PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF RAWATAN TIBI NEGERI SELANGOR (IRTB) RM800

PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF RAWATAN TIBI NEGERI SELANGOR (IRTB) RM800

INSENTIF RAWATAN TIBI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB) bagi membantu mereka yang menghidapi penyakit Tibi di negeri tersebut. IRTB ini bagi memastikan lebih ramai penduduk di Negeri Selangor mendapatkan rawatan penyakit Tibi dan seterusnya mengurangkan jumlah kes di negeri tersebut. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN IRTB

Individu yang ingin memohon IRTB perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Selangor.
  • Pemohon perlulah pesakit yang sedang mendapat rawatan di hospital kerajaan/klinik kesihatan/pusat perubatan swasta di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori.
  • Pemohon sedang menerima rawatan Tibi secara aktif.

 

KADAR INSENTIF IRTB

Pemberian insentif IRTB adalah berjumlah RM800 dan pemberian akan diberikan pembayaran melalui 3 fasa iaitu:

  • Fasa 1: Sebanyak RM200
  • Fasa 2: Sebanyak RM200
  • Fasa 3: Sebanyak RM 400

 

DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN IRTB

Permohonan perlulah disertakan dengan dokumen sokongan iaitu:

  1. Memo atau Surat Pengesahan doktor bahawa pemohon menghidap penyakit Tibi.
  2. Salinan buku log perubatan Penyakit Tibi (TBIS 10E).
  3. Salinan kad pengenalan pemohon.\
  4. Penyata bank pemohon yang mempunyai nama pemohon dan maklumat akaun bank
  5. Salinan dokumen pengesahan pemastautin pemohon di Selangor (contoh: Bil air, bil eletrik, perjanjian sewa atau lain-lain dokumen berkaitan).

 

CARA PERMOHONAN INSENTIF RAWATAN TIBI SELANGOR

Pemohon yang memenuhi syarat permohonan layak memohon IRTB menerusi langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web https://www.selangorprihatin.com/
  • Klik ‘Mohon Sekarang’ di bawah bahagian ‘Permohonan Program Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor.’
  • Klik butang ‘Muat Turun Borang Permohonan.’
  • Isi borang permohonan dengan lengkap.
  • Borang permohonan dan dokumen yang lengkap perlulah dihantar kepada Selcare Management melalui email [email protected].

 

BORANG PERMOHONAN IRTB

Klik disini untuk dapatkan borang permohonan.

 

SOALAN LAZIM IRTB

Saya baru sahaja bermastautin di Negeri Selangor kurang daripada 5 tahun. Adakah saya layak memohon insentif ini?

  • Layak, tetapi pemohon hendaklah mendapatkan rawatan tibi di hospital atau klinik kesihatan kerajaan/pusat perubatan swasta berdaftar di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori.

Saya dilahirkan di luar Selangor namun mendapat rawatan tibi di hospital atau klinik kesihatan kerajaan/pusat perubatan swasta berdaftar di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori. Adakah saya layak memohon?

  • Layak. Pemohon yang lahir di luar Naegeri Selangor namun mendapat rawatan di hospital atau klinik kerajaan/pusat perubatan swasta berdaftar dalam Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori layak memohon dengan syarat perlu bermastautin di Negeri Selangor.

Saya telah mendapat bayaran permulaan sebanyak RM200 namun, saya telah terlepas beberapa kali siri rawatan di hospital. Adakah saya layak mendapat insentif seterusnya?

  • Tidak layak. Pemohon hendaklah menamatkan kesemua rawatan pada 2 bulan pertama selepas permohonan bagi melayakkan untuk mendapat insentif seterusnya. Insentif akan dihentikan sekiranya pesakit gagal menamatkan rawatan tersebut.

Saya disahkan positif penyakit tibi namun tidak mendapat rawatan di hospital. Adakah saya layak?

  • Tidak layak. Pemohon hendaklah disahkan positif penyakit Tibi dan sedang aktif mendapatkan rawatan di pusat perubatan berdaftar seperti syarat yang telah ditetapkan.

Pada fasa pertama rawatan, saya masih lagi dirawat di hospital di Negeri Selangor namun telah berpindah ke negeri lain dan meneruskan rawatan di negeri tersebut. Adakah saya layak mendapat insentif seterusnya?

  • Tidak layak. Pemohon hendaklah bermastautin di Negeri Selangor dan mendapat rawatan di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori.

Rawatan tibi saya telah melebihi 6 bulan namun saya masih lagi meneruskan rawatan. Adakah saya layak mendapat insentif terakhir?

  • Layak dengan syarat pemohon mematuhi fasa rawatan seperti yang ditetapkan oleh pusat perubatan yang merawat dan menamatkan rawatan.

Ketika pendaftaran program ini, saya telah memasuki fasa terakhir rawatan tibi. Adakah saya layak untuk mendapat insentif fasa pertama dan kedua?

  • Pemohon layak mendapat bayaran insentif Fasa 1 dan Fasa 2 dengan syarat fasa tersebut telah disahkan oleh Pegawai Perubatan yang membuat rawatan. Fasa 3 akan diperolehi selepas pesakit menamatkan rawatan.

Sekiranya Borang Permohonan Insentif Rawatan Tibi saya hilang, apakah yang patut dilakukan?

  • Salinan Borang Permohonan Insentif Rawatan Tibi akan dibuat oleh Selcare Management Sdn Bhd tetapi pemohon dinasihatkan untuk menyimpan bersama borang tersebut bersama buku log perubatan penyakit tibi (TB1S 10E) untuk semakan dan memudahkan pembayaran insentif.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 1-800-22-6600 yang beroperasi 24 jam. Pemohon juga boleh melayari https://www.selangorprihatin.com/ untuk maklumat lanjut.

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS) 2022:PERMOHONAN INSENTIF RM5,000 ONE-OFF

 

Leave a Comment