PENYATA AKAUN BANK:CARA DAPATKAN /MUAT TURUN/DOWNLOAD(Maybank Bank Islam CIMB Bank Rakyat BSN PUBLIC BANK RHB BANK)

PENYATA AKAUN BANK:CARA DAPATKAN /MUAT TURUN/DOWNLOAD(Maybank Bank Islam CIMB Bank Rakyat BSN PUBLIC BANK RHB BANK)

PENYATA AKAUN BANK

Penyata bank (bank statement) adalah dokumen bukti aliran kewangan yang penting untuk disertakan dalam pelbagai urusan rasmi seperti permohonan pinjaman, pengesahan pendapatan (bagi yang bekerja sendiri) dan macam-macam lagi termasuklah untuk memohon bantuan kerajaan.

Kebiasaaanya jika ingin dapatkan penyata bank, kena pergi ke bank baru boleh dapatkannya. Sekarang penyata bank boleh di print atau save hanya berada dirumah sahaja, dan tak perlu lagi bersesak-sesak di bank.

Di sini kami kongsikan cara-cara download penyata bank untuk beberapa bank sahaja,

 

CARA DAPATKAN /MUAT TURUN/DOWNLOAD PENYATA AKAUN BANK MAYBANK

Berikut adalah cara dapatkan penyata Maybank secara online melalui laman web Maybank2u.

  1. Buka laman web rasmi Maybank di pautan maybank2u.com.my
  2. Login seperti biasa dengan memasukkan Username dan Password.
  3. Setelah itu, anda akan masuk ke Dashboard Maybank2u, korang boleh klik bahagian Saving Account
  4. Pilih menu e-Bills & Statement untuk melihat penyata akaun Maybank Anda.
  5. Klik menu View untuk melihat secara detail.
  6. Ada pilihan untuk melihat penyata bagi 1-3 bulan. Tekan sama ada Last 30 Days/ Last 60 Days/ Last 90 Days. Kemudian klin view statement.
  7. Yang terakhir sekali, apabila statement bank atau penyata bank keluar tekan simbol Save.
  8. Setelah itu, anda bolehlah mencetak penyata bank atau e-Statement tersebut.

Baca tentang CARA BUAT TEMUJANJI MAYBANK(ezyQ)

 

CARA DAPATKAN /MUAT TURUN/DOWNLOAD PENYATA AKAUN BANK ISLAM

Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar (online banking), sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Lawati laman rasmi Bank Islam Internet Banking
  2. Masukkan User ID dan Password Anda dengan betul.
  3. Di bahagian menu, pilih My Accounts > E-Statement > Download
  4. Pilih Account/Card yang ingin Anda muat turun, klik Submit.
  5. Senarai akaun E-Statement Anda akan dipaparkan. Pilih dan klik pada Tarikh Penyataan tertentu untuk memuat turun Pernyataan.

 

CARA DAPATKAN /MUAT TURUN/DOWNLOAD PENYATA AKAUN CIMB BANK

Berikut langkah-langkah untuk print penyata bank CIMB melalui CIMB Clicks.

  1. Cara Pertama:
    1. Log masuk CIMB Clicks
    2. Pilih My Accounts > Account Type SA PASSBOOK/ECOSAVE SA-i
    3. Klik 3 tanda bertitik, pilih View/Download eStatement
    4. Pilih bulan yang ingin Anda lihat, klik SearchCara Download Penyata Bank CIMB
    5. Download penyata
  2. Cara Kedua:
    1. Log masuk CIMB Clicks
    2. Pilih My Accounts > eStatemet > View eStatement
    3. Pilih Bulan Statement
    4. Download Statement
  3. Cara Ketiga:
    1. Log masuk CIMB Clicks
    2. Pilih menu Services
    3. Pilih View ESTATEMENT
    4. Pilih Bulan
    5. Download Statement
  •  

