DISKAUN SAMAN PDRM KADAR KHAS BAYARAN SAMAN (21 April 2023 – 21 Mei 2023)

DISKAUN SAMAN PDRM KADAR KHAS BAYARAN SAMAN (21 April 2023 – 21 Mei 2023)

DISKAUN SAMAN PDRM

Kepada anda yang mempunyai saman dan ingin membayar saman PDRM, jangan lepaskan peluang ini kerana pihak PDRM  ada menawarkan diskaun saman.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman yang terpilih melalui media sosial. Disini kami akan kongsikan tentang pengurangan saman yang ditawarkan dan cara untuk anda membuat semakan saman secara online, semoga membantu.

 

KADAR DISKAUN SAMAN PDRM

Setiap saman kadar khas boleh dilunaskan dengan hanya RM50.

 

TEMPOH TAWARAN PENGURANGAN SAMAN PDRM

  • Tarikh: Kadar khas ini bermula 21 April 2023 jam 8.00 pagi.

 

LOKASI BAYARAN SAMAN PDRM

  • Tempat : Di semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)

 

JENIS SAMAN PDRM LAYAK DISKAUN 

Kadar Khas ini terpakai bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya).

 

CARA PEMBAYARAN DISKAUN SAMAN PDRM

Bagi mendapatkan kadar khas bayaran saman ini, pembayaran boleh dilakukan secara online atau manual seperti berikut:

Secara Online

  • Melalui portal MyBayar Saman di pautan https://mybayar.rmp.gov.my
  • Menerusi aplikasi MyBayar Saman

Secara Manual

  • Bayaran di semua kaunter bayaran Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
  • Mesin ATM Maybank seluruh negara
  • Semua kaunter pejabat Pos Malaysia

 

CARA SEMAK SAMAN PDRM ONLINE

Berikut adalah cara semak saman menggunakan sistem SSO:

  1. Pergi ke laman rasmi sistem SSO
  2. Sila buat pendaftaran untuk pengguna baru atau log masuk untuk pengguna sedia ada
  3. Setelah log masuk, klik pada ikon ‘Status Saman’
  4. Semakan saman boleh dibuat dengan menggunakan no kad pengenalan atau no kenderaan

 

CARA SEMAK SAMAN PDRM MELALUI SMS

Berikut adalah cara semak saman mengguankan SMS iaitu:

  1. Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan atau No Kad Pengenalan
  2. Hantar ke 15888
  3. Tunggu sehingga makluman saman diberikan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pengurangan saman ini, anda boleh melayari facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM di pautan https://www.facebook.com/JSPTPDRM.

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM,JPJ & AES ONLINE

2 thoughts on “DISKAUN SAMAN PDRM KADAR KHAS BAYARAN SAMAN (21 April 2023 – 21 Mei 2023)”

Leave a Comment