WAKTU OPERASI KAUNTER STR & CAWANGAN LHDN 2023

WAKTU OPERASI KAUNTER STR & CAWANGAN LHDN 2023

WAKTU OPERASI KAUNTER STR

Kepada pemohon yang ingin ke kuanter LHDNM untuk urusan STR, anda seharusnya merujuk jadual pembukaan dan waktu operasi kaunter STR 2023 serta cawangan LHDN yang berhampiran. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

TUJUAN PEMBUKAAN KAUNTER STR

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa kaunter Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuka untuk memudahkan orang ramai menyelesaikan urusan.

 

TARIKH PEMBUKAAN KAUNTER STR

Pembukaan kaunter STR ini dibuka pada hujung minggu iaitu pada 24, 25, 26 dan 31 Mac 2023

 

LOKASI KAUNTER STR

Berikut adalah merupakan lokasi kaunter STR yang terlibat iaitu:

  • Cawangan LHDNM
  • Pejabat Satelit (PS) LHDNM
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM

 

WAKTU OPERASI KAUNTER STR

Berikut adalah merupakan waktu operasi iaituL

  • Semenanjung : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Sabah & Sarawak : 7.30 pagi hingga 4.00 petang

 

JADUAL WAKTU PEMBUKAAN KAUNTER STR

Berikut adalah merupakan jadual pembukaan waktu operasi  kaunter STR di cawangan yang terlibat di setiap negeri secara lebih terperinci iaitu:

NEGERI24 MAC (JUMAAT)25 MAC (SABTU)26 MAC (AHAD)31 MAC (JUMAAT)
Semenajung:

Kedah, Kelantan, Terangganu & Johor

8.00 pagi hingga 4.30 petang

8.00 pagi hingga 4.30 petang

8.00 pagi hingga 4.30 petang

Semenajung:

Selain dari Kedah, Kelantan, Terangganu & Johor

8.00 pagi hingga 4.30 petang8.00 pagi hingga 4.30 petang

Sabah & Sarawak

7.30 pagi hingga 4.00 petang7.30 pagi hingga 4.00 petang

NOTA: Bagi kaunter STR di UTC, tertakluk kepada waktu pengoperasian UTC.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN URUSAN DI KAUNTER STR

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

  • Pemohon:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN;
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN;
    • Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Pasangan:
    • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS);
    • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
  • Anak:
    • Anak Kandung
      • Salinan Sijil Lahir; dan
      • Salinan MyKad / MyKid
    • Anak Angkat
      • Salinan MyKad / MyKid; dan
      • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai waktu operasi kaunter STR, anda boleh layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

ARTIKEL LAIN

Leave a Comment