CARA DAPATKAN /MUAT TURUN/DOWNLOAD PENYATA AKAUN BANK RAKYAT

 Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar iRakyat, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Login internet banking i-Rakyat
  2. Log masuk menggunakan Username dan Password anda
  3. pada menu utama pilih pada Account Info > Account Overview
  4. Paparan akaun bank rakyat anda akan tertera, klik pada nombor akaun bank rakyat anda tersebut (bewarna biru)
  5. klik pada Account Detail, paparan akan menunjukkan maklumat detail akaun anda
  6. Kemudian scroll ke bawah dan klik pada bahagian Print
  7. kemudian anda boleh print maklumat akaun anda atau save kan sebagai PDF sebagai muka hadapan penyata anda
  8. Kemudian anda boleh print sejarah transaksi dengan klik pada View Transaction History
  9. kemudian pilih tempoh transaksi yang anda ingin dengan klik pada bahagian Tarnsaction History Period
  10. sejarah transaksi akan tertera, kemudian scroll ke bahagian bawah dan klik pada Print
  11. kemudian anda boleh print maklumat akaun anda atau save kan sebagai PDF
  12. Selesai

 

CARA DAPATKAN /MUAT TURUN/DOWNLOAD PENYATA AKAUN PUBLIC BANK

Berikut adalah cara dapatkan penyata Public Bank secara online melalui Pbe Personal Banking.

  1. Login PBEBank
  2. Klik pada menu “ACCOUNT”
  3. Klik No Akaun yang ingin di cetak dan pilih view transaction history untuk lihat sejarah transaksi
  4. Public bank akan paparkan penyata selama 6 bulan sahaja. Selebihnya perlu KLIK “SELECT OPTION” kemudia tekan Request E-Statement dan download.
  5. Download Penyata Public Bank dalam bentuk PDF, diapaparkan selama 6 Bulan kebelakang
  6. Cetak penyata Public Bank

 

CARA DAPATKAN /MUAT TURUN/DOWNLOAD PENYATA AKAUN RHB BANK

Berikut adalah cara dapatkan penyata RHB Bank secara online melalui RHB Online.

  1. Log masuk https://logon.rhb.com.my
  2. Pilih My Account > eStatement Management
  3. Pilih Saving Account, klik Next.
  4. Pada bahagian eStatement Registration / Cancellation, pilih View Online. Klik Preview.
  5. Seterusnya klik My Accounts sekali lagi.
  6. Pilih View e-Statement
  7. Pilih Savings Account.
  8. Pilih penyata bulan yang ingin Anda download atau print.
  9. Buka file PDF yang telah Anda download untuk melihat penyata bank.

 

CARA DAPATKAN /MUAT TURUN/DOWNLOAD PENYATA AKAUN BSN

Sekiranya Anda telah mempunyai akaun myBSN, sila ikuti panduan di bawah untuk check statement bank BSN online:

  1. Log masuk https://www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username dan Password
  3. Klik Account Overview
  4. Klik E-Statement
  5. Klik Nama Account
  6. Pilih Statement Period (tempoh) yang Anda mahu
  7. Klik Download dan Print

 

SOALAN LAZIM

  1. Adakah dikenakan bayaran atau caj jika di download?
    • Perkhidmatan tanpa bayaran ini (percuma)
  1. Adakah muat turun penyata ini selamat?
    • Ya,dan dijamin kerana maklumat anda dilindungi dengan ciri keselamatan terkini dan memerlukan kata laluan PDF yang hanya anda tahu.
  1. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penyata bank saya?
    • Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan penyata bank di cawangan bank yang berdekatan anda.
    • Jika anda boleh mengakses akaun bank anda menerusi Perbankan Internet, log masuk dan anda boleh memuat turun penyata bank di situ.

6 thoughts on “PENYATA AKAUN BANK:CARA DAPATKAN /MUAT TURUN/DOWNLOAD(Maybank Bank Islam CIMB Bank Rakyat BSN PUBLIC BANK RHB BANK)”

Leave a Comment