PROJEK MESRA RAKYAT TENAGA NASIONAL BERHAD

PROJEK MESRA RAKYAT TENAGA NASIONAL BERHAD

PROJEK MESRA RAKYAT TENAGA NASIONAL BERHAD

PMR merupakan satu daripada tanggungjawab sosial korporat TNB selaras saranan kerajaan supaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memainkan peranan membantu kerajaan membaiki rumah golongan sasar.

SASARAN PROJEK MESRA RAKYAT TNB

Sasaran kita ialah untuk membaiki sebanyak dua buah rumah bagi setiap negeri. TNB akan membaik pulih sebanyak 24 buah rumah di semenanjung .

CARA PEMILIHAN PROJEK MESRA RAKYAT TENAGA NASIONAL BERHAD

Kebiasaannya kita mengenal pasti rumah untuk dibaiki melalui pemimpin masyarakat. Golongan B40 adalah menjadi keutamaan dalam pemilihan bantuan Projek Mesra Rakyat TNB.

JENIS BANTUAN PROJEK MESRA RAKYAT TNB

Katanya setiap rumah yang dipilih akan menerima bantuan dari segi kerja-kerja membaiki rumah dan bukannya membina baharu. PMR merupakan satu daripada tanggungjawab sosial korporat TNB selaras saranan kerajaan supaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memainkan peranan membantu kerajaan membaiki rumah golongan sasar.

TNB memperuntukkan sebanyak RM25,000 bagi membaiki setiap rumah yang sebelum ini agak usang dan berbahaya untuk diduduki.

kita dapat lihat rumah yang dahulunya usang, kini telah dibaik pulih dan dicat baharu.

KRITERIA PEMILIHAN PENERIMA PROJEK MESRA RAKYAT TENAGA NASIONAL BERHAD

Projek Mesra Rakyat dari TNB itu diberi keutamaan kepada golongan susah tanpa mengira kaum, agama dan bangsa, melalui kerjasama TNB dan kerajaan negeri, kriteria pemilihan dilihat dari sudut faktor sosio ekonomi, pendapatan dan umur.

Tenaga Nasional Berhad(TNB) sentiasa berusaha untuk menjalinkan hubungan yang harmoni dan mesra dengan masyarakat umum yang merupakan para pelanggan dan pengguna TNB.

Pelaksanaan Projek Mesra Rakyat ini adalah selaras dengan Dasar Sumbangan dan Tajaan TNB dimana sebagai sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan GLC, TNB sentiasa mendokong insprasi kerjaan dalam membantu golongan masyarakat  yang daif dan memerlukan bantuan.TNB sebagai warga korporat yang prihatin dan tanggungjawab, bukan hanya mementingkan keuntungan bisnes semata-mata.

 

Sebahagian besar daripada keuntungan operasi yang diperolehi dikembalikan semula kepada rakyat dan negara melalui perlaksanaan program – program dan aktiviti CSR seperti Projek Mesra Rakyat ini di samping menambah dan menaik taraf infrastruktur  pembekalan elektrik Negara dengan persiapan beberapa langkah di hadapan proses pembangunan negara.

 

Untuk makluman, TNB melaksanakan program – program CSR di seluruh Negara di bawah empat kriteria utama iaitu Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Pembangunan Sukan, dan Penjagaan Alam Sekitar.

 

Setiap tahun TNB membelanjakan lebih daripada RM50 Juta bagi melaksanakan inisiatif – inisiatif CSR di seluruh negara.

Kerajaan berharap projek ini akan diteruskan bukan sahaja dari pihak TNB tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO) yang lain agar mereka yang susah dapat merasai kepedulian daripada masyarakat sekali gus membantu golongan ini meneruskan keberlangsungan hidup.

1 thought on “PROJEK MESRA RAKYAT TENAGA NASIONAL BERHAD”

  1. Salam sejahtera , Ada 1 keluarga yg susah di Tronoh ,Perak . Ibunya bekerja tukang bersih di SK Tronoh. Namanya Letchumy . Ayahnya hanya bekerja kuli. Mempunyai anak 3 org. Dia duduk rmh sewa . Dia telah mengeluarkan duit I sinar dan membeli rmh papan yg usang di blkg rmh sewanya dgn harga 9k. Tetapi rumah tersebut agak teruk juga di bahagian dalam dapur. Atap zink juga rosak teruk. Bolehkah pihak PMR membantunya?

    Balas

Leave a Comment