CARA DAFTAR SEBAGAI PEMANDU MAXIM TAXI SENANG LULUS (Nak Booking)

CARA DAFTAR SEBAGAI PEMANDU MAXIM TAXI SENANG LULUS (Nak Booking)

MAXIM TAXI

Mencari rezeki adalah satu tanggungjawab yang besar. Bahkan kita dituntut untuk mencari rezeki yang halal dan berkat. Tambahan pula, zaman kini yang mengalami krisi ekonomi global yang menghadkan pengambilan kerja. Akan tetapi, adakah anda berminat untuk menjadi pemandu e-Hailing? Jadual waktu yang fleksibal dan bayaran yang lumayan boleh diperolehi asalkan kita rajin dan berusaha. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara daftar sebagai pemandu Maxim Taxi, semoga membantu

 

APA ITU MAXIM TAXI

Maxim merupakan antara syarikat perkhidmatan e-hailing  yang berasal dari Rusia dan semakin meningkat popularitinya di Malaysia dan merupakan alternatif bagi perkhidmatan Grab, MyCar dan banyak lagi perkhidmat seumpamanya di Malaysia.

 

MUAT TURUN APLIKASI TAXSEE DRIVER

Bagi memudahkan urusan anda untuk membuat pendaftaran dan tempahan, anda boleh memuat turun aplikasi Taxsee Driver  pada pautan di bawah:

 

SYARAF KELAYAKAN PEMANDU MAXIM TAXI

Berikut adalah merupakan syarat asas yang ditetapkan iaitu;

  • Warganegara Malaysia
  • Nama ada dalam cover note insuran kereta
    • Perlu mempunyai insuran kereta di mana nama driver ada di dalam insuran kereta. Status ‘ all driver / any authorised driver ‘ juga di terima.
  • Mempunyai kereta sendiri
    • Tidak kira jenis kereta namun perlu tertakluk kepada syarat tambahan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengankutan Jalan berkaitan umur, jenis dan keadaan kereta.
  • Telefon pintar dengan akses internet yang laju.

 

CARA DAFTAR PEMANDU MAXIM TAXI

Kepada anda yang berminat untuk mendaftar sebagai pemandu Maxim, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari portal rasmi Maxim: https://taximaxim.com/
  2. Pada bahagian menu, klik pada For Drivers
  3. Pada halaman berikutnya, klik pada Register
  4. Pilih lokasi anda dan masukkan nombor telefon
  5. Masukkkan kod pengesahan yang dihantar ke telefon mudah alih anda.
  6. Lengkapkan segala maklumat yang diminta pada ruangan yang tersedia
  7. Muat naik segala dokumen tambahan yang diperlukan.
  8. Setelah permohonan anda sebagai pemandu telah lengkap, anda boleh mula mengambil tempahan.

 

CARA MENGAMBIL TEMPAHAN MAXIM TAXI

Berikut adalah merupakan cara untuk mengambil tempahan penumpang iaitu:

  • Anda boleh melihat semua tempahan di dalam aplikasi di dalam senarai umum yang dibahagikan kepada kategori.
  • Anda boleh melihat tempahan di bandar dan di antara bandar raya secara berasingan.
  • Anda boleh memilih tempahan yang terdekat dengan anda atau pra-tempahan dengan masa yang tertentu.
  • Untuk mendapatkan tempahan dari senarai, anda perlu menghantar permintaan. Anda boleh juga menggunakan penugasan automatik.
  • Aplikasi Maxim akan menunjukkan semua maklumat pesanan, termasuk harga dan kaedah pembayarannya.
  • Ramai pengguna memilih pembayaran bukan tunai, yang sesuai untuk pembekal perkhidmatan dan pelanggan.

 

KADAR KOMISEN PEMANDU MAXIM TAXI

Jumlah komisen bergantung pada kawasan, promosi yang diadakan di bahagian tertentu perkhidmatan, dan syarat-syarat kerjasama. Sekiranya syarat-syarat dipenuhi, anda boleh dapat peratusan minimum.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pemandu Maxim Taxi, anda boleh merujuk soalan lazim pada pautan di bawah:

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment