store Huawei AppGallery untuk menggunakan ciri baharu yang disediakan melalui aplikasi ini.

Dengan ciri Terbaru Pengesanan Hotspot (Pengesan Penyakit Berjangkit) di Aplikasi MySejahtera ini, pengguna aplikasi MySejahtera dapat mengesan kes-kes aktif penyakit berjangkit di mana-mana kawasan seperti:

  • Penyakit Anjing Gila (Rabies)
  • Demam Campak (Measles)
  • Denggi
  • Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
  • Covid-19

 

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah cara untuk membuat kemaskini status kesihatan di My Sejahtera?

  • Sila rujuk artikel di atas.

Bilakah ibu mengandung dan menyusu bayi boleh update MySejahtera?

  • Bermulai 2 Jun 2021.

Kenapa ibu mengandung dan menyusu bayi perlu membuat kemaskiniMySejahtera?

  • MySejahtera telah melancarkan ciri pilihan baru untuk mengenalpasti ibu mengandung dan menyusukan bayi bagi tujuan pertimbangan vaksinasi. Dengan menandakan ciri ini, vaksin yang bersesuaian akan dikhaskan untuk ibu mengandung dan ibu menyusu berdasarkan keperluan masing-masing.

Adakah ibu mengandung boleh membuat kemaskini di My Sejahtera?

  • Ya boleh,untuk memaklumkan status anda sebagai ibu mengandung.

Adakah ibu menyusu boleh membuat kemaskini di MySejahtera?

  • Ya boleh,untuk memaklumkan status anda sebagai ibu menyusu anak

Apakah jenis vaksin yang disarankan kepada ibu mengandung/menyusu?

  • Panduan Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan Bayi menyatakan ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak hanya disaran mengambil vaksin COVID-19 keluaran Pfizer.

2 thoughts on “KEMASKINI MySEJAHTERA(Cara Update Status Kesihatan Jika Positif Covid-19) ”

Leave a Comment