Isi Kandungan
ePesara PDRM:CARA DAFTAR LOGIN & SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PJPN/KAD PESARA
ePesara PDRM merupakan sebuah sistem yang dibangunkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan PDRM, Bukit Aman. Platform atas talian yang dibuka pengoperasiannya pada 1 Julai 2020 ini memberi kemudahan komunikasi dua hala di antara pesara / bekas polis serta waris dalam menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh Polis Diraja Malaysia.
Bagaimana cara untuk daftar, login dan semakan ePesara PDRM? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU KAD PESARA PDRM
Tujuan Kad Pesara Polis dibekalkan kepada Pesara yang menerima pencen adalah untuk mengenang jasa mereka kepada Pasukan PDRM sepanjang perkhidmatan sekaligus merupakan kad pengesahan Pesara Polis. Kad ini digunakan dalam urusan-urusan rasmi yang melayakkan Pesara Polis dan tanggungan menikmati kemudahan dan bantuan yang disediakan.
CARA DAFTAR ePESARA PDRM
Berikut adalah merupakan cara daftar ePesaraPDRM:
- Layari pautan rasmi ePesara PDRM: https://epesara.rmp.gov.my/
- Klik pada Log Masuk ePesara PDRM
- Klik SINI untuk mendaftar akaun anda.
- Bahagian Maklumat pendaftaran akaun pengguna, isikan:
- ID Pengguna – No kad pengenalan anda
- Kata Laluan – cipta kata laluan anda, sahkan kata laluan itu
- Emel- masukkan emal anda yang sah untuk tujuan pengaktifan. Sahkan email seklai lagi
- Bahagian soalan keselamatan kata laluan:
- Jawab dua soalan yang tertera bagi tujuan sekiranya anda terlupa kata laluan
- Bahagian Maklumat pengguna:
- Masukkan maklumati yang diperlukan, Katagori, Nama, Jantina dan No Telefon(pastikan aktif).
- Masukkan Kod Pengesahan yang tertera, Tekan Hantar.
- Klik pada Pautan Pengaktifan yang diterima melalui email yang telah anda daftarkan.
- Paparan mesej pengaktifan akaun telah berjaya
- Pendaftran anda selesai
CARA LOGIN ePESARA PDRM
Setelah selesai proses pendaftaran di atas, anda boleh login ePesaraPDRM. Berikut adalah cara login:
- Layari pautan rasmi ePesara PDRM: https://epesara.rmp.gov.my/
- Klik pada Log Masuk ePesara PDRM
- Masukkan Id Pengguna (No Kad Pengenalan)
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan Log Masuk
- Paparan utama akan terpapar, anda telah berja login
SEMAKAN PERMOHONAN MANUAL KAD PESARA POLIS
Sekiranya anda pernah memohon kad pesara secara manual (offline) atau kad pesara belum diterima sebelum ini, sila semak status kad pesara terlebih dahulu. Berikut adalah cara semakan:
- Layari pautan rasmi ePesara PDRM: https://epesara.rmp.gov.my/
- Klik pada Log Masuk ePesaraPDRM
- Sila klik sila semak status kad pesara di bahagian bawah Log Masuk
- Masukkan No kad Pengenalan anda
- Klik Semak
- Status semakan anda akan terpapar
Nak semak LAPORAN KREDIT CTOS PERCUMA?
CARA PERMOHONAN KAD PESARA
Sekiranya semkana anda berstatus ‘Rekod tidak dijumpai. Sila mohon dalam talian’, anda dikehendaki membuat permohonan. Berikut adalah cara membuat permohonan
- Layari pautan rasmi ePesara PDRM: https://epesara.rmp.gov.my/
- Log masuk akaun anda
- Klik Permohonan Kad Pesara.
- Isikan butian maklumat anda yang diperlukan
- Semakan butirna maklumat anda
- Tekan HantarCARA MOHON RM500 PINGAT JASA PAHL
- Permohonan anda selesai
BAYARAN ONE-OFF RM500 PENERIMA PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA 2022 (P.J.P.N)
- Dimaklumkan bahawa Pesara Polis / Bekas Polis / Petugas Polis Era Darurat yang berkhidmat semasa Era Insugensi Komunis bermula 12 Julai 1948 hingga 17 Oktober 1990 boleh mula membuat semakan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) bagi tahun 2022.
- Sila layarii portal epesara di pautan https://epesara.rmp.gov.my untuk semakan dan kemaskini alamat kediaman terkini dan muat naik dokumen sokongan tuntutan di dalam Sistem ePesara PDRM pada atau sebelum 30 Januari 2022.
- Bagi mereka yang bakal Bersara Cukup Umur (BCU) atau Bersara Pilihan Sendiri (BPS) bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022, sila hubungi segera Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman di talian 03-2266 8387.
CARA MOHON RM500 PINGAT JASA PAHLAWAN NEGARA 2022
Untuk membuat permohonan Pingat Jasa Pahlawan Negara bagi kategori Pesara dan Bekas Polis, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan ePesara PDRM
- Daftar sebagai pengguna Sistem ePesara PDRM
- Kemudian Log masuk untuk membuat permohonan dalam talian
- Memuat naik dokumen yang diperlukan
- Semak status permohonan boleh disemak melalui inbox status Sistem ePesara PDRM
- Semak jemputan penerimaan Pingat Jasa Pahlawan Negara melalui inbox status Sistem ePesara PDRM
- Pengesahan jemputan menghadiri istiadat Pingat Jasa Pahlawan Negara melalui inbox status Sistem ePesara PDRM
NOTA: Tarikh Permohonan adalah sebelum 30 Januari 2022
SOALAN LAZIM
Apakah keistimewaan kad pesara pdrm?
- Permohonan bantuan kebajikan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP);
- Permohonan Pingat Jasa Pahlawan Negara; dan
- Tuntutan menghadiri istiadat penerimaan pingat.
Apakah kelayakan pemilik kad pesara pdrm?
- Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis yang akan menjalani persaraan wajib / pilihan sendiri / sebab kesihatan;
- Pesara Polis yang memiliki Kad Pesara JPA dan menerima pencen; dan
- Tidak layak memegang Kad Pesara sekiranya diberhentikan atas sebab tatatertib dan tamat perkhidmatan.
Berapa lama tempoh permohonan kad?
5 hari bekerja daripada tempoh permohonan lengkap diterima oleh Unit Kad Kuasa, Cawangan Perkhidmatan (Rekod Personel), Jabatan Pengurusan.
Macam mana nak LOGIN MyAhli ONLINE PDRM
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh hubungi:
- Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Tingkat 25, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman,50560 Kuala Lumpur
- Tel : 03 2266 8387/8573
- Faks : 03 2266 8388
- email: [email protected]
Kad pesara
Mohamed bin mustapha
[email protected]
Status
Duit bantuan pelajaran anak diploma sudah masok 2 tahun tak dapat lagi