CARA DAFTAR & GUNA GOOGLE WALLET (Setting Kad)

CARA DAFTAR & GUNA GOOGLE WALLET (Setting Kad)

GOOGLE WALLET

Terkini aplikasi Google Wallet kini sudah boleh digunakan secara rasmi untuk pengguna di Malaysia. Sekiranya anda sudah mempunyai aplikasi Google Pay, anda tidak perlu memuat turun aplikasi baru ini kerana aplikasi tersebut mungkin dipaparkan sebagai Google eWallet atau anda akan diminta untuk membuka Play Store untuk kemaskini aplikasi ini.

Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda ingin mengetahui cara daftar dan guna aplikasi Google eWallet ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU GOOGLE WALLET

Google Wallet ialah dompet digital yang selamat dan peribadi yang memberi anda akses pantas kepada kad pembayaran, pas, tiket, kunci atau ID yang anda mahu untuk disimpan pada aplikasi ini. Penggunaan aplikasi ini bukan hanya digunakan pada telefon Android juga, jam pintar yang menjalankan wearOS juga boleh menggunakan Google eWallet ini.

 

BANK YANG MENYOKONG GOOGLE WALLET

Berikut adalah merupakan anatar kad bank yang menyokongnya setakat ini:

  • CIMB Bank – kad kredit Mastercard
  • Hong Leong – kad kredit Visa, kad debit Mastercard
  • Hong Leong Islamic – kad debit Mastercard
  • Public Bank – kad kredit Visa, kad debit Visa

NOTA: kemungkinan tambahan kad bank dari HSBC dan HSBC Amanah akan menyusul.

 

CIRI CIRI GOOGLE WALLET

Berikut adlaah merupakan anatar kelebihan ciri terbaru yang dapat apa aplikasi ini:

  • Akses pantas kepada item anda
  • Tambahkan item baharu dengan cepat
  • Cari item yang anda simpan dengan lebih cepat
  • Semak aktiviti pembayaran terbaharu
  • Menu yang dikemas kini dengan ciri baharu
  • Atur kad & pas anda
  • Kawal data anda merentas Google

 

CARA DAFTAR KAD GOOGLE WALLET

Berikut adlaah merupakan cara daftar kad bank anda dalam aplikasi ini:

  1. Mmuat turun dan install Google eWallet daripada Google Play Store.
  2. Pilih akaun Google.
  3. Tekan ‘Add to Wallet’.
  4. Pilih ‘Payment Card’.
  5. Masukkan butiran kad.
  6. Keluar terma dan syarat, tekan ‘More’ dan ‘Accept’ selesai baca.
  7. Pilih cara pengesahan.
  8. Masukkan kod.
  9. Selesai

 

CARA GUNA GOOGLE WALLET

Pastikan anda telah daftarkan kad bank anda terlebih dahulu dalam aplikasi ini seperti di atas dan melakukan pembayaran pastikan telefon anda memenuhi perisian standard mempunyai NFC (yang telah diaktifkan) dan Google Pay menetapkan sebagai aplikasi pembayaran.

 

CARA PEMBAYARAN GOOGLEWALLET

Sakiranya anda ingin membuat pembeayaran menerusi aplikasi ini, berikut adalah merupakan caranay:

  1. Buka aplikasi Google eWallet .
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil atau Akaun anda kemudian Persediaan ciri ketik untuk bayar.
  3. Semak sama ada anda bersedia untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan. Untuk ciri ciri yang perlu ada bagi membuat pembayaran menerusi aplikasi ini adlaah:
    • Komunikasi medan dekat (NFC) mestilah dihidupkan.
    • Untuk membuat transaksi ketik untuk membayar menggunakan kad dalam Google eWallet, Google Pay perlu ditetapkan sebagai apl pembayaran lalai anda.
    • Tambahkan kaedah pembayaran tanpa sentuhan.
    • Sediakan kunci skrin.
    • Telefon anda perlu memenuhi keperluan keselamatan.
  4. Jika semua keperluan ini dipenuhi, telefon anda kini sudah bersedia untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan. Jangan lupa untuk hidupkan ciri NFC sebelum buat pembayaran.

NOTA: Komunikasi medan dekat (NFC) mestilah dihidupkan untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan. Untuk menghidupkan NFC, semak apl tetapkan telefon anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Google eWallet ini, anda boleh merujuk pada pautan Google Wallet Bantuan 

 

ARTIKEL LAIN

BIGPAY EWALLET:CARA DAFTAR & AKTIFKAN(Register Online di bigpayme.com)

Tags: #CARA DAFTAR & GUNA GOOGLE WALLET (Setting Kad) #GOOGLE WALLET

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!
    1. author

      AJ2 tahun ago

      nak ke nilai lepas ke? maaf sebab bertanya. maklumlah mmg tak pernah keluar dari kl sejak pkp thn lps lagi 😅

      Reply

    Leave a reply "CARA DAFTAR & GUNA GOOGLE WALLET (Setting Kad)"