PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT PEMERKASA(BSN,TEKUN,MARA & SME CORP)

PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT PEMERKASA(BSN,TEKUN,MARA & SME CORP)

PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT PEMERKASA(BSN,TEKUN,MARA & SME CORP)

 

Semasa pengumuman Belanjawan 2021 yang lalu, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah 1 bilion ringgit bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit.

Prihatin dengan situasi yang mencabar ini, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana pembiayaan tambahan sebanyak 500 juta ringgit bagi kemudahan pembiayaan mikro kredit melalui program-program di bawah BSN, TEKUN, MARA dan SME Corp.

Bagaimana nak mohon Pembiayaan Mikro Kredit PEMERKASA?

PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT BSN (PEMERKASA)

Melalui BSN, dana sebanyak 300 juta ringgit akan disediakan dengan had pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit, di mana kadar faedah telah dikurangkan daripada 3.5 kepada 3 peratus. Tempoh pinjaman adalah untuk 5 tahun dan bayaran ansuran hanya bermula selepas bulan keenam.

CARA MOHON PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT BSN (PEMERKASA)

Boleh rujuk PERMOHONAN PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT BSN RM50000

SKIM PEMBIAYAAN MIKRO PEMERKASA- BELIA

Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA-BELIA dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN).Pembiayaan dan Pinjaman ini terbuka kepada golongan belia di Malaysia

Jumlah had pembiayaan yang dibenarkan RM50,000 (MAKSIMUM) dengan kadar faedah 3 peratus sahaja.

Bagaimana nak jadi pembekal pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara atas talian? boleh rujuk cara REGISTER EPEROLEHAN

CARA PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN MIKRO PEMERKASA- BELIA

Boleh hadir ke cawangan BSN dan berhubung dengan pegawai disana.

SKIM PEMBIAYAAN MIKRO PEMERKASA-NITA

Pinjaman dan pembiayaan ini dibuka untuk golongan wanita di Malaysia beralih bisnes dan perniagaan masing-masing kepada online dan digital.Jumlah dana peruntukkan        RM50 juta.

Rujuk PERMOHONAN DanaNITA MARA

SKIM PEMBIAYAAN MIKRO PEMERKASA-NITA

Boleh hadir ke cawangan BSN dan berhubung dengan pegawai disana.

SKIM MIKROKREDIT ISTIMEWA(OKU)

Bank Simpanan Nasional (BSN) turut menyediakan RM25 juta di bawah Skim Mikrokredit Istimewa bagi OKU menceburi perniagaan dengan had pembiayaan hingga RM50,000 dan kadar faedah serendah tiga peratus.

CARA PERMOHONAN SKIM MIKROKREDIT ISTIMEWA(OKU)

Boleh hadir ke cawangan BSN dan berhubung dengan pegawai disana.

SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL TEKUN NASIONAL

Bagi usahawan sektor informal, TEKUN Nasional akan menyediakan dana tambahan sebanyak 60 juta ringgit, terutamanya untuk Skim Pembiayaan Informal dengan had pembiayaan sehingga 5,000 ringgit bagi perniagaan secara kecil-kecilan daripada rumah, pasar malam dan pasar tamu.

Nak mohon? Rujuk Permohonan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN

TEKUN MOBULEPRENEUR PEMERKASA

Program TEKUN Mobilepreneur akan diperluaskan untuk pembiayaan membaik pulih atau membeli motosikal baharu dengan had sehingga 10 ribu ringgit. Bagi melengkapi inisiatif ini, motosikal pemasangan tempatan dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah akan diberi pengecualian 100 peratus duti eksais mulai 1 April hingga 31 Disember 2021.

TEKUN POS-PRENEUR PEMERKASA

TEKUN juga akan memperkenalkan program TEKUN POS-preneur di mana pemohon dapat menjana pendapatan melalui kontrak penghantaran barangan. Bantuan pembiayaan diberikan sehingga 20 ribu ringgit untuk tujuan baik pulih kenderaan, dan sehingga 50 ribu ringgit untuk pembelian van atau lori.

SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO

Melalui MARA, Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro akan dilaksanakan dengan keutamaan untuk membantu 1,000 PKS mikro Bumiputera untuk meneruskan kelangsungan perniagaan. Sebanyak 50 juta ringgit disediakan dengan nilai pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit pada kadar faedah serendah 3 peratus.

PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT SME CORP

Di samping itu, SME Corp. akan menyediakan 50 juta ringgit untuk membantu PKS tempatan mendapatkan pembiayaan sehingga 250 ribu ringgit pada kadar faedah juga serendah 3 peratus.

 

1 thought on “PEMBIAYAAN MIKRO KREDIT PEMERKASA(BSN,TEKUN,MARA & SME CORP)”

Leave a Comment