CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN ASB (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN ASB (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUTCLAIM KHAIRAT KEMATIAN ASB (Prosedur & Dokumen )

ASNB memberikan bantuan khairat kematian kepada waris pendeposit di dalam akaun ASB/ ASN/ ASW 2020 atau apa sahaja amanah saham terbitan PNB. Tidak kiralah berapa banyak jumlah duit yang ada dalam buku ASB, walau ada RM10 pun, tidak aktif bertahun-tahun sekalipun tapi masih ada buku. Ia dikira layak sebagai ahli ASNB.

 

Khairat kematian ataupun dikenali juga dengan nama bantuan kematian adalah salah satu bentuk sumbangan kewangan untuk keluarga si mati. Khairat kematian ini dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga si mati dalam menguruskan perkebumian dan lain-lain.

 

Info Penting Tentang Khairat Kematian ASB

 

Waris harus ke pejabat atau cawangan ASNB untuk buat tuntutan khairat kematian. Tuntutan khairat kematian adalah dalam masa 6 bulan selepas kematian pemegang akaun. Jika tidak tuntut, duit khairat tersebut dikira hangus.

 

Pastikan anda tidak terleka dan membuat tuntutan dengan kadar yang segera. Kealpaan waris boleh menyebabkan urusan tuntutan tidak dapat diuruskan.

 

Syarat Kelayakan Memohon Khairat Kematian ASB

 

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

 

ii.            Perkaraiii.           Syarat-syarat
iv.           Pemohon (Waris Qadim)*◦              Pemohon adalah waris kepada si mati/pemegang unit yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau

◦              Salah seorang Penerima Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah (HAPA) yang dinamakan oleh si mati

v.            Unit Amanah Terlibatvi.           Si mati telah mendaftar sekurang-kurangnya satu tabung unit amanah ASNB dan mempunyai baki minimum 1 unit
vii.          Tempoh Tuntutanviii.        Permohonan diterima oleh ASNB dalam tempoh 6 bulan dari Tarikh Kematian pemegang unit

 

*Waris bukan Islam layak menuntut bantuan Khairat ASNB bagi pemegang unit (si mati) yang beragama Islam.

 

 

Cara Permohonan  Khairat KematianASB

 

Permohonan bantuan Khairat ASNB boleh dilakukan di mana-mana cawangan ASNB atau ejen-ejen mengikut prosedur terkini.

 

Jumlah Khairat Kematian ASB

 

Kelayakan bantuan Khairat ASNB adalah tertakluk kepada jumlah pegangan unit si mati pada Tarikh Kematian seperti berikut:

 

         Jumlah Pegangan Unit      Jumlah Khairat
         Bawah 1,000.00 unit       RM200
         1,000.00 unit dan ke atas         RM500

 

Soalan Lazim

 

Bagaimana waris menerima Khairat ASNB?

Penerimaan bantuan Khairat ASNB adalah secara tunai sahaja di kaunter cawangan ASNB atau ejen.

 

Jika waris memohon bantuan Khairat ASNB pada 15 Oktober 2020 dan tarikh kematian pemegang unit adalah sebelum tarikh tersebut, adakah waris tertakluk kepada struktur baharu bantuan Khairat ini?

Ya. Bantuan Khairat akan diproses mengikut tarikh permohonan di cawangan ASNB atau ejen.

 

Bilakah struktur baharu bantuan Khairat ASNB berkuat kuasa?

Struktur baharu bantuan Khairat ASNB berkuat kuasa pada 15 Oktober 2020. Sebarang permohonan yang diterima pada atau selepas tarikh kuat kuasa tersebut adalah tertakluk kepada struktur baharu bantuan Khairat ASNB.

 

Maklumat Lanjut & Pertayaan

 

Sila hubungi : 03 – 7730 8899

[email protected]

Waktu Operasi

Isnin  – Ahad : 8.00 pagi – 10.00 malam

Waktu operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) : 8.00 pagi – 8.00 malam

(kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan)

Layari portal ASNB

 

ARTIKEL LAIN

CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)

 

Leave a Comment