CARA POS BARANG LINE CLEAR EXPRESS:CHECK HARGA POSTAGE MENGIKUT BERAT & (Shipping Rates)
Anda pernah mendengar tentang Line Clear Express? Sebuah syarikat kurier yang telah mula beroperasi sejak tahun 2015 dan sedang mengalami pertumbuhan. Mereka kini memperkenalkan produk baru bernama Value6.9. Sementara itu, pihak penyedia perkhidmatan sedang mendapatkan butiran lanjut mengenai Terma & Syarat untuk Value6.9. Disini kami akan kongsikan kepada anda maklumat mengenai LineClear Express, semoga membantu.
APA ITU Value6.9?
Ini merupakan pakej prabayar daripada LineClear Express yang dijual pada harga RM6.90, membolehkan anda menghantar barangan tidak melebihi berat 6kg menggunakan perkhidmatan kurier mereka. Tawaran ini sangat menarik, terutamanya jika dibandingkan dengan syarikat kurier lain seperti Pos Laju dan J&T yang mengenakan yuran penghantaran sebanyak RM22.00 dan RM22.71 untuk penghantaran dari Selangor ke Pahang.
KELEBIHAN LINE CLEAR EXPRESS
Line ClearExpress juga menawarkan konsep “Takyah Ukur, Takyah Timbang” untuk produk mereka yang sedia ada, seperti PremiumBox dan FreshBox. Kedua-dua kotak prabayar ini menjanjikan penghantaran keesokan harinya, dengan FreshBox khusus untuk barangan segar.
CARA DAFTAR AKAUN LINE CLEAR EXPRESS
kepada anda ingin mendaftar akaun, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan pendaftaran Sign Up For Customer
- Isikan semua maklumat yang diperlukan pada ruang tersedia seperti:
- Nama
- Jenis Akaun
- No Telefon
- Kata laluan
- Pengesahan Kata laluan
- Setelah lengkap diiisi, klik Submit
- Selesai, pendaftaran akaun anda telah berjaya
CARA POS BARANG GUNA LINE CLEAR EXPRESS
Berikut adalah merupakan cara pos barang menggunakan perkhdimatan ini iaitu:
- LANGKAH 1: Pelanggan membuat pesanan di web atau apl dan kod QR dijana
- LANGKAH 2: Kurier mengimbas kod QR apabila bungkusan diambil di lokasi pelanggan
- LANGKAH 3: Kod QR digunakan untuk mengenal pasti dan mengisih petak di hab atau cawangan
- LANGKAH 4: Kurier mengimbas kod QR untuk membuat penghantaran
- LANGKAH 5: Penerima menunjukkan kod QR sebagai pengenalan untuk mengambil penghantaran dari kurier
CARA CEK LOKASI TRACKING NO LINE CLEAR EXPRESS
Kepada anda yang ingin menjejaki bungkusan penghantaran anda, berikut adalah merupakan caranya:
- layari pautan Track & Trace
- Isikan No Tracking bungkusan anda pada ruangan tersedia
- Setelah lengkap klik pada Track Now
- Status lokasi penghantaran semasa barangan anda akan tertera
LINE CLEAR EXPRESS CUSTOMER SERVICE
Sekiranya terdapat seabrang permasalahan perkhdimatan ini, anda boleh berhubung dengan pegawai khidmat pelanggannya menerusi cara berikut:
- Website: Contact US
- Telefon: 016-501 5050
- Fax : 03-7890 3536
- Email: [email protected]
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai LineClear Express, anda boleh melayari portal rasmi di pautan https://lineclearexpress.com/
ARTIKEL LAIN: