Cara Daftar SPRN TEDUH(Permohonan Rumah Mampu Milik)

Cara Daftar SPRN TEDUH (Permohonan Rumah Mampu Milik)

Cara Daftar SPRN TEDUH(Permohonan Rumah Mampu Milik)

 

Untuk makluman, setiap permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit hendaklah dibuat melalui SPRN iaitu Sistem Pengurusan Perumahan Negara.

Bagaimanakah cara buat pendaftaran SPRN(TEDUH)?

Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my

APA ITU PORTAL TEDUH?

TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

 

PENDAFTARAN SPRN

  1. Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui pautan https://sprn.kpkt.gov.my/
  2. Klik “Daftar Akaun”
  3. Kemudian masukkan nama, nombor kad pengenalan dan alamat emel yang digunakan.
  4. Klik “Daftar” dan semak emel bagi tujuan pengesahan.

SKIM BANTUAN SPRN

Antara skim bantuan yang boleh anda boleh di bawah SPRN termasuklah:

  • Skim MyHome
  • Skim Rumah PPR
  • Skim Rumah Transit
  • Skim SPP

CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK

Untuk makluman, semua permohonan hendaklah dibuat secara online.

KPKT telah memaklumkan bahawa sebarang permohonan secara manual tidak akan diterima.

PROSES PERMOHONAN SPRN

Proses permohonan adalah seperti berikut:

Cara Daftar SPRN TEDUH(Permohonan Rumah Mampu Milik)

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan berbeza bergantung kepada skim yang anda ingin mohon.

Skim MyHome

Contohnya bagi skim MyHome, kriteria pemohon yang ditetapkan oleh KPKT adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
  • Skim MyHome menyediakan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta.

Antara dokumen sokongan untuk memohon MyHome ialah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan

 

Manakala bagi rumah PPR (dimiliki) yang dijual pada harga RM35,000, syarat kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri.

Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Antara ciri-ciri rumah PPR dimiliki ialah:

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Terdapat pelbagai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, gerai makan, tadika, dan lain-lain.

Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.

Skim Rumah Transit (SPRN)

Bagi rumah transit pula, anda mestilah memenuhi kriteria di bawah:

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Pemohon telah berkahwin
  • Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pemohon bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Tiada rekod jenayah

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.

Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Skim SPP

Akhir sekali skim SPP hanya untuk anda yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 70 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri

SOALAN LAZIM SPRN(TEDUH)

Apakah fungsi TEDUH?

Fungsi laman web TEDUH adalah saluran portal utama yang memaparkan maklumat tentang projek-projek dan program-program perumahan awam dam swasta di Malaysia.

Apakah skim perumahan yang ditawarkan SPRN?

Antaranya skim MyHome, PPR (dimiliki & disewa), Rumah Transit dan skim SPP.

Berapakah kadar sewaan rumah PPR?

RM124 sebulan.

Berapakah kadar sewaan rumah transit?

RM250 sebulan.

Berapakah had pinjaman skim SPP?

RM60,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca di portal https://teduh.kpkt.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RUMAH TRANSIT 2022 (Senarai Lokasi & Projek)

PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH SETIAP NEGERI (Senarai Projek Terkini)

5 thoughts on “Cara Daftar SPRN TEDUH(Permohonan Rumah Mampu Milik)”

  1. Masalah pendaftaran sprn iaitu isteri sy tidak bekerja dan tiada penyata dr kwsp tetapi laman online sprn tetap mahukan penyata dr kwsp, tiada penyata kerana isteri tidak mencarum dlm kwsp cuma hanya mendaftar sebagai ahli kwsp pd 16jun 2021untuk dptkan penyata

    Balas

Leave a Comment