CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN KWSP (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN KWSP (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUTCLAIM KHAIRAT KEMATIAN KWSP (Prosedur & Dokumen )

KWSP akan memberikan RM2500 kepada pewaris yang layak sekiranya ahli KWSP meninggal dunia. Bantuan Khairat Kematian ini merupakan tanda simpati pihak KWSP kepada pewaris. Bayaran hanya dibayar sekali sahaja kepada “orang tanggungan ahli” yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli). KWSP berhak mempertimbangkan keputusan akhir berkaitan dengan bayaran Bantuan Kematian.

Khairat kematian ataupun dikenali juga dengan nama bantuan kematian adalah salah satu bentuk sumbangan kewangan untuk keluarga si mati. Khairat kematian ini dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga si mati dalam menguruskan perkebumian dan lain-lain.

Kami akan kongsikan cara buat tuntutan khairat kematian KWSP yang mudah dan pastii lulus.

 

Info Penting Kelayakan Khairat Kematian KWSP

  • Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998
  • Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  • Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
  • Ahli mati sebelum mencapai umur 60 tahun
  • Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

 

Dokumen Wajib Untuk Tuntutan Khairat Kematian KWSP

 Borang KWSP 9KM(AHL) dan senarai semak dokumen.

  • Maklumat Akaun Bank (Akaun Simpanan/Akaun Semasa/Surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/Akaun Harta Pusaka Simati – NamaSimati)
  • Dokumen Bukti Pertalian (Sijil Daftar Kahwin/Sijil Akuan Sumpah Kahwin bagi Ahli Bukan Islam dan telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982)
  • Surat Kuasa (Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/Amanah Raya Berhad (ARB))
  • Salinan Dokumen Pengenalan Diri pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan
  • Salinan Dokumen SijilKelahiran pemohon bersama salinan asal untuk tujuan pengesahan (jika perlu)
  • Sijil Kematian ahli ATAU Sijil Kematian penama (jika penama telah meninggal dunia)
  • SijilKelahiran ahli (jika ahli belum berkahwin) ATAU Sijil Perkahwinan (jika ahli telah berkahwin) ATAU Surat Penceraian ahli/bukti pertalian dengan pemohon (jika ahli sudah bercerai)
  • Borang Perakuan Tanggungjawab (Islam-Lampiran A)
  • Borang PerakuanTanggungjawab (Bukan Islam- Lampiran B)

 

Syarat Kelayakan Memohon Khairat Kematian KWSP 

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

Ahli telah berkahwinAhli belum berkahwin
Balu/duda ahli,

anak-anak (atau penjaganya), ibu bapa, adik-beradik atau Pentadbir Pusaka

Ibu bapa, adik-beradik ahli atau Pentadbir Pusaka

 

 Jumlah Khairat Kematian KWSP

Simpanan ahli/ Tempoh pengeluaran≤ RM2,500> RM2,500 – RM25,000> RM25,000
Permohonan kurang dari 2 bulan dari tarikh kematian ahliBayaran sekali gusBayaran pertama:

RM2,500

Bayaran kedua selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian ahli:

Kesemua baki simpanan

Bayaran pertama:

RM2,500

Bayaran kedua selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian ahli:

RM22,500

Baki simpanan akan dibayar berdasarkan Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/ARB

Permohonan lebih daripada 2 bulan dari tarikh kematian ahliBayaran sekali gusBayaran sekali gusRM25,000

Baki simpanan akan dibayar berdasarkan Surat Pentadbiran Mahkamah/Institusi Perundangan/ARB

*Sekiranya ahli meninggal dunia tanpa membuat penamaan, mana-mana individu yang telah di lantik oleh Mahkamah akan bertindak sewajarnya untuk memohon Pengeluaran Kematian.

 

Cara Permohonan Khairat Kematian KWSP

 Permohonan adalah secara walk-in atau berkunjung ke kaunter KWSP yang berdekatan. Pastikan anda muat turun senarai semak semua dokumen penting DISINI 

 

Cara Pembayaran Khairat Kematian KWSP

Bayaran Dalam NegaraBayaran Luar Negara
Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan dikredit ke dalam akaun pemohon

Jika pemohon ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank

Bayaran penuh akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam matawang pilihan pemohon

Jika matawang pilihan pemohon terdapat di dalam senarai matawang yang disahkan

Pemohon akan diberi Cek Jurubank

Jika bayaran ke akaun pemohon gagal

Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam matawang US Dolar

Jika matawang pilihan pemohon tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan

 

Info Lanjut

Telefon

03 – 8922 6000

Faks

03 – 8922 6222

Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang

(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

 

ARTIKEL LAIN

CHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP)

KEMASKINI NO TELEFON KWSP(Cara Tukar/Update Nombor Telefon/Tac/OTC Secara Online)

Leave a Comment