PERMOHONAN BIASISWA SEKOLAH RENDAH (BSR) YAYASAN PAHANG RM300

PERMOHONAN BIASISWA SEKOLAH RENDAH (BSR) YAYASAN PAHANG RM300

BSR YAYASAN PAHANG

Terkini Yayasan Pahang telah membuka permohonan untuk Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) bagi pelajar Tahun 4 sesi 2022. Kepada ibu bapa di Negeri Pahang yang mempunyai anak yang sedang belajar di tahun 3 pada tahun ini boleh membuat permohonan. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BSR YAYASAN PAHANG

Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) Yayasan Pahang telah diperkenalkan sejak tahun 2002 dan kumpulan sasar BSR adalah anak-anak dari keluarga miskin atau daif dengan pendapatan keluarga pelajar dibawah paras RM700 sebulan namun kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM2000 sebulan.

BSR ini diberikan kepada murid-murid Tahun 4 yang sedang belajar di sekolah di seluruh Negeri Pahang:

  • Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

 

KADAR BAYARAN BSR YAYASAN PAHANG

Kadar bayaran BSR adalah RM300 setahun bagi murid tahun 4 yang layak.

 

TARIKH PERMOHONAN BSR YAYASAN PAHANG

  • Permohonan bagi BSR dibuka mulai 15 Jun sehingga 16 Ogos 2021 secara atas talian.

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi pemohonan BSR:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Anak Negeri Pahang Darul Makmur mestilah ditakrifkan sebagai pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia dalah tidak layak memohon
  5. Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di SK/SJKC/SJKT dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
  9. Murid yang pernah digantung atau dibuang sekolah tidak layak memohon.

 

CARA PERMOHONAN BSR YAYASAN PAHANG

Kepada ibu bapa yang berkelayakan ingin membuat permohonan, berikuta dalah merupakan caranya:

  1. Ibu bapa atau pelajar perlu memaklumkan kepada Guru Biasiswa untuk memohon BSR.
  2. Guru Biasiswa perlu mencetak borang permohonan melalui http://eyayasan2.yp.org.my/bsryp/jpnp/
  3. Serahkan borang tersebut kepada ibu bapa/pelajar yang terlibat.
  4. Ibu bapa perlu mengisi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  5. Hantar semula borang tersebut kepada Guru Biasiswa.
  6. Guru Biasiswa perlu menghantar borang yang lengkap ke Yayasan Pahang.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sekelolah Rendah Yasayan Pahang, anda boleh merujuk  laman web rasmi Yayasan Pahang iaitu http://www.yp.org.my/ atau hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800

 

ARTIKEL LAIN

BSM YAYASAN PAHANG(Semakan Status Permohonan Biasiswa Tingkatan 1 & 4 2022)

Tags: #APA ITU BSR YAYASAN PAHANG #BIASISWA KECEMERLANGAN SUKAN #biasiswa sekolah #BIASISWA SEKOLAH  YAYASAN PAHANG #BIASISWA SEKOLAH MENENGAH #BIASISWA SEKOLAH RENDAH #BSR YAYASAN PAHANG #CARA PERMOHONAN BSR YAYASAN PAHANG #KADAR BAYARAN BSR YAYASAN PAHANG #KADAR BSR YAYASAN PAHANG #PERMOHONAN BIASISWA SEKOLAH RENDAH (BSR) YAYASAN PAHANG RM300 #SEKOLAH MENENGAH #SEKOLAH RENDAH #SYARAT KELAYAKAN BSR YAYASAN PAHANG #TARIKH PERMOHONAN BSR YAYASAN PAHANG #YAYASAN PAHANG

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "PERMOHONAN BIASISWA SEKOLAH RENDAH (BSR) YAYASAN PAHANG RM300"