Isi Kandungan
MyFUTUREJOBS DAFTAR PORTAL CARIAN KERJA MySTEP & GURU GANTI
Adakah anda sedang mencari pekerjaan? Selain dari membuat permohonan melalui SPA, anda juga boleh membuat permohonan mencar pekerjaan melalui MyFutureJobs. Disini kami akan kongsikan cara daftar MyFutureJobs dan membuat permohonan, semoga membantu.
APA ITU MyFUTUREJOBS?
MYFutureJobs adalah portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ianya dilancarkan susulan program PenjanaKerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.
CARA DAFTAR MyFUTUREJOBS (Job Seeker)
Kepada pencari kerja,anda boleh buat pendaftran mencari pekerjaan melalui portal Myfuturejobs:
- Layari portal MYFutureJobs
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin (Sila view as desktop atau menggunakan komputer sekiranya butang tersebut tidak muncul)
- Dalam paparan seterusnya, klik butang ‘Register’
- Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register’
- Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.
- Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
- Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.
LOGIN PORTAL MyFUTUREJOBS
Berikut adalah cara log masuk ke portal MyFutureJobs:
- Layari portal MYFutureJobs
- Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
- Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari
CARA KEMASKINI MAKLUMAT DI MyFUTERJOBS (Kali Pertama)
Setelah anda berjaya Log Masuk, seharusnya anda kemaskini maklumat Profil anda terlebih dahulu. Berikut adalah caranya:
- Pada paparan utama MyFututeJobs anda, pilih pada bahagian CREATE PROFIl.
- Terdapat lima (5) bahagian yang anda perlu isikan:
- Personal Information – maklumat peribadi
- Lengkapkan maklumat peribadi anda di ruangan yang disediakan
- Pastikan anda memuatnaik gambar anda (sebaiknya gambar formal) dan juga memuatnaik Resume anda
- Desired Jobs – pekerjaan yang diingini
- Pilih pekerjaan yang anda ingin, anda boleh mencari di ruagan yang disediakan.
- Experience – pengalaman
- Masukkan pengalaman anda (sekiranya ada), jika tiada klik No
- Education – pendidikan
- Masukkan Taraf pendidikan, bahasa dan lesen memandu anda
- Skills – kemahiran
- Isikan kemahiran anda miliki
- Personal Information – maklumat peribadi
- Setelah siap semuanya, pada bahagian Certificate and Suppoting Document, muat naik sijil dan dokumen sokongan yang berkaitan
- Semak kembali maklumat anda, pastikan semuanya lengkap dan bertanda hijau. Kemaskini anda selesai
CARA PERMOHONAN KERJA DI MyFUTUREJOBS
Kepada anda yang ingin mencari dan membuat permohonan pekerjaan yang bersesuain dengan kelayakan anda di MyFutureJobs, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman web MyFutureJobs
- Anda boleh membuat carian mengikut kemahiran dan kelayakan anda pada ruangan tertera seperti:
- Jenis pekerjaan
- Lokasi
- Status pekerjaan (separuh masa, sepenuh masa, kontrak, freelance, dan sebagainya)
- Paparan senarai keksoongan pekerjaan akan terteta
- Klik pada MOHON untuk memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan anda.
- Pastikan anda mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
CARA PERMOHONAN GURU GANTI DI MyFUTUREJOBS
Kepada anda yang ingin membuat permohonan Guru Ganti di MyFutureJobs, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman web MyFutureJobs dan log masuk akaun anda
- Klik pada butang ‘Pencari Kerja’
- Pada ruangan What, taipkan Guru Ganti
- Seterusnya Klik butang ‘Search’ untuk mendapatkan hasil carian kekosongan Guru Ganti.
CARA DAFTAR MAJIKAN MYFUTUREJOBS (Employer)
Jika anda sebagai majikan dan ingin mengiklankan jawatan kosong, berikut adalah cara untuk daftar majikan di portal MYFutureJobs:
- Layari portal MYFutureJobs
- Klik ‘Employer Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
- Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register Here’
- Isikan butiran syarikat dan klik ‘Send For Approval’
- Maklumat berkaitan akaun syarikat telah disahkan oleh MYFutureJobs akan dihantar dan diterima oleh syarikat
TERLUPA KATA LALUAN MyFUTUREJOBS
Sekiranya anda terlupa kata laluan anda, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari laman web MyFutureJobs
- Pada paparan sign in, sila tekan butang Forgot your password?
- Anda akan diminta untuk memasukkan nombor IC.
- Kemudian anda akan diberikan arahan untuk memasukkan kata laluan yang baharu.
SOALAN LAZIM (FAQ) MyFUTUREJOBS
Macam mana cara nak daftar cari kerja di portal MyFutureJobs?
- Anda boleh buat pendaftaran mencari pekerjaan di portal MyFutureJobs.Rujuk artikel di atas.
Apa kelebihan portal MyFutureJobs?
- Portal ini membantu anda mengatasi isu ketidaksepadanan dalam penawaran dan permintaan pekerjaan, meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpasaran dalam kalangan pencari kerja tempatan.
Jika saya sebagai majikan dan bolehkah saya iklankan pekerjaan di portal MYFutureJobs,bagaimana caranya?
- Boleh,sila rujuk artikel diatas untuk mendaftar.
PERMASALAHAN BERKAITAN DAFTAR & PERMOHONAN MyFUTUREJOBS
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui:
- Talian Khidmat Pelanggan MYFutureJobs: 1300 22 8000
- Emel: [email protected]
- Mengunjungi Pejabat PERKESO berhampiran
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan panduan penggunaan portal MyFutureJobs,sila rujuk saluran berikut:
- Laman web rasmi PERKESO
- Laman web MyFutureJobs
- Facebook MyFutureJobs
- Twitter MyFutureJobs
Saya kehilangan kerje kerana majikan tidak membyar gaji
I m here wanna share my experience ..I m Chinese Muslim so much grateful ..I m looking for a future job hopefully match ..I m interest all kind of healthy issue..I have left my job recently for Ramadhan month..I hope to have job who respect Muslim praying time go for 5 time prayer..thank you if any employer/Boss would respect give this opportune..
bagaimana nk ubah butiran syarikat jika tersalah isi atau email salah
Saya masih tidak dapat keja tetap lagi dan saya seorang pengangur sebab adek saya sakit ayah saya penat
Saya tidak bekerja lagi,sebab pkp
Saya tidak bekerja lagi,sebeb pkp
Saya hilang pendapatan sbb pkp..lagi nak daftar myfuturejob pun xtau mcm mana
Sy lupa password di myfuturejob isi xnaik di email. Tlong bntu sy, sy sngat memerlukan pkerjaan
Sama la kita paswork lupa dn nk buat balik yg baru arahan xnaik e-mail