LUPA PASSWORD WIFI (Cara Dapatkan Semula)

LUPA PASSWORD WIFI (Cara Dapatkan Semula)

LUPA PASSWORD WIFI

Lupa password wifi? Jangan risau, pada artikel kali ini kami anda memberikan panduan untuk mendapatkan semula wifi anda. Betul, kebiasaannya kita akan setkan password kepada Safe password. Jadi memang tak hafal password wifi.

Kadang tu, ada juga password yang panjang sangat hingga kita lupa. Takkan setiap kali lupa password kita nak reset wifi. Mungkin cara itu lebih mudah, namun ada cara yang lebih praktikal untuk mengetahui password wifi. Peringatan ye, ini bukan cara untuk hack wifi jiran sebelah tapi untuk mereka yang lupa password wifi sendiri.

Setelah tahu cara untuk dapatkan semula password wifi, tentu urusan akses internet tidak akan tergendala lagi untuk download, update, streaming dan sebagainya.  Jom kita cuba!

Cara Cek Password WiFi di PC Windows

Jika kita ingin memberi password kepada tetamu atau untuk memasukkan password ke gadet baharu, tapi kita sendiri pun terlupa passwordnya, mungking anda boleh ikuti langkah ini :

  • Pada bahagian bawah kanan toolbar PC Windows, klik pada logo WiFi, pilih pada menu Network & Sharing Center dan klik WiFi.
  • Kemudian, pilih Wireless Properties seterusnya tekan Security.
  • Pada bahagian bawah menu Network Security Key, tick pada kotak Show Character.
  • Paparan password wifi anda sudah tersedia.
  • Peringatan ye, mungkin ada sedikit perbezaan cara pada Windows yang berlainan. So, yang paling penting adalah anda cari Network Security key.

 

Cara Cek Password WiFi di Laptop Mac

Bagi pengguna Apple atau MacBook, anda juga boleh mengetahui password Wifi melalui Mac anda.

  • Untuk itu, pada laptop Mac anda, buka Launchpad.
  • Launchpad akan menunjukkan palikasi yang terdapat dalam Mac anda, cari keychain Access dan klik aplikasi tersebut.
  • Kemudian, carilah nama network WiFi yang anda sedang gunakan dan klik dua kali pada nama network (WiFi) tersebut.
  • Pada menu Attributes, klik kotak Show Password. Akan muncul popup meminta permohonan untuk menunjukkan password dan anda dikehendaki memasukkan password Mac anda.
  • Setelah itu, password Wifi anda sudah dapat diketahui.

 

Mudah bukan? tetapi mungkin ada sedikit perubahan cara kerana update terkini yang berlainan. So, lepas ni tak susah dah nak cari password untuk dimasukkan ke peranti yang baru. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu memudahkan urusan anda.

 

ARTIKEL LAIN

LUPA NOMBOR AKAUN ASTRO:CARA CHECK NO ASTRO ONLINE/SMS/FACEBOOK & WHATAPPS

LUPA NOMBOR AKAUN BANK: CARA DAPATKAN NOMBOR AKAUN BANK(BSN MAYBANK CIMB BANK RAKYAT PUBLIC BANK RHB BANK ISLAM)

Leave a Comment