LOGIN DAN SEMAK AKAUN BSN ONLINE(mybsn.com.my)

LOGIN DAN SEMAK AKAUN BSN ONLINE(mybsn.com.my)

LOGIN DAN SEMAK AKAUN BSN ONLINE(mybsn.com.my)

CARA DAFTAR BSN ONLINE BANKING

CARA DAFTAR BSN ONLINE BANKING   GUNA MESIN ATM

1) Semestinya anda perlu pergi ke mesin ATM untuk register nombor telefon anda.

2) Buat pilihan pada pembankan Internet atau cara buat bsn internet banking untuk pendaftaran

3) Daftar nombor telefon anda

4) Tentukan 6 angka PIN yang mana anda akan gunakan untuk register melalui internet banking. Urusan di mesin ATM telefon selesai

CARA DAFTAR MyBSN ONLINE BANKING   

Pastikan ada akaun Bank Simpanan Nasional(BSN), tetapi belum lagi ada akaun BSN online.Berikut adalah langkah-langkah untuk daftar MyBSN :

  • layari https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do untuk membawa anda ke laman web rasmi MyBSN untuk bahagian login.Kemudian klik link Register untuk pelanggan yang ingin membuat keahlian baru di MyBSN.
  • Pastikan anda membaca sepenuhnya terma & syarat yang telah ditetapkan oleh BSN untuk mendapat akses penggunaan Servis Perbankan Internet BSN (MyBSN), beserta dengan segala servis yang disediakan dalam MyBSN. Tick pada Accept sekiranya anda bersetuju dengan terma & syarat tersebut, manakala Decline untuk kembali ke laman utama.
  • Selepas anda memilih Accept, tekan butang Next.
  • Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisikan.
  • Sebelum isi, pastikan anda mempunyai nombor kad debit/kredit, nombor PIN kad debit/kredit dan nombor telefon mudah alih yang berdaftar atas nama anda.
  • Pada ruangan Debit / Credit Card Number, masukkan nombor kad kredit / debit yang tertera di bahagian hadapan kad kredit / debit anda.
  • Kemudian, pada ruangan CVV2, masukkan nombor tiga digit yang tertera di bahagian belakang kad kredit/debit anda.
  • Pada ruangan Expiry Date, anda perlu masukkan tarikh luput untuk kad kredit/debit anda. Untuk Month, pilih bulan, manakala untuk Year, pilih tahun. Bulan dan tahun ini boleh didapati pada bahagian hadapan kad anda, di bawah nombor kad anda, yang tertera tarikh. (Misalnya, sekiranya kad anda tamat pada Mei 2024, akan tertera di kad anda 05/24)
  • Pastikan tarikh yang dimasukkan adalah betul. Bimbang akan ada masalah login BSN online nanti.
  • Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan New IC Number sekiranya anda warganegara Malaysia, ATAU masukkan nombor pengenalan yang lama pada Old IC sekiranya anda masih belum menggunakan MyKad, ATAU isikan pada ruangan Military IC/Passport Number jika anda tidak mempunyai kad pengenalan/MyKad atau bukan warganegara.
  • Tekan butang Next.
  • Di laman seterusnya, masukkan username yang anda mahu dan mengikut spesifikasi yang diberi pada ruangan Username.
  • Kemudian, masukkan kata laluan pada ruangan Password (mestilah lebih daripada lapan angka).
  • Masukkan semula kata laluan anda yang anda ingin gunakan untuk akaun anda ini pada ruangan Confirm New Password.
  • Seterusnya, tekan Request OTP. Akan keluar pop-up box untuk mengesahkan nombor telefon anda. Tekan butang Confirm. Anda akan menerima kod OTP daripada BSN secara SMS ke telefon anda, melalui nombor telefon anda yang anda telah daftarkan dengan akaun BSN anda.
  • Masukkan kod OTP tersebut di ruangan OTP Number.
  • Pilih salah satu gambar yang tertera di ruangan Online Image. Gambar ini digunakan untuk proses pengesahan akaun anda setiap kali anda ingin login ke akaun online banking MyBSN anda. Anda dinasihatkan untuk menukar gambar online anda ini setiap bulan.
  • Tekan butang Submit.
  • Pendaftaran akaun online banking MyBSN anda berjaya.

KELEBIHAN MEMPUNYAI AKAUN MyBSN ONLINE

1.Memudahkan urusan Bantuan Sara Hidup(BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional(BPN)

2.Kemudahan membeli nombor pin UPU.

3.Urusan Simpanan Sijil Premium.

4.Semak baki wang dalam akaun BSN anda secara online.

5.Instant transfer online ke akaun anda yang lain termasuk ke Maybank Online, RHB, Bank Islam, CIMB, Public Bank dan lain-lain lagi

6.Membayar bil utiliti anda dengan mudah

LOGIN DAN SEMAK AKAUN BSN ONLINE


Bagaimana pula cara untuk semak baki akaun BSN?

SEMAK BAKI AKAUN BANK SIMPANAN NASIONAL(BSN)

 

Ada tiga cara untuk semak baki akaun BSN anda :

  • Semak baki akaun BSN melalui MyBSN online
  • Check balance MyBSN guna ATM
  • Semak baki akaun BSN melalui SMS

PANDUAN SEMAK BAKI AKAUN BSN GUNA MyBSN ONLINE

 

  • Layari laman web rasmi MyBSN di https://www.mybsn.com.my
  • Tekan MyBSN di browser anda, dan pilih pilihan yang teratas.
  • Kemudian, anda akan tiba di laman untuk login. Pada ruangan Username, masukkan username untuk akaun anda.
  • Kemudian, tekan butang Login.
  • Masukkan maklumat lain seperti Online Image dan password untuk akaun anda.
  • Pilih menu My Account.
  • Seterusnya, pilih Account Balance.
  • Maklumat baki anda akan tertera di skrin.

PANDUAN SEMAK BAKI AKAUN BSN GUNA ATM

 

  • Kunjungi mana-mana mesin ATM yang terdekat dengan anda.
  • Masukkan kad ATM anda pada slot yang disediakan. Pastikan slot tersebut mempunyai lampu menyala berwarna hijau sebelum anda ingin memasukkan kad ATM anda.
  • Kemudian, masukkan nombor PIN untuk kad ATM anda.
  • Seterusnya, menu akan tertera. Pilih Maklumat Baki, dan pilih Akaun Bank.
  • Tunggu sehingga maklumat baki untuk akaun bank BSN anda tertera di skrin.

PANDUAN SEMAK BAKI AKAUN BSN GUNA SMS

 

  • Pertama sekali, kunjungi mana-mana cawangan BSN yang terdekat dengan anda untuk mendaftar nombor telefon anda dengan akaun BSN anda.
  • Kemudian, anda akan mendapat SMS yang mengandungi M-PIN serta 2 digit nombor UAC untuk mengaktifkan nombor telefon anda dengan akaun BSN anda. Nombor M-PIN ini penting untuk melakukan apa-apa urusan perbankan BSN anda secara SMS. Pastikan anda tidak mendedahkan M-PIN anda kepada orang lain.
  • Untuk semak baki akaun BSN anda secara SMS,
  • Taip BAL<jarak>M-PIN, dan hantar ke 36898.
  • Tunggu sebentar. Anda akan mendapat SMS daripada BSN, yang mengandungi baki akaun anda.

 

 

12 thoughts on “LOGIN DAN SEMAK AKAUN BSN ONLINE(mybsn.com.my)”

Leave a Comment