ezBiz SSM LOGIN 2023:CARA DAFTAR RENEW SSM ONLINE (Register di ezbiz.ssm.com.my)
Anda boleh membuat pendaftaran SSM atau renew SSM secara online sahaja melalui ezBiz SSM.Bagaimanakah caranya?Anda hanya perlu login ezBiz SSM.
APA ITU SISTEM ezBiz SSM?
Ianya dibangunkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi memudahkan urusan pendaftaran / pembaharuan (renew) SSM secara online.
Berikut dikongsikan maklumat lengkap beserta panduan langkah demi langkah cara daftar / renew SSM online melalui sistem ezBiz SSM 2020.
CARA DAFTAR ezBiz SSM ONLINE
- Bagi memudahkan urusan pendaftaran perniagaan, anda perlu membuka akaun di ezBis SSM.
- Caranya pergi ke https://ezbiz.ssm.com.my/ dan klik “Sign Up”.
- ezbiz ssm login
- Isi maklumat nombor kad pengenalan dan nama penuh anda kemudian klik “Register”.
- Selesai pendaftaran anda perlu hadir ke mana-mana kaunter SSM untuk tujuan pengesahan IC.
- Di kaunter anda boleh terus daftar SSM dengan mengisi beberapa maklumat seperti berikut:
- Nama perniagaan
- Tarikh permulaan perniagaan
- Alamat utama perniagaan
- Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
- Maklumat pemilik dan rakan kongsi
- Jenis perniagaan yang akan dijalankan
- Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
- Sekiranya anda belum bersedia, anda boleh daftar secara online di rumah.
- Berikut contoh Borang A SSM yang perlu anda isi:
- Sekiranya perniagaan anda didaftar menggunakan nama sendiri, anda cuma perlu bayar RM30 + RM10 (maklumat perniagaan).
- Namun jika anda mendaftar nama tred seperti ABC Trading / ABC Resources, anda perlu membayar RM60 + RM10.
- Tips sebelum daftar nama perniagaan anda boleh semak dahulu adakah nama tersebut telah didaftarkan atau belum.
CARA LOGIN ezBiz SSM (selepas pendaftaran SSM)
Berikut adalah step by step untuk login ezBiz SSM:
- Layari laman web rasmi SSM di https://ezbiz.ssm.com.my
- Anda kini berada di bahagian Sign In
- Masukkan USERNAME
- Masukkan PASSWORD
- Tekan ikon mata untuk melihat password yang anda taip
- Masukkan VERIFICATION CODE seperti yang terpapar
- Tekan butang Sign In
- Anda kini telah berjaya login SSM
CARA LOGIN DAN SEMAK MYDATA SSM
Selesai pendaftaran anda boleh download maklumat perniagaan iaitu Borang D – Perakuan Pendaftaran Perniagaan.
CARA RENEW SSM ONLINE
- Untuk renew SSM online, anda hanya perlu login ke sistem ezBiz SSM dan pilih “Renewal by Owners”.
- Sistem kemudian akan memaparkan senarai perniagaan yang telah didaftarkan menggunakan IC anda.
- Sila pilih perniagaan yang ingin diperbaharui dan buat pembayaran online.
- Kemudian anda boleh download Borang E seperti di bawah:
- Sistem ezBiz juga boleh digunakan untuk renew SSM bukan milik anda.
- Dan ianya juga boleh digunakan untuk mendaftar SSM baru.
SOALAN LAZIM
Adakah wajib daftar SSM?
Setiap individu yang menjalankan perniagaan termasuk online business / freelance perlu mendaftar perniagaan anda.
Kenapa perlu daftar SSM?
Tujuan daftar SSM supaya anda boleh membuka akaun semasa di bank bagi sebarang urusan jual beli yang berlaku.
Penyata bank itulah yang bank mahukan sekiranya anda ingin memohon apa-apa pinjaman contohnya pinjaman perumahan / pembiayaan kereta.
Berapa kos daftar SSM?
Kos pendaftaran cuma RM60 setahun.
Bagaimana nak check nama perniagaan yang ingin dipilih?
Sila Login SSM e info untuk melakukan semakan nama perniagaan yang sesuai
Kenapa perlu login Mydata SSM?
Semakan Mydata untuk download sijil ssm online dan cetak maklumat pendaftaran perniagaan
Betul ke daftar SSM percuma?
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin SPPP bagi membolehkan anda dapat register dan buat pendaftaran ssm baru percuma secara online,
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat dan info tentang ezBiz SSM,sila layari portal rasmi ezBiz SSM.