KERJAYAGIG PERKESO (PEMULIH):CARA MOHON INSENTIF BANTUAN RM600(PEKERJA & PENCARI KERJA)

KERJAYAGIG PERKESO (PEMULIH):CARA MOHON INSENTIF BANTUAN RM600(PEKERJA & PENCARI KERJA)

KERJAYAGIG PERKESO (PEMULIH)CARA MOHON INSENTIF BANTUAN RM600(PEKERJA & PENCARI KERJA)

 

 

Program KerjayaGig PEMULIH adalah  kesinambungan daripada Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan dari Penjana Kerjaya 2.0 untuk individu yang mengambil pekerjaan jangka pendek dalam tempoh mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.

 

APA ITU KERJAYAGIG PERKESO?

 

Program KerjayaGig di bawah PenjanaKerjaya 3.0 menawarkan insentif sebanyak RM600 bagi setiap individu yang ditawarkan pekerjaan sementara atau gig selama 6 bulan.

Manakala, insentif sebanyak RM200 pula diberikan kepada majikan, penyedia perkhidmatan, platform atau pertubuhan yang menawarkan pekerjaan sementara atau gig yang berdaftar dengan PERKESO. (Contoh: GrabCar, Lalamove & FoodPanda)

 

BERAPA KADAR  BANTUAN/INSENTIF   KERJAYAGIG PERKESO?

Insentif sebanyak RM 600 bagi setiap individu selagi mana mereka terlibat dengan pekerjaan sendiri/gig sehingga 6 bulan.

Insentif berjumlah RM 200 kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar dengan PERKESO.

 

SEMAKAN KELAYAKAN KERJAYAGIG PERKESO(PEMULIH)

Golongan yang layak menerima Insentif Pengambilan Pekerja Program KerjayaGig adalah:

  • Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji.
  • Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO.
  • Pencari kerja dari golongan rentan. Antaranya, golongan hilang upaya, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, gelandangan dan sebagainya.

*Nota: Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun.

 

TARIKH MULA PERMOHONAN PROGRAM KERJAYAGIG PERKESO(PEMULIH)

Permohonan bagi insentif program ini boleh dikemukakan kepada PERKESO mulai 15  Julai  2021.

 

TARIKH AKHIR PERMOHONAN PROGRAM KERJAYAGIG PERKESO

Tarikh akhir permohonan adalah (akan dikemaskini)

 

CARA PERMOHONAN  PROGRAM KERJAYAGIG PERKESO(PEMLIH)

Permohonan Program Insentif KerjayaGig boleh dibuat oleh Penyedia Perkhidmatan (Majikan) dan Orang Bekerja Sendiri (OBS).

Sila rujuk langkah di bawah:

Log masuk di www.myfuturejobs.gov.my dan mohon pekerjaan yang tersenarai di bawah kategori pekerjaan sendiri.
Selepas berjaya mengambil pekerja, majikan perlu mendaftarkan Orang Bekerja Sendiri yang berjaya melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk memohon insentif Program KerjayaGig.

Kategori: Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)

  1. Mengiklankan jawatan kosong di myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
  2. Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja.
  3. Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya.
  4. Proses kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pekerja.
  5. Majikan terima pembayaran dalam masa 30 hari.

Kategori: Orang Bekerja Sendiri (OBS)

  1. OBS akan menerima e-mel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan.
  2. OBS akan menerima bayaran yang pertama setelah membuat pengesahan.
  3. Untuk menerima bayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya. (Mulai bulan kedua)
  4. OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya (penjanakerjaya.perkeso.gov.my).
  5. *OBS perlu melaporkan kepada PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam.

 

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Borang Pengesahan Pekerjaan yang ditandatangani oleh individu bekerja sendiri.
  • Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank).
  • Surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji.
  • Emel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru diambil.

 

SOALAN LAZIM

Apa jenis pekerjaan sendiri atau pekerjaan gig yang layak memohon?

Organisasi,platform dan pertubuhan termasuk e-hailing,perniagaan digital,sebarang platform pekerjaan sendiri yang berdaftar dengan PERKESO dan menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek kepada individu.

Berapa kadar bantuan Insentif Pengambilan Pekerja Program Kerjayagig?

Insentif sebanyak RM600 bagi setiap individu selagi mana mereka terlibat dengan pekerjaan sendiri/gig sehingga 6 bulan

Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan insentif Program Kerjayagig?

  • Borang Pengesahan Pekerjaan yang ditandatangi oleh individu bekerja sendiri.
  • Maklumat akaun bank bekerja sendiri
  • Surat atau dokumen (bukti menerima cuti tanpa gaji)
  • emel pengesahan daripada operator mengesahkan status pekerjaan untuk pekerjan sendiri yang baru diambil

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika perlukan maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang www.perkeso.gov.my dan media sosial rasmi PERKESO dari semasa ke semasa.

Jika ada pertayaan, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel [email protected].

5 thoughts on “KERJAYAGIG PERKESO (PEMULIH):CARA MOHON INSENTIF BANTUAN RM600(PEKERJA & PENCARI KERJA)”

Leave a Comment