SEMAKAN PERMOHONAN MRSM 2022 ( Keputusan UKKM )
Bagi para pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran mereka ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan 4 untuk tahun 2022, permohonan untuk kemasukan ke MRSM telah dibuka.
PERMOHONAN MRSM 2022
Setiap tahun Maktab Rendah Sains akan buat pengambilan pelajar baru yang berkelayakan bagi pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.
TARIKH BUKA PERMOHONAN MRSM 2022
Dibuka mulai 29 Ogos 2021 hingga 5 November 2021
PROGRAM SISTEM PENDIDIKAN MRSM
Program sistem pendidikan MRSM merangkumi enam program yang berteraskan Science, Technology, Religion, Engineering, Arts and Mathematics (STREAM) iaitu:
Program Premier
- Program ini menawarkan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA.
- Pelajar akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah, Kurikulum Pembangunan Sahsiah dan Kemahiran Insaniah.
- Sebanyak 31 buah MRSM menawarkan program ini iaitu:
- Maktab Rendah Sains MARA Arau, Perlis
- Maktab Rendah Sains MARA Beseri, Perlis
- Maktab Rendah Sains MARA Baling, Kedah
- Maktab Rendah Sains MARA Felda, Sungkai Perak
- Maktab Rendah Sains MARA Gerik, Perak
- Maktab Rendah Sains MARA Jeli, Kelantan
- Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang, Terengganu
- Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai, Kelantan
- Maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu, Terengganu
- Maktab Rendah Sains MARA Lenggong, Perak
- Maktab Rendah Sains MARA Merbok, Kedah
- Maktab Rendah Sains MARA Mersing, Johor
- Maktab Rendah Sains MARA Muadzam Shah, Pahang
- Maktab Rendah Sains MARA Muar, Johor
- Maktab Rendah Sains MARA Pasir Salak, Perak
- Maktab Rendah Sains MARA Pasir Tumboh, Kelantan
- Maktab Rendah Sains MARA Pendang, Kedah
- Maktab Rendah Sains MARA Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar Perak
- Maktab Rendah Sains MARA Transkrian, Nibong Tebal Pulau Pinang
- Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis Pahang
- Maktab Rendah Sains MARA Tun Mustapha, Tawau Sabah
- Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu, Sabah
- Maktab Rendah Sains MARA Mukah, Sarawak
- Maktab Rendah Sains MARA Betong, Sarawak
- Maktab Rendah Sains MARA Kuching, Sarawak
- Maktab Rendah Sains MARA Terendak, Melaka
- Maktab Rendah Sains MARA Besut, Terengganu
- Maktab Rendah Sains MARA PDRM, Kulim Kedah
- Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Hulu, Perak
- Maktab Rendah Sains MARA Serting, Negeri Sembilan
- Maktab Rendah Sains MARA Batu Pahat, Johor
Program Ulul Albab
- Program ini adalah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berasaskan Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) dan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran.
- Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi Teknokrat Hafiz Profesional yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan.
- Program ini ditawarkan di 5 buah MRSM di seluruh negara iaitu:
- MRSM Kota Putra, Terengganu
- MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
- MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
- MRSM Sungai Besar, Selangor
v) MRSM Semporna, Sabah
Program IGCSE
- Program ini adalah berasaskan kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berteraskan STEM.
- Pelajar juga berpeluang mengikuti pembelajaran kurikulum berasaskan kebangsaan.
- Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun Tingkatan 4 dan SPM pada Tingkatan 5.
- Program ini ditawarkan di 12 buah MRSM di seluruh Malaysia iaitu:
- Kuantan, Pahang
- Kuala Klawang, Negeri Sembilan
- Langkawi, Kedah
- Kuala Kubu Bharu, Selangor
- Alor Gajah, Melaka
- Kubang Pasu, Kedah
- Tun Mustapha, Tawau Sabah
- Tun Abdul Razak, Pahang
- Tumpat, Kelantan
- Parit, Perak
- Pengkalan Hulu
- Johor Bahru Johor
Program IBMYP
- Program International Baccalaureate-Middle Years Programme (IBMYP) adalah berteraskan STEM yang melaksanakan kurikulum kebangsaan dengan mengintegrasikan dengan IBMYP.
- Program ini menggunakan pendekatan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, kritis, dan menghasilkan pemikir yang reflektif.
- Terdapat 3 lokasi MRSM yang menawarkan program ini iaitu:
- MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
- MRSM Tun Dr Ismail, Pontian Johor
- MRSM Tun Mohamad Fuad Stephens, Sandakan Sabah
Program Teknikal
- Program ini menerapkan elemen Teknikal dan Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah berteraskan STEM.
- Pada peringkat menengah atas, pelajar akan memilih sama ada Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
- Hanya 1 MRSM yang menawarkan program ini iaitu di MRSM Bentong, Pahang.
Program Khas Pendidikan (PKP)
- PKP adalah program yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang PT3.
- Program ini menawarkan pendidikan berasaskan STEM yang mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembanguna bakat pelajar.
- Terdapat 3 lokasi MRSM yang menawarkan program ini iaitu:
- Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa, Kelantan
- Maktab Rendah Sains MARA Taiping, Perak
- Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar Baba, Jasin Melaka
SEMAKAN SYARAT UMUM & KHUSUS
Pelajar yang ingin memasuki Maktab Rendah Sains perlu memenuhi syarat umum dan khusus yang telah ditetapkan.
