eKasih 2020: PENDAFTARAN,PERMOHONAN BARU & SEMAKAN PERMOHONAN PORTAL eKasih

eKasih 2020: PENDAFTARAN,PERMOHONAN BARU & SEMAKAN PERMOHONAN PORTAL eKasih

eKasih 2020 PENDAFTARAN,PERMOHONAN BARU & SEMAKAN PERMOHONAN PORTAL eKasih

 

Berdasarkan kajian semula terhadap had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional dibuat bagi mendapat gambaran mengenai perbelanjaan dan keperluan penduduk Malaysia dengan lebih tepat.

Maka lebih ramai yang layak untuk membuat pendaftaran baru dalam portal eKasih.

JUMLAH PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN(PGK) 2019

Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengumumkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) keseluruhan nasional adalah sebanyak RM2,208 sebulan bagi satu isi rumah pada tahun 2019.

Berdasarkan PGK baharu ini, kadar kemiskinan adalah 5.6 peratus (405, 441 isi rumah) bagi tahun 2019. Kadar kemiskinan pada tahun 2016 adalah 0.4 peratus (24,700 isi rumah) yang diukur berdasarkan metodologi PGK 2005.

 

APA ITU PORTAL Ekasih

eKasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu   merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh Kementerian/Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

 

PENDAFTARAN eKasih 2020

KIR yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan (bandar) atau RM1,000 sebulan (luar bandar) digalakkan mendaftar portal e-Kasih.

Data-data di dalam sistem ini akan disepadukan dengan data-data agensi lain bagi memudahkan proses pemberian bantuan.

 

SENARAI DATA YANG DISIMPAN DALAM PORTAL eKasih

Antara data yang terdapat dalam sistem ini termasuklah:

  • Maklumat asas KIR & Air
  • Nama penuh
  • Nombor kad pengenalan
  • Maklumat tempat tinggal
  • Pekerjaan
  • Pendapatan

 APA ITU Ketua Isi Rumah (KIR)

KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

APA ITU Ahli Isi Rumah (AIR)

AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.

KEMASKINI PORTAL E-KASIH

Anda perlu kemaskini maklumat dari semasa ke semasa supaya memudahkan proses validasi kelayakkan.

Jika anda menghadapi masalah atau keliru dalam permohonan BPN 2.0 bagi kes yang berkaitan penceraian, pasangan meninggal dunia,poligami dan telah berhenti belajar( telah bekerja),sila rujuk DISINI

PERMOHONAN ONLINE E-KASIH

Seperti dimaklumkan, proses pendaftaran dan permohonan baru eKasih 2020 boleh dibuat terus di portal rasmi https://e-kasih.icu.gov.my

CIRI UMUM PORTAL E-KASIH

Melalui sistem ini, pengguna boleh membuat:

  • Semakan status kemiskinan secara online
  • Penyelarasan maklumat bantuan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Namun pengguna berdaftar hanya akan diberikan akses mengikut kategori yang dibenarkan sahaja.

CARA DAFTAR PERMOHONAN PENDAFTARAN EKASIH 2020

Individu yang ingin mendaftar boleh menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan

Individu juga boleh membuat panggilan telefon, menghantar surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

 

 

SENARAI NOMBOR TELEFON PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI

Jika anda ada sebarang persoalan, ataupun mahu datang terus ke Pejabat Pembangunan Negeri masing-masing, boleh terus hubungi nombor telefon yang tertera pada jadual di bawah ini:

  • PERLIS 04-9731976
  • KEDAH 04-7209236
  • PULAU PINANG 04-2185700
  • PERAK 05-2497400
  • SELANGOR 03-55213600
  • KUALA LUMPUR 03-40420260
  • NEGERI SEMBILAN 06-7659945
  • MELAKA 06-3333333
  • JOHOR 07-2234777
  • PAHANG 09-5178208
  • TERENGGANU 09-6272000
  • KELANTAN 09-7455000
  • SARAWAK 082-446582
  • SABAH 088-484800

SENARAI BANTUAN UNTUK KIR/AIR E-KASIH

1)BANTUAN SARA HIDUP(BSH) 2020

Jikalau nama anda tersenarai dalam senarai portal pembasmian kemiskinan anda layak mendapat bayaran melalui semakan bantuan sara hidup 2020 sehingga RM1,200 setahun.Dan setiap anak-anak, anda juga dapat tambahan Rm120 setiap seorang.

2)PROGRAM SUKARELA INSENTIF SURI

 

Program ini merupakan sumbangan kerajaan kepada golongan suri rumah sebanyak RM200 bagi tahun 2018 dan RM480 bagi tahun berikutnya.

