PKKP : Pemberian Khas Kepada Pesara (Tarikh Bayaran)

PKKP : Pemberian Khas Kepada Pesara (Tarikh Bayaran)

PKKP PEMBERIAN KHAS PESARA

Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) diteruskan untuk tempoh Januari 2024 hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2023.

Keputusan pemberian bantuan PKKP merupakan komitmen berterusan Kerajaan dalam menjaga kebajikan pesara selain menghargai sumbangan pesara semasa dalam perkhidmatan. Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh bayaran pemberian khas pesara PKKP dan contoh penggiraan, semoga membantu.

 

APA ITU PENGHARGAAN KHAS KEPADA PESARA (PKKP)?

Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) adalah inisiatif Kerajaan untuk mengharmonikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memelihara kebajikan pesara. PKKP merupakan pembayaran perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara setiap bulan, sama seperti amaun pencen semasa.

 

KESAN KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN TERHADAP PESARA

Bayaran pencen kepada semua pesara perlu dikembalikan kepada amaun pencen asal iaitu:

  • Pegawai awam yang bersara sebelum 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012; dan
  • Pegawai awam yang bersara mulai 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara

 

CONTOH KIRA PENGHARGAAN KHAS KEPADA PESARA (PKKP)

Sebagai contoh, sekiranya amaun pencen asal pesara pada bulan Disember 2012 ialah sebanyak RM1,413.49, manakala amaun pencen bulan Jun 2023 ialah sebanyak RM1,757.43, pengiraan PKKP adalah seperti berikut:

Amaun pencen asal + bantuan khas PKKP = amaun semasa

= RM1,413.49 + RM343.94 = RM1,757.43

 

TARIKH BAYARAN PENGHARGAAN KHAS KEPADA PESARA 2024

Pemberian bayaran khas kepada pesara PKKP akan dibuat bayaran mulai pada (akan dikemaskini kemudian)

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PKKP

Adakah pesara perlu membuat pembayaran semula kenaikan pencen dua peratus (2%) yang telah diberikan mulai tahun 2013?

  • Tidak perlu. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Kerajaan tidak boleh mengutip balik penyelarasan pencen tahunan sebanyak 2% yang telah dibayar sebelum ini.

Bilakah penyelarasan pencen bagi pesara-pesara akan dibuat?

  • Penyelarasan pencen akan dibuat selaras dengan pelaksanaan semakan gaji pegawai Perkhidmatan Awam.

Adakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan semakan gaji pegawai Perkhidmatan Awam dalam masa yang terdekat ini?

  • Kerajaan sedang dalam tindakan menyediakan cadangan semakan semula gaji pegawai Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, sebarang pertimbangan terhadap syor semakan gaji adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan Negara.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pemberian khas kepada pesara PKKP, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “PKKP : Pemberian Khas Kepada Pesara (Tarikh Bayaran)”

Leave a Comment