SENARAI LOKASI PEDi DI SETIAP NEGERI (Cara Guna & Latihan Kursus)

SENARAI LOKASI PEDi DI SETIAP NEGERI (Cara Guna & Latihan Kursus)

PEDi

Kepada warga penduduk khususnya di luar bandar, Kerajaan kini anda menyediakan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh negara yang bertujuan memperkasa kegiatan ekonomi digital danmemberi kemudahan kepada 15.4 juta penduduk di negara ini terutama golongan B40.

Disini kami akan kongsikan senarai lokasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia dan latihan kursus yang ada, semoga membantu.

 

APA ITU PEDi

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia berperanan sebagai Pusat Sehenti untuk:

  • Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
  • Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
  • Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
  • Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing

 

MANFAAT PEDi

Berikut adalah merupakan manfaat PEDi kepada Masyarakat:

  • Usahawan
    • Dapat halankan perniagaan secara dalam talian melalui program e-dagang
    • Memahami kebolehpasaran produk dan khidmat strategi penjenamaan
    • Dapat diiktiraf sebagai ikon keusahawan
  • Komuniti
    • Panel penasihat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia akan perkasa komuniti luar bandar dengan:
      • Memantau aktiviti Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
      • Memastikan program berimpak tinggi


JUMLAH PEDi YANG ADA

  • Sebanyak 873 PEDl sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. PEDl juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta.
  • 37 PEDi baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022.
  • Sementara sebanyak 173 PEDl akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 PEDl. PEDl ini dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada penhujung Disember 2022.
  • Ini menjadikan sebanyak 1,083 PEDl beroperasi di seluruh negara.

 

LATIHAN DAN KURSUS YANG DITAWARKAN PEDi

  • Setiap PEDi menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti:
    • Latihan ICT
    • Latihan keusahawanan
    • Latihan multimedia
    • e-pembelajaran
    • Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro
    • Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.
  • Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Senarai ini akan ditambah baik dengan penglibatan yang lebih dari agensi serta swasta.

 

SENARAI LOKASI PEDi DI MALAYSIA

Berikut adalah merupakan senarai lokasi PEDi Terkini:

NEGERISEDIA ADASEDANG DIBINADALAM PERANCANGAN
Johor87 PEDi3 PEDi

  • Kampung Pagoh, Pagoh
  • Pulaau Penarek, Ledang
  • FELDA Linggiu, Tenggara
11 PEDi

  • Tangkak
  • Bentayan
  • Simpang Jeram
  • Senggarang
  • Yong Peng
  • Mengkibol
  • Parit Yaani
  • Larkin
  • Stulang
  • Skudai
  • Senai
WP Kuala LumpurAkan DikemaskiniAkan DikemaskiniAkan Dikemaskini
WP Putrajaya
WP Labuan
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Terangganu
Kelantan
Sabah
Sarawak

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai PEDi, anda boleh merujuk soalan lazim (FAQ) di sini

 

ARTIKEL LAIN

DAFTAR & SEMAKAN PROGRAM GLOW 2022(Latihan & Peningkatan Kemahiran)

Leave a Comment