MANIFESTO PN PRU15 (Senarai Tawaran Perikatan Nasional)

MANIFESTO PN PRU15 (Senarai Tawaran Perikatan Nasional)

MANIFESTO PN

Seperti yang anda ketahui, parti Perikatan Nasional akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU Ke-15). Semestinya anda ingin ketahui manifesto yang ditawarkan. Disini kami akan kongsikan Manifesto PN, semoga membantu.

 

APA ITU PARTI PERIKATAN NASIONAL

Perikatan Nasional (singkatan: PN) ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada lima parti komponen. Ia ditubuhkan rentetan daripada kemelut politik Malaysia dan bagi menghadapi Pilihan raya negeri Sabah yang berlaku pada tahun 2020. Parti ini didaftarkan pada 7 Ogos 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan Kabinet Muhyiddin Yassin pada 10 Mac 2020. Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan dibawah Registration Of Societies (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Penubuhan parti ini dipengaruhi oleh Kabinet Muhyiddin Yassin yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020. Gabungan ini didahului oleh Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM) atau dikenali juga sebagai Malaysian Party Alliance Association.

 

PARTI KOMPENEN PERIKATAN NASIONAL

Parti Perikatan Nasional terdiri daripada lima buah parti komponen iaitu:

  1. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
  2. Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
  3. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
  4. Parti Progresif Sabah (SAPP)
  5. Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)

 

MANIFESTO PERIKATAN NASIONAL (PN) PRU15

PN Best merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran. Antara 12 tunjang Tawaran PN Best ialah membina ekonomi masa hadapan, membersihkan politik dan tadbir urus iaitu:

  1. Membina Ekonomi Masa Hadapan yang Berdaya Saing
  2. Meningkatkan Nilai dan Taraf Hidup Rakyat
  3. Membersihkan Politik dan Tadbir Urus
  4. Mensejahterakan Bumiputera, Orang Asli dan Semua Kaum
  5. Memacu Pembangunan Wilayah
  6. Melestarikan Alam Sekitar dan Merancakkan Pelancongan
  7. Memperkasa Belia dan Mensejahterakan Keluarga Muda
  8. Mengoptimumkan Potensi Wanita
  9. Membina Warga Emas Yang Aktif dan Sejahtera
  10. Memperkasakan Orang Kelainan Upaya
  11. Memperkasakan Peneroka FELDA
  12. Mentransformasikan Petani, Penternak, Nelayan & Pekebun Kecil

 

TAWARAN PERIKATAN NASIONAL (PN) PRU15

Berikut adalah merupakan infografik tawaran PN seperti di bawah

MANIFESTO PN

MANIFESTO PN MANIFESTO PN MANIFESTO PN MANIFESTO PN MANIFESTO PN MANIFESTO PN MANIFESTO PN MANIFESTO PN MANIFESTO PN MANIFESTO PN MANIFESTO PN MANIFESTO PN MANIFESTO PN

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai manifesto PN, anda boleh melayari facebook rasmi PERIKATAN NASIONAL di pautan https://www.facebook.com/perikatann/

 

ARTIKEL LAIN

MANIFESTO PH PRU15 (Senarai Tawaran Pakatan Harapan)

MySPR SEMAK 2022:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)

Leave a Comment