Sumbangan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk infografik i-Suri di bawah.

Semakan status kelayakan i-SURI KWSP boleh disemak di mana-mana kaunter KWSP mulai 15 Ogos 2018.

 

3) BANTUAN IBU TUNGGAL & WARGA EMAS

Sepanjang tempoh PKP dan juga pasca PKP, banyak bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem ekasih

4) BANTUAN OKUS & BANTUAN ANAK YATIM

Setiap kali kerajaan mengumuman secara one off kepada bantuan oku dan bantuan anak yatim, biasanya kerajaan akan merujuk kepada senarai nama dalam pengkalan data portal pembasmian kemiskinan untuk diberikan keutamaan dalam pembayaran bantuan terlebih dahulu.

 

5) BANTUAN PERSEKOLAHAN

Menjelang pembukaan sekolah, pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang mana nama ibu bapa sudah tersenarai dalam portal pembasmian kemiskinan menerima bantuaan persekolahan

6) BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Anda semestinya diberikaan keutamaan untuk turut menerima pengumman bantuan ini oleh keraajaan Malaysia

SEMAKAN KELULUSAN PENDAFTARAN/PERMOHONAN EKASIH

Anda boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

SOALAN LAZIM EKASIH

Siapakah yang boleh mendaftar dalam eKasih?

Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa boleh mendaftar.

Bagaimana individu boleh mendaftar dalam eKasih?

Individu/orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi atau membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Sekiranya nama telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah sebarang bantuan dapat disalurkan dan bila bantuan akan diberikan?

Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing. Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Bolehkah saya mendaftar saudara/rakan saya yang miskin/miskin tegar ke dalam Sistem eKasih?

Boleh sekiranya saudara/rakan anda berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Segala maklumat lanjut tentang sistem eKasih boleh dirujuk di portal rasmi mereka atau rujuk manual penggunaan di atas.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, layari https://e-kasih.icu.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

eKasih 2022: PENDAFTARAN & PERMOHONAN BARU PORTAL eKasih

31 thoughts on “eKasih 2020: PENDAFTARAN,PERMOHONAN BARU & SEMAKAN PERMOHONAN PORTAL eKasih”

  1. Adakah kabar angin atau apa kabar, Bskk sayang itu benar atau, boneka.. Kasihan yg mengunakan sesama memerlukan cuma mendengar kabar yang, membuatkan 1 famly menharap dapat beli lauk paok dan sebagainya.. Harap2 kabar itu bukan cukup syarat dan biar lambat.. Yang penting di bayar,cuma tanam la nama BERKAH sebagai iklas tolong rakyat.. Assalamualaikum cau

    Balas
  2. Ingin memohon. TOLONG la beri sdikit perhatian pada permohonan sy. Sy betul2 memerlu kan bantuan kewangan untuk myara kehidupan seharian sy. Sy ibu tunggal umur 53 yg mgalami sakit tulang Belakang dan tumit kaki kerana patah dan retak. Sbb penah megalami kemalangan beberapa tahun dahulu. Dan sy penah lumpuh selama setahun.

    Balas
  3. Ingin memohon dan merayu sy betul 2memerlukan bantuan bagi pihak suami syyg terputus bantuan sara hidup nelayan darat beberapa tahun lalu tanpa usul periksa….bagi menyara hidup keluarga ,anak2 masih kecek bersekolah lagi dan semua anak masih dlm tanggungan.tambahan pula suami kurang sihat(asma)minta tlg kerjasama dr pihak ekasih 2020…..

    Balas
  4. Sekali lagi ingin memohon .Tolong perhatian pada permohonan sy.sy betul2 memerlukan bantuan sara hidup nelayan darat di sambung semula …bantuan sara hidup nelayan sy tiba2 diberhentikan tanpa usul periksa tiada pantau kerumah sy…..dah beberapa tahun sy tiada Nerima bantuan sara hidup nelayan,anak2 masih kecek sekolah dan semua dlm tanggungan.sy amat memerlukan bantuan ini untuk menyara hidup keluarga sy yg kurang mampu…….tolong minta kerja sama pihak ekasih2020

    Balas
  5. Saya seorang bapa tunggal mempunyai tanggungan 2 orang ank berusia 8thn dan 5 thn, pendapatan saya rm50 sehari, sekarang sudah diberhentikan tidak bekerja, disebabkan kilang sudah kurang production disebabkan pkp, mohon bantuan ini somoga dpt meneruskan hidup.

    Balas
  6. Pendaftaran Dan Permohonan baru ekasih Dan saya tidak dpt bàntuan bpr sedangkan saya ibu tunggal Dan tidak Bekerja lgi

    Balas

Leave a Comment