SPS PRIHATIN WANITA(SPW):PERMOHONAN CARUMAN RM163 PERKESO

SPS PRIHATIN WANITA(SPW):PERMOHONAN CARUMAN RM163 PERKESO

SPS PRIHATIN WANITA(SPW)PERMOHONAN CARUMAN RM163 PERKESO

 

Melalui pakej PEMERKASA,PERKESO telah melaksanakan inisiatif seperti  Program KerjayaGig, Penambahbaikan Program Perantisan PenjanaKerjaya 2.0, Penambahbaikan Program Subsidi Upah 3.0 dan SPS Prihatin Wanita (SPW).

Program SPW dan inisiatif-inisiatif tersebut telah diumumkan oleh kerajaan menerusi Pakej PEMERKASA pada 17 Mac yang lalu.

Melalui program ini, kerajaan akan membayar 70 peratus daripada caruman, iaitu RM163 sementara usahawan serta wanita bekerja sendiri hanya perlu membayar RM69.80 iaitu 30 peratus daripada caruman setahun Pelan 2 skim itu.

APA ITU SPS PRIHATIN WANITA?

Kerajaan menyediakan peruntukan sejumlah RM10 juta bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri untuk program SPW.

Melalui program ini, kerajaan akan membayar 70 peratus daripada caruman tersebut, iaitu sebanyak RM163.00 sementara para usahawan serta wanita bekerja sendiri hanya perlu membayar RM69.80 iaitu 30 peratus daripada caruman setahun Pelan 2 skim tersebut.

APAKAH SKSPS?

SKSPS adalah singkatan kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Skim ini diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri.

Ia berfungsi memberi perlindungan kepada pencarum daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Ia juga menyediakan faedah tunai kepada pencarum dan tanggungannya, di samping rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

SENARAI PELAN SKSPS

Terdapat 4 pelan yang ditawarkan oleh SKSPS di mana kadar caruman bergantung pendapatan yang diinsuranskan berdasarkan kepada pelan yang dipilih.

Bagi usahawan wanita dan wanita yang bekerja sendiri, mereka akan mendapat manfaat daripada Dana Padanan 70 peratus untuk caruman di bawah Pelan 2 SKSPS iaitu perlindungan pendapatan sebanyak RM1,550.

 

 

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM SPW

Permohonan Program SPW boleh dilakukan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.

CARA PERMOHONAN SPS PRIHATIN WANITA PERKESO

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web PERKESO mulai 1 April.

Bayaran caruman bulanan secara online boleh dibuat seperti langkah berikut:

 

SPS PRIHATIN WANITA(SPW)

SOALAN LAZIM

Adakah berniaga sendiri boleh mohon SPS Prihatin Wanita?

Ya

Bila boleh buat permohonan SPS PrihatinWanita?

Permohonan Program SPW boleh dilakukan mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.

Berapa jumlah caruman yang dibayar oleh kerajaan melalui SPS PrihatinWanita?

Kerajaan akan membayar 70 peratus daripada caruman tersebut, iaitu sebanyak RM163.00

Berapa jumlah caruman yang dibayar oleh pencarum  melalui SPS Prihatin Wanita?

Para usahawan serta wanita bekerja sendiri hanya perlu membayar RM69.80 iaitu 30 peratus daripada caruman setahun Pelan 2 skim tersebut.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan maklumat lanjut berhubung SPS Prihatin Wanita atau inisiatif-inisiatif dalam PEMERKASA, anda boleh rujuk di laman sesawang https://www.perkeso.gov.my/ atau emel kepada [email protected]

3 thoughts on “SPS PRIHATIN WANITA(SPW):PERMOHONAN CARUMAN RM163 PERKESO”

Leave a Comment