kitajaga.co:CARA GUNA/MUAT TURUN APLIKASI WEB PADANAN BANTUAN(Bendera Putih Online)
Apa itu aplikasi kitajaga.co?Ia adala satu aplikasi padanan bantuan.Adakah aplikasi ini boleh dilayari di laman sesawang?Ya Aplikasi yang boleh dilayari menerusi sesawang, kitajaga.co
APA ITU kitajaga.co
Satu bantuan dengan mulakan dengan sedikit, bantu satu bendera sehari dan jadikan Malaysia lebih baik. Terima Kasih diatas bantuan anda selama ini, tetapi seseorang di luar sana masih memerlukan bantuan. Oleh itu, jom cari bendera putih yang berdekatan dengan komuniti anda dan bantu satu orang mengikut kemampuan anda. Satu Bendera Sehari – cukup mudah bukan?
Bagaimanakah aplikasi ini berfungsi?
Ia menggunakan pemprograman aplikasi antara muka (API) Google, aplikasi berkenaan menyediakan paparan maklumat pada peta mengenai lokasi individu atau keluarga yang memerlukan bantuan dan ditanda dengan bendera merah.
Selain itu, pihak yang ingin menyalurkan dana berbentuk makanan dan kelengkapan harian dipaparkan pada peta sama serta ditanda dengan bendera biru, sekali gus memudahkan proses padanan bantuan.
MUAT TURUN APLIKASI KITAJAGA.CO
Berikut adalah cara muat turun/download aplikasi:
*akan dikemaskini
SOALAN LAZIM
Adakah perlu daftar untuk menggunakan aplikasi ini?
- Tidak perlu
Adakah perlu login untuk menggunakan aplikasi ini?
- Tidak perlu
Bagaimakah cara untuk dapatkan bantuan melalui kitajaga.co ?
Kalau ada yang perlukan bantuan tapi mungkin malu nak kibarkan #BenderaPutih , boleh guna cara online #BenderaPutih .
- Sila layari
- Sila pilih warna MERAH
- Sila lengkapkan maklumat (Bantuan yang diperlukan)
Bagaimanakah cara untuk memberi bantuan melalui kitajaga.co?
- Sila layari
- Sila pilih warna BIRU
Saya memerlukan bantuan dalam bentuk makanan,boleh ke saya guna aplikasi KITAJAGA.CO?
- Ya,boleh
Apa itu Bendera Putih Online?
- Ia adalah satu usaha secara online untuk memohon bantuan daripada orang ramai jika anda memerlukan bantuan.
Apakah contoh bantuan yang boleh dimohon?
- Contohnya bantuan makanan keperluan asas/bayaran bil & lain-lain.
Anda juga boleh buat semakan status PRIHATIN KASIH untuk dapatkan bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan untuk bantuan barang keperluan asas.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Boleh layari web kitajaga.co
Bendera putih
(KAMI SEKELUARGA KUARANTIN
Sy perlukan bantuan utk terus hidup
Perlukan bantuan
Kita jaga kita
Perlu bantuan
.
SAYA MEMERLUKAN BANTUAN
Saya perlukan bantuan.suami sakit tak ada sumber pendapatan langsung
Saya perlukan bantuan sudah hampir 2. Bulan tak ad kerja suami tak kerjA
Tiada perkerjaan,sumber kewangan tiada,mnyara 1istri,3org ank.. skrg pergi belnja dapur 3,4ratus pun kdang2 xsmpi untk 1bulan,blom yg lain2!! Haihh..
Saya perlukan bantuan untuk barang keperluan anak sperti pampers dan susu
#bendera putih
Mohon bantuan bakul makanan saya ibu tunggal 2 anak dan seorang ibu warga emas saya tinggal di Kg tinosa2 batu7 sandakan lot 478
Kami perlukan bantuan barangan asas.
Saya perlukan barang makan dan wang tunai untuk membayar rumah dan eletrik air
Saya memerlukan bantuan makanan untuk keperluan klurga
Memerlukan bantuan keperluan asas untuk meringankan bebanan pembelanjaan harian Demi menyara ibubapa memandangkan saya bekerja sebagai pembantu gerai makanan yg ditutup sementara akibat pendemik yang melanda .#benderaputih
Salam..saya memohon jika ada bantuan makanan serta susu dan Pampers untuk anak saya yang berumur 1/9 bulan dan 3 tahun jika ada.saya memang sudah terdesak sekarang kerana suami kurang sihat kerana jantung dan darah tinggi.
No whatsapp saya 0139092107 Che ayu
Saya memohon dan memerlukan bantuan makanan disebabkan saya kehilangan pekerjaan dan tidak cukup kewangan Untuk membeli makanan dan menampung perbelanjaan bulanan saya.
Seorang warga emas bujang,tidak terima e-kasih,perlu bantuan makanan Dan sebagainya sehingga dapat kerja.