MUSA’ADAH TIJARIYAH MAIWP (SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN MODAL PERNIAGAAN)

MUSA’ADAH TIJARIYAH MAIWP (SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN MODAL PERNIAGAAN)

MUSA’ADAH TIJARIYAH MAIWP (SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN MODAL PERNIAGAAN)

 

Kepada yang memerlukan bantuan memulakan atau mengembangkan perniagaan,Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan bantuan terbaharu iaitu bantuan Musa’adah Tijariyah.

APA ITU MUSA’ADAH TIJARIYAH MAIWP?

 

Bantuan Musa’adah Tijariyah adalah bantuan modal yang diberikan kepada mana-mana individu yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Antara tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam untuk terlibat di dalam bidang perniagaan dan juga memajukan perniagaan usahawan yang sedia ada khususnya ketika wabak COVID-19 melanda negara.

Bagi pemohon yang layak, mereka perlu mengikuti kursus perniagaan yang disediakan oleh pihak MAIWP sebelum penyaluran bantuan dilakukan.

Nak check saman dan bayar saman dengan diskaun sehingga 50%? Sila rujuk MyBAYAR SAMAN PDRM

TARIKH PERMOHONAN MUSA’ADAH TIJARIYAH 

Permohonan bantuan Musa’adah Tijariyah telah dibuka kepada orang ramai mulai 25 Mac 2021 dan akan ditutup pada 5 April 2021.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MUSA’ADAH TIJARIYAH 

Kepada yang berminat nak  memohon bantuan ini perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  • Pemohon ialah beragama Islam.
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Tektakluk kepada had kifayah.
  • Mempunyai pendaftaran SSM selama 2 bulan dan ke atas.
  • Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 6 bulan terkini.
  • Lokasi/Tapak Perniagaan Yang Dibenarkan
  • Lokasi atau tapak yang dibenarkan bagi usahawan yang ingin memohon bantuan Musa’adah Tijariyah adalah seperti berikut:

Premis perniagaan dibenarkan sama ada di dalam/luar Wilayah Persekutuan.

Premis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:

  1. i) Perniagaan bergerak.
  2. ii) Premis berada di kawasan Lembah Klang/Kuala Lumpur/Selangor.

SENARAI PERNIAGAAN YANG DIBENARKAN MEMOHON MUSA’ADAH TIJARIYAH MAIWP

Perniagaan yang dibenarkan untuk memohon bantuan bantuan Musa’adah Tijariyah adalah seperti:

  • Makanan dan minuman.
  • Barangan kering seperti pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, dan bahan bacaan ilmiah.
  • Perkhidmatan seperti gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, dan urutan.
  • Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan.

CARA PERMOHONAN MUSA’ADAH TIJARIYAH MAIWP

Berikut adalah cara untuk mohon bantuan Musa’adah Tijariyah:

PERMOHONAN MUSA’ADAH TIJARIYAH MAIWP ONLINE

  1. Layari laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-tijariyyah/app_Login/.
  2. Klik pada bahagian ‘Pengguna Baru.’
  3. Isi maklumat diri dengan lengkap dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat dengan lengkap dan betul.
  6. Muat naik dokumen sokongan.
  7. Selesai membuat permohonan.

PERMOHONAN MUSA’ADAH TIJARIYAH MAIWP MANUAL(BORANG)

  1. Hadir ke Pejabat
  2. Muat turun borang permohonan di https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-tijariyyah/assets/borang.pdf.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen sokongan.

Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke:

  1. i) Aras 1, Bahagian Baitulmal MAIWP, Kuala Lumpur
  2. ii) Pusat-pusat Agihan Zakat (PAZA) MAIWP

iii) Kaunter MAIWP Putrajaya, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya

  1. iv) Kaunter MAIWP Labuan, Kompleks Ujana Kewangan

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN MUSA’ADAH TIJARIYAH MAIWP

Dokumen sokongan berikut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  • Satu salinan kad pengenalan pemohon.
  • Satu salinan kad pengenalan pasangan.
  • Satu penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini pemohon.
  • Satu penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini pasangan.
  • Satu salinan Cukai Pintu atau Bil Utiliti tempat tinggal terkini.
  • Satu Salinan sijil pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mengandungi muka depan sijil, maklumat pemilik terkini dan maklumat perniagaan yang masih aktif sekurangnya dalam tempoh 2 bulan.
  • Satu Salinan penyata akaun/surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB) bagi tujuan pembayaran.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MUSA’ADAH TIJARIYAH MAIWP

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak MAIWP melalui SMS.

Jika pemohon tidak mendapat sebarang maklumat dalam masa 30 hari, permohonan tersebut dianggap sebagai tidak berjaya.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan Musa’adahTijariyah sila hubungi pihak MAIWP di talian 011-6254 2728.

Leave a Comment