PANDUAN MEMBELI TANAH LOT(Cara Pilih Lot Rumah)

PANDUAN MEMBELI TANAH LOT(Cara Pilih Lot Rumah)

PANDUAN MEMBELI TANAH LOT(Cara Pilih Lot Rumah)
Menjadi satu trend terkini untuk membeli tanah lot rumah dan membina rumah idaman atas tanah tersebut. Jadi anda memerlukan panduan untuk membeli tanah lot untuk mencapai impian anda. Antara panduan untuk membeli tanah lot adalah seperti berikut :

1. Pastikan Hak Milik Individu

Tanah lot yang mempunyai geran individu akan memudahkan urusan jual beli tanah tersebut. Hak dan kepentingan anda juga dilindungi. Selain itu, urusan jual beli juga boleh dilakukan dengan cepat tanpa sebarang masalah.

Pastikan tanah lot tersebut betul-betul wujud dengan meminta salinan hak milik daripada penjual. Kemudian anda sendiri membuat carian persendirian di Pejabat Tanah Jajahan.

Untuk memastikan tanah lot anda hendak beli lebih jelas, gunalah khidmat juru ukur yang bertauliah untuk memastikan lokasi, keluasan, lebar dan sempadan tanah lot tersebut.

2. Pastikan Lot Tanah Dalam Zon Perumahan

 

Anda perlu semak kedudukan dan lokasi tanah anda berada dalam zon perumahan dan dalam perancangan perumahan Majlis Daerah dan Pejabat Tanah Jajahan.

Masalah akan timbul jika tanah lot yang anda beli bukan berada dalam zon perumahan. Mustahil untuk anda membina rumah idaman di dalam lot tanah tersebut.

3. Kemudahan Infrastruktur

Aspek untuk juga menjadi pertimbangan anda dalam panduan membeli tanah lot. Infrastruktur asas seperti jalan yang digazet, kemudahan elektrik dan air, longkang besar dan saliran yang teratur.

Kemudahan ini akan memudahkan dan menjimatkan urusan anda membina rumah idaman nanti.

4. Lantik Peguam Berpegalaman

Khidmat peguam sangat penting untuk urusan pembelian tanah. Peguam akan membantu anda menyemak latar belakang tanah lot tersebut. Jika memenuhi syarat dan mengikut undang-undang. Anda boleh membeli tanah lot tersebut.

Selain itu pihak peguam juga akan memberi khidmat nasihat dan membantu anda daripada awal sehingga selesai urusan tukar had milik. Kesimpulannya, kepentingan anda akan lebih terjamin dan selamat.

5. Urusan Kewangan

Anda perlu mengenal pasti bagaimana cara anda hendak membeli tanah lot tersebut. Adakah melibatkan pembiayaan peribadi, pembiayaan tanah lppsa atau wang tunai.

Jadi anda hendaklah peka kepada kehendak agensi yang anda berurusan supaya mengikut syarat yang ditetapkan.

Info lebih jelas boleh dapatkan maklumat di http://ptg.kelantan.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

Baca tentang CARA MOHON TANAH KERAJAAN 

Leave a Comment