eDOG DBKL (Permohonan Lesen Anjing Online & Aduan)
Kepada warga pendudul Wilayah Persekutua Kuala Lumpur yang ingin membuat permohonan lesen anjing secara online, kini pihak DBKL telah mewujudkan sistem eDOG DBKL. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan serta aduan menerusi sistem ini, semoga membantu.
APA ITU eDOG DBKL
Sistem Pengurusan Lesen Anjing DBKL (eDOG DBKL) ini bertujuan memudahkan pengurusan permohonan & pembaharuan lesen anjing secara online. Daftar sekarang dan nikmati kemudahan pengurusan lesen anjing secara mudah dan cepat.
KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN ANJING
Sesiapa yang menetap atau beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan memlihara anjing sahaja yang layak memohon.
BILANGAN ANJING YANG DIBENARKAN DIPELIHARA
- Jenis Kediaman Banglo/Teres/Kilang
- Keluasan kurang 300 meter persegi (3229.2 kaki persegi) – 1 ekor anjing sahaja
- Keluasan lebih 300 meter persegi (3229.2 kaki persegi) – Tidak melebihi 2 ekor anjing
- Jenis Kediaman Apartmen/Town House/Kondo / Bangunan Bertingkat
- Datuk Bandar Kuala Lumpur boleh membenarkan seekor anjing jenis kecil ( Small Dog ) dipelihara, dilindungi atau disenggara disesuatu flat.
KADAR BAYARAN LESEN ANJING
Setiap lesen anjing bernilai RM10 sahaja dan hanya sah untuk seekor anjing selama satu tahun. Sekiranya pemilik memiliki lebih daripada seekor anjing, pemilik hendaklah membayar harga lesen bagi setiap ekor anjing yang dimiliki.
LOKASI PEMBAYARAN LESEN ANJING
- Kaunter Bayaran Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut
- Semua Kaunter Bayaran Pejabat Cawangan DBKL
- Kaunter Bayaran Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, DBKL
PROSES PERMOHONAN LESEN ANJING
- Pemeliharaan anjing di Kediaman jenis Banglo / Teres / Kilang
- Sila isi permohonan lesen anjing secara online
- Permohonan akan diterima atau ditolak secara automatik. Sekiranya permohonan diterima, cetak bil pembayaran
- Buat bayaran di mana-mana kaunter DBKL
- Terima lencana anjing dan resit pembayaran
- Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh membuat rayuan. Rayuan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja
- Pemeliharaan anjing di Kediaman jenis Apartmen / Town House / Bangunan Bertingkat
- Sila isi permohonan lesen anjing secara online. Permohonan mesti disertakan bersama Surat Kebenaran Memelihara Anjing ( Consent Letter ) daripada Joint Management Body (JMB) atau Management Corporation (MC).
- Permohonan akan diproses oleh Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar dalam masa 14 hari bekerja.
- Sekiranya permohonan diterima, cetak bil pembayaran
- Buat bayaran di mana-mana kaunter DBKL
- Terima lencana anjing dan resit pembayaran
- Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh membuat rayuan. Rayuan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja
CARA PERMOHONON LESEN ANJING ONLINE
Berikut adalah merupakan cara permohonan iaitu:
- Layari pautan permohonan baru atau pembaharuan lesen anjing secara atas talian
- Sebagai pengguna kali pertama anda dikehenadki untuk mendaftar akaun terlebih dahulu. Kemudian log masuk ke dalam akaun anda
- Ikuti proses permohonan sehingga selesai.
- Anda boleh merujuk Manual Sistem Pengurusan Lesen Anjing DI SINI
CARA BUAT ADUAN ANJING
Berikut adalah merupakan cara untuk anda membuat aduan terhadap anjing iaitu:
- Layari pautan aduan: eDOG Aduan DBKL
- Masukkan amklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia seperti:
- Nama
- E-mel
- Mesej: nyatakan aduan anda
- Setelah lengkap klik pada Hantar
- Maklumbalas akan dikemukakan melalui e-mel anda.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem eDog DBKL, anda boleh melayari pautan rasminya Sistem Pengurusan Lesen Anjing
ARTIKEL BERKAITAN:
- PERMOHONAN SEWA KEDAI PREMIS KIOSK DBKL 2023 (Berapa Harga & Borang)
- BAS SEKOLAH PERCUMA DBKL (MySchoolBus) 2023/2024
Cimb bila nk msok ni . semak status dlm proses pengkreditan.. lgi tiga hri nk raya dgn baju ank bini nk kena bli, kmi bkn org sng..
Knpe tngok dlm tarih portal maybnk stat di credidkan 5 hri bln tpi smpai hrini xmsuk2 pun lgi
Urmmm… ale uto ¯\_(ツ)_/¯ kite tgu dri jumatt+-+&–_& senin..pstu hrini selasa, kdg2 kecik juga kite tgokkkkkk die kan.. byak yg kite plan…pstu xjadi sbb tertungu-tungu.
Ok lah, bye.
HONG LEONG bank bila masuk???semak status dlm proses pengkreditan juga…
Maybank Petaling jaya Selangor bank bila masuk semak status dlm proses pengkreditan juga….
Publick bank bila masuk? Tolong lah perlu kan duit nie… Sekarang dah 12 hb kenapa belum masuk lagi…
Hari ni dh 15hb duit BPR masih lagi tidak masuk ke acc bank…. Bleh Bg tau x knp and ape masalah?????sbb ramai lg yg xdpt ni…