CARA DAPATKAN SURAT KUASA TADBIR (Keluarkan Duit Si Mati )

CARA DAPATKAN SURAT KUASA TADBIR (Keluarkan Duit Si Mati )

SURAT KUASA TADBIR

Jika terdapat berita kehilangan seorang ahli keluarga secara tiba-tiba memang amat menyedihkan. Ditambahkan pula, si mati meninggal tanpa sebarang pesanan dan tidak sempat membuat surat wasiat serta sebagainya.Sekiranya si mati tinggalkan duit yang agak banyak dalam akaun bank,  semestinya anda ingin mengetahui persediaan yang perlu dilakukan untuk mengeluarkan duit si mati dari bank oleh ahli keluarga di mati. Disini kami kongsikan cara untuk dapatkan surat kuasa tadbir.

 

APA ITU SURAT KUASA TADBIR

Surat kuasa tadbir atau Akuan akan dikeluarkan apabila seseorang itu meninggal dunia tanpa Wasiat. Di Malaysia, terdapat 3 institusi yang mempunyai kuasa mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir iaitu Mahkamah Tinggi Sivil, AmanahRaya dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil.

Buat pengetahuan anda, sijil kematian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak boleh mengeluarkan wang yang ada pada akaun bank si mati.

 

WAKTU SESUAI DAPATKAN SURAT KUASA TADBIR

  • Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kematian simati.
  • Walaubagaimanapun, dinasihatkan permohonan dibuat dengan segera atau sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh kematian simati.
  • Ini bagi mengelakkan berlakunya kemungkinan kematian berlapis atau risiko kehilangan dokumen penting yang akan merumitkan lagi urusan permohonan dan/atau pentadbiran harta pusaka simati.

 

CARA DAPATKAN SURAT KUASA TADBIR

Berikut adalah merupakan cara untuk dapatkan surat kuasa tersebut:

  1. Melalui Mahkamah Tinggi. Permohonan untuk LA mesti dilampirkan bersama:
    • Sijil kematian
    • Maklumat pemohon
    • Senarai aset dan liabiliti si mati
    • Senarai waris atau benefisiari berpotensi
    • Sebarang nota tambahan oleh pemohon
  2. Melalui Amanah Raya Bhd
    • Iaitu pemegang amanah awam milik kerajaan sekiranya adalah untuk harta pusaka yang bernilai bawah RM600,000 dan layak ditadbir
  3. Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
    • Cara ini boleh digunakan jika terdapat aset tak alih (immovable assets), seperti rumah, dalam senarai harta pusaka.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI KELUARKAN DUIT SI MATI DI BANK

Untuk keludapatkan surat kuasa mentadbir, anda perlu sediakan dokumen seperti berikut:

  1. Surat kematian Arwah
  2. Kad Pengenalan waris
  3. Butiran akaun bank
  4. Surat sokongan yang membuktikan pertalian dengan arwah
  5. Surat kuasaTadbir

 

CARA KELUARKAN DUIT SI MATI DI BANK

Berikut adalah cara untuk keluarkan duit si mati di bank:

  1. Hubungi pihak bank tersebut untuk memaklumkan bahawa pemegang akaun telah meninggal dunia.
  2. Pewaris atau penama perlu mengemukakan dokumen pengesahan bahawa mereka mempunyai hubungan dengan arwah.
  3. Setelah dokumen yang diperlukan lengkap, serahkan dokumen tersebut kepada pihak bank.
  4. Pihak bank akan menguruskan pengeluaran wang tersebut namun ia memerlukan sedikit masa untuk diproses.
  5. Selepas segala proses telah diluluskan, wang tersebut akan dipindahkan kepada akaun penama atau pewaris tersebut.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Surat Kuasa Tadbir, anda boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) DI SINI

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN PERKESO (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN ASB (Prosedur & Dokumen )

CARA TUNTUT/CLAIM KHAIRAT KEMATIAN KWSP (Prosedur & Dokumen )

Leave a Comment