LESEN MEMANDU HILANG:CARA DAPATKAN SEMULA & KADAR BAYARAN

LESEN MEMANDU HILANG:CARA DAPATKAN SEMULA & KADAR BAYARAN

LESEN MEMANDU HILANG

Lesen memandu adalah kad yang mesti dimiliki oleh setiap pemandu. Lesen memandu adalah bukti rasmi dari pihak polis bahawa Anda sudah mempunyai kecekapan untuk memandu sebuah kenderaan di jalan raya. Tidak mempunyai atau membawa Lesen memandu semasa memandu kenderaan bermotor akan membawa Anda dalam masalah dengan undang-undang. Jika Lesen memandu hilang apa perlu buat? Sama seperti memperbaharui lesen memandu dan membuat lesen memandu baru, ada bayaran/kos dan dokumen yang perlu Anda bayar untuk gantian lesen memandu Anda yang hilang. Disini kami kongsikan cara dapatkan semula lesen memandu dan juga kadar bayaran yang dikenakan.

 

APA ITU LESEN MEMANDU

Lesen memandu merupakan dokumen rasmi yang memberi kebenaran kepada seseorang individu untuk mengendalikan sesebuah kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori atau bas.

Peraturan pelesenan pemandu adalah berbeza mengikut negara; ada negara yang mewajibkan pemandu untuk lulus ujian memandu sebelum lesen dikeluarkan manakala ada juga negara yang memerlukan pemandu mendapatkan lesen sebelum mula memandu.

Terdapat beberapa kelas lesen memandu yang berbeza mengikut jenis kenderaan.

 

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN(LESEN MEMANDU HILANG)

Beberapa dokumen perlu disediakan untuk mendapatkan semula gantian lesen memandu, sebelum pergi ke JPJ antaranya:

  • IC/Mykad/Kad Pengenalan
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan lesen memandu (jika ada, tidak ada pun, tidak masalah)

 

KADAR BAYARAN LESEN MEMANDU HILANG

Anda dikehendaki menyediakan wang secukupnya, ini adalah kadar bayaran dikenakan:

  • RM20 (Denda), untuk dapatkan lesen baharu
  • RM30 untuk renew lesen baru (1 Tahun)

 

CARA DAPATKAN LESEN MEMANDU

Sekiranya lesen memandu anda hilang, begini lah caranya untuk dapatkan kembali:.

  1. Pergi ke cawangan JPJ berhampiran dengan anda, pastikan anda membawa semua dokumen yang dinyatakan.
  2. Disana nanti anda dikehendaki mengisi borang JPL L1 (borang permohonan lesen memandu).
  3. sekiranya nombor giliran Anda dipanggil, berikan borang yang telah lengkap diisi kepada kakitangan JPJ.
  4. Siapkan duit RM20 bagi dapatkan lesen memandu baru. Jika perlu sila renew lesen memandu Anda untuk menambah tempoh tahun lesen Anda.
  5. Sila duduk dan tunggu lesen memandu Anda selesai di cetak, waktu yang diperlukan sekitar 20 minit hingga 60 minit sahaja.

Macam mana nak renew lesen memandu di PEJABAT POS/UTC/JPJ?

 

SOALAN LAZIM

Apakah jenis-jenis lesen memandu?

Jenis-jenis lesen memandu adalah seperti berikut:

  • LDL – Learner Driving licence (Lesen Memandu Pelajar)
  • PDL – Probationary Driving Licence (Lesen memandu percubaan)
  • CDL – Competent Driving Licence (Lesen Memandu Kompeten)
  • VDL – Vocational Driving Licence (Lesen memandu Vokasional)

Apakah had umur untuk dapatkan lesen memandu?

  • Lesen Memandu Motosikal – 16 tahun ke atas
  • Lesen memandu Kereta – 17 tahun ke atas
  • Lesen Memandu Vokasional – 21 tahun ke atas(Pastikan telah mempunyai lesen CDL)
  • Permiy Memandu Antarabangsa (IDP) – 18 tahun ke atas (Pastikan telah mempunyai lesen CDL)

Jika lesen memandu hilang, perlukan report polis?

Tiadak perlu, anda dikehendaki pergi ke cawangan  JPJ berdekatan dengan anda untuk dapatkan lesen memandu baharu

2 thoughts on “LESEN MEMANDU HILANG:CARA DAPATKAN SEMULA & KADAR BAYARAN”

  1. Lesen isteri saya hilang yg bernama C.Santhy a/p Chandran, I/C: 761106105182. Hilang kat Singapore ada report polis di Singapore. Sekarang lintas negara tak blh covid 19 boleh saya ( suami ) dapat lesen bagi pihak isteti sy. Apa caranya pihak tuan?.

    Balas

Leave a Comment