Syarat umum kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA adalah seperti berikut:
- Calon adalah warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa juga adalah warganegara Malaysia.
- Calon mestilah memohon atas talian (online).
- Calon mestilah sihat tubuh badan.
- Bagi calon kurang upaya, calon mestilah boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain.Bagi syarat khusus kemasukan pula, calon perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pencapaian akademik yang cemerlang.
- Calon mestilah aktif dalam bidang kokurikulum.
- Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah.
- Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit.
- Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
- Calon-calon yang memohon perlu lulus 4 ujian bagi selain program Ulul Albab dan 5 ujian bagi program Ulul Albab.
UJIAN UKKM MRSM
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Untuk pengambilan pelajar MRSM tahun 2022, pelajar Tahun Enam dan pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diwajibkan menduduki ujian ini.
- Bagi kemasukan untuk Tingkatan 1, soalan UKKM adalah merangkumi Tahap II Sekolah Rendah.
- Untuk kemasukan ke Tingkatan 4, soalan UKKM adalah merangkumi menengah rendah.
Ujian UKKM yang perlu dilalui oleh para calon ialah:
- Matematik- 20 soalan objektif (30 minit)
- Bahasa Inggeris- 15 soalan objektif (30 minit)
- Sains- 30 soalan objektif (30 minit)
- Keperibadian- 100 soalan objektif (30 minit)
- Hafazan dan Tulisan Jawi (pengambilan untuk Ulul Albab Sahaja) (35 minit).
CARA BUAT SEMAKAN UKKM BAGI TINGKATAN 1 & 4
Berikut ialah cara untuk buat semakan UKKM bagi Tingkatan 4:
- Layari laman web rasmi Maktab Rendah Sains di sini:
- Isikan nombor kad pengenalan dan log masuk
- Status pendaftaran, butiran mengenai ujian dan permohonan akan dipaparkan
Nota: (laman web akan dibuka untuk semakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan)
TARIKH KEPUTUSAN UKKM 2022
Akan dikemaskini kemudian sekiranya terdapat makluman terkini
CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1 & 4 2022
Calon-calon yang berminat untuk memasuki Maktab Rendah Sains perlu membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web berikut iaitu https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
- Klik bahagian ‘Permohonan.’
- Klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
- Masukkan no. kad pengenalan dan klik butang ‘Hantar.’
- Isi maklumat Nama, Email dan Sekolah dengan lengkap dan klik butang ‘Hantar.’
- Satu mesej memaparkan pendaftaran telah berjaya dan disertakan dengan kata laluan. Kata laluan tersebut juga dihantar ke email yang didaftarkan.
- Log in dengan memasukkan no. kad pengenalan pemohon dan kata laluan yang diberikan.
- Kemudian, klik butang ‘Log Masuk.’
- Lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan MRSM, dan Maklumat Pilihan Pusat Ujian dengan lengkap.
- Tandakan (/) di bahagian pengakuan pemohon dan klik butang ‘Hantar.’
SEMAKAN TAWARAN KEDUA KEMASUKAN MRSM SESI 2022 / 2023
Tawaran kedua kemasukan MRSM Sesi 2022/2023 telah mulai dibuka pada 18 April 2022. Pemohon boleh membuat semkan keputusan MRSM sesi 2022 / 2023 adalah seperti berikut:
- Layari pautan UKKM MARA:
- MRSM Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1
- MRSM Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4
- Log masuk menggunakan ID yang telah didaftarkan.
- Keputusan permohonan akan dipaparkan.
- Pemohon atau ibu bapa perlu mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan menerusi pautan sistem MyMrsm dalam portal Mara.
Nota: Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh 7 hari, tawaran kepada calon berkenaan dianggap terbatal.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4222.
Sebarang maklumat lanjut, calon boleh melayari laman web MARA iaitu https://www.mara.gov.my/.
ARTIKEL LAIN
CONTOH SOALAN UKKM MRSM 2022 (Format Terkini & Contoh Jawapan )
Tags: #CARA BUAT SEMAKAN UKKM BAGI TINGKATAN 1 & 4 #CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1 & 4 2022 #PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1 & 4 2021 #PERMOHONAN MRSM 2022 #Program IBMYP MRSM #Program IGCSE MRSM #Program Khas Pendidikan (PKP) mrsm #Program Premier MRSM #PROGRAM SISTEM PENDIDIKAN MRSM #Program Teknikal mrsm #Program Ulul Albab MRSM #SEMAKAN PERMOHONAN MRSM 2022 ( Keputusan UKKM ) #SEMAKAN SYARAT UMUM & KHUSUS KEMASUKAN MRSM #SEMAKAN TAWARAN KEDUA KEMASUKAN MRSM SESI 2022 / 2023 #TARIKH BUKA PERMOHONAN MRSM 2022 #TARIKH KEPUTUSAN UKKM 2022 #UJIAN UKKM MRSM
Ramji Talib2 tahun ago
saya sudah isi borang permohonan online masuk ke tingkatan 1 MRSM. Persoalan saya perlukah lagi saya untuk memohon dan mengisi borang secara online di https:spskt1.moe.gov.my?
KARTINI BINTI SIJAM1 tahun ago
PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1