KIOSK MyDIGITAL ID(Lokasi Login Cara Daftar)
Pada masa kini, kerajaan sedia mengumumkan perancangan memperkenalkan identiti digital atau dinamakan MyDigital ID tidak lama lagi dan menggalakkan kepada semua warga penduduk Malaysia terutamanya penjawat awam keseluruhannya untuk mendaftar Digital ID. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar dan lokasi kiosk MyDigital ID, semoga membantu.
APA ITU MyDIGITAL ID
MyDigital ID adalah langkah dalam memudahkan pendaftaran dan penggunaan identiti di pelbagai platform digital kerajaan – dan dijangka turut diperluaskan pada aplikasi swasta yang lain. Ini juga dijangka akan memudahkan lagi proses pengesahan identiti yang kini bergantung kepada penyedia pihak ketiga luar negara oleh pelbagai aplikasi, termasuk aplikasi perbankan dan dompet digital.
CIRI-CIRI MyDIGITAL ID
Berikut Adalah merupakan antara ciri-ciri utama Digital ID iaitu:
- Platform IDN beroperasi pada tahap kepercayaan yang tinggi untuk warganegara, kerajaan, dan komuniti perniagaan.
- Pengguna yang layak akan didaftarkan dalam program IDN menggunakan data demografi JPN.
- Data biometrik baru (Cap Jari, Iris, dan Muka) dan data demografi tambahan akan disimpan di dalam pangkalan data IDN.
- IDN adalah nombor rawak yang dihubungkan dengan nombor kad pengenalan di dalam pangkalan data IDN.
- Biometrik pelbagai-mod (“multi-modal”) akan diambil bagi setiap pemohon yang mendaftar.
- IDN membolehkan pengesahan identiti secara nyata dan dalam talian, serta perkhidmatan e-KYC.
- IDN menekankan aspek keselamatan dan privasi.
- IDN adalah unik sepanjang hayat, dan seseorang individu tidak boleh mempunyai dua ID Digital.
- Platform IDN adalah saling hubung (“interoperable”) dan berasaskan dasar keselamatan negara dan piawaian antarabangsa.
KELEBIHAN MyDIGITAL ID
Berikut adalah merupakan antara kelebihan Digital ID ini iaitu:
- Memberikan pengenalan diri digital unik untuk pelbagai perkhidmatan digital.
- Memudahkan semakan dan pengesahan MyKad secara cepat.
- Membolehkan urus niaga selamat dengan akses saluran omni dari mana-mana peranti.
- Memfasilitasi proses perniagaan dengan penandatanganan digital.
- Memberikan platform pengumpulan dan pengesahan pengenalan diri yang selari dengan teknologi terkini.
- Meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi, dan menjimatkan masa dalam proses pengesahan pengenalan diri.
- Mencegah pemalsuan pengenalan diri dalam transaksi perkhidmatan digital, meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam.
TARIKH PENDAFTARAN MyDIGITAL ID
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengumumkan tarikh bagi pendaftaran My Digital ID akan bermula pada Mac 2024.
NOTA: Pada masa kini pendaftaran bagi kakitangan kerajaan diutamakan terlebih dahulu.
LOKASI KIOSK MyDIGITAL ID
Pada masa kini, mesin kiosk MyDigital ID berada di MOSTI. Lokasi yang lain akan dikemaskini kemudian.
CARA DAFTAR MyDIGITAL ID
Kepada anda yang ingin mendaftar, berikut adalah merupakan caranya:
- Pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- MyKAD
- Telefon yang mempunyai sambungan Internet.
- Aplikasi MyDigital ID pada telefon tersebut.
- Pergi ke mesin Kioks MyDigital ID yang berhampiran.
- Ikut arahan untuk mendaftar.
- Download aplikasi MyDigital ID (Play Store/Apple Store) dan scan QR Code yang dihasilkan oleh mesen DigitalID.
ARTIKEL LAIN:
1 thought on “KIOSK MyDIGITAL ID(Lokasi Login Cara Daftar)”