TIPS MEMBELI CARSEAT TERBAIK (Cara Pilih Kerusi Keselamatan)

TIPS MEMBELI CARSEAT TERBAIK (Cara Pilih Kerusi Keselamatan)

TIPS MEMBELI CARSEAT TERBAIK (Cara Pilih Kerusi Keselamatan)

Anda memerlukan tips membeli carseat terbaik  dan selamat digunakan.

 

PANDUAN MEMBACA LABEL CARSEAT

1. UNIVERSAL / SEMI UNIVERSAL

UNIVERSAL bermaksud sesuai dipasang di pelbagai jenis kenderaan.
SEMI UNIVERSAL bermaksud sesuai untuk jenama kereta tertentu sahaja.

Jadi anda perlu pilih yang ada label universal untuk memudahkan anda.

2.HAD BERAT / TINGGI

Sebelum beli, kenal pasti dahulu berat anak anda. Pastikan anda memilih carseat yang sesuai dengan berat anak.

Ada berat 0-13kg

Ada berat 9-36kg

Anda juga perlu ambil kira ketinggian anak kerana kepala anak melebihi tinggi carseat adalah bahaya.

3.LABEL KELULUSAN UNTUK CRS PIAWAIAN ECE R44/04

Mempunyai label kelulusan untuk CRS piawaian ECE R44/04 yang selalu datang dalam bentuk pelekat yang diletakkan di bahagian tapak atau sisi sesebuah CRS. Ia juga kadangkala ditampal pada rangka CRS dan ada pula yang dicetak secara terus pada fabrik sarung CRS atau dijahit padanya. Pastikan label yang ditampal itu adalah tulen.

4.TARIKH LUPUT

Car seat juga ada tarikh luputnya dan jika dipakai lebih dari  tarikh luputnya bimbang akan berlakunya kesan buruk terhadap bayi atau kanak-kanak tersebut kerana car seat tersebut berkemungkinan tidak selamat digunakan lagi.

5.PEMILIHAN FABRIC

Kebiasaannya ada 3 jenis fabric iaitu kain halus, kain benang tebal dan kain mesh. Pilihlah fabric yang bersesuaian kerana jika tersilap pilih takut anak berasa tak selesa. Cari juga car seat yang mempunyai ciri fabric yang mudah dicuci dan mudah dipasang. Namun, ada beberapa brand telah upgrade model yang berzip supaya mudah ditanggal dan dipasang semula cushion cover tersebut selepas dicuci jadi pilihlah dengan bijak.

6. MUDAH DAN SENANG DIGUNAKAN

Pilihlah car seat yang portable dan mudah untuk dikendalikan oleh anda dan pasangan anda. Yang paling penting ia  mudah dipasang pada kenderaan kita. Minta tolong penjual untuk menunjukkan cara pemasangan yang betul dalam kenderaan anda. Serta pilih yang portable/ mudah alih. Sekiranya anda suka travel atau menggunakan public transport pilihlah car seat yang lebih ringgan dan senang dibawa ke mana-mana.

 

SENARAI JENAMA CARSEAT MAMPU MILIK

1.PORTABLE BABY SAFETY CAR SEAT

  • Kerusi keselamatan kanak-kanak yang agak laris dengan pembelian mencecah 2k di kedai online seperti Shopee dan Lazada Mungkin disebabkan ianya agak murah dan mampu milik iaitu dalam lingkungan RM38.80 sahaja. Sesuai digunakan untuk kanak-kanak bermula daripada 1 hingga 12 tahun.

2.SWEET CHERRY CAR SEAT LB308

  • Tersedia dengan 2 variasi warna iaitu biru dan merah jambu khas untuk si manja anda! Harga yang agak berpatutan iaitu RM138.00 sahaja! Sesuai untuk bayi berusia 9 bulan hingga kanak-kanak 4 tahun.

3.ALPHA LIVING BABY CAR SEAT/CARRIER

  • Berharga RM144.

4. MYTOOLS BABY CAR SEAT/CARRIER

  • Tawaran harga yang agak rendah iaitu RM74.90 sahaja. Sesuai untuk bayi baru lahir hingga berumur 2 tahun.

5.SWEET HEART PARIS CS256

  • Berharga RM199.

 

SENARAI JENAMA DAN HARGA CARSEAT  PILIHAN RAMAI

  • BRITAX FIRST CLASS PLUS BX CAR SEAT (RM900)
    – sesuai digunakan sejak lahir hingga 4 tahun.Sekali beli boleh pakai lama.
  • PEBBLE MAXI COSI (RM1000)
    – lebih ringan dan mudah alih
  • JOIE TILT (RM500)
    – boleh mengadap ke depan dan belakang
  • GRACO ( RM700)
    – mempunyai banyak pilihan
  • INGLESINA MARCO POLO (RM1800)
    – kerusi yang padat,boleh diperbaiki dan boleh diterbalikkan

Leave a Comment