PERKHIDMATAN RFID : DAFTAR/REGISTER & CARA PEMASANGAN

PERKHIDMATAN RFID : DAFTAR/REGISTER & CARA PEMASANGAN

PERKHIDMATAN RFID : DAFTAR/REGISTER & CARA PEMASANGAN

Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bakal menikmati kemudahan pembayaran tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di semua 83 tol sistem tertutup dari utara ke selatan, mulai 1 April ini.

Selain itu,perkhidmatan RFID itu turut membabitkan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), sekali gus menandakan penyempurnaan ekosistem lebuh raya PLUS yang menggunakan sistem RFID sepenuhnya.

Pengguna RFID di Jambatan Pulau Pinang akan nikmati diskaun 20% bulan Julai. Diskaun sebanyak 20% akan diberikan kepada pengguna kereta persendirian di Jambatan Pulau Pinang yang membayar tol dengan menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bermula pertengahan Julai 2020.

Baca tentang PROGRAM MY30 RAPID KL

Pelaksanaan itu selaras dengan objektif kerajaan untuk memodenkan pembayaran tol dan menambah baik pengalaman perjalanan lebuh raya melalui pengurusan kesesakan di plaza tol serta menggalakkan kelancaran laluan dalam menerajui Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

 

APA ITU RFID

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan

Walaupun transaksi  tol menggunakan RFID diperkenalkan, transaksi tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan Smart Tag masih diterima di plaza tol bagi memudahkan pelanggan lebuh raya mengambil masa untuk bertukar kepada RFID dalam tempoh jangka masa tahun ini.

 

CARA DAFTAR RFID

Bagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem RFID untuk transaksi  tol, PLUS menasihatkan mereka segera memasang pelekat tag RFID di pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara dengan merujuk di pautan https://rfidregister.touchngo.com.my/fitmen-centres

 

CARA DAPATKAN/ PASANG PELEKAT RFID

Pelanggan lebuh raya PLUS pula boleh mengunjungi pusat pemasangan pelekat RFID yang disediakan oleh Touch ‘n Go Sdn Bhd bagi mendapatkan pelekat berkenaan.

Sebanyak 17 pusat pemasangan tag RFID dibuka di lebuh raya PLUS mulai 13 Mac ini, antaranya di Restoran Jejantas Sungai Buloh (kedua-dua arah), R&R Seremban (kedua-dua arah), R&R Tapah (kedua-dua arah), RTC Gopeng di Hentian Sebelah Simpang Pulai dan R&R Temerloh (kedua-dua arah

Bagi mereka yang ingin membeli dan memasang sendiri pelekat RFID, anda boleh mendapatkannya menerusi stor dalam talian, Shopee dan Lazada.

 

CARA PEMASANGAN RFID

Cara pemasangan adalah seperti berikut:

  • Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu
  • Buka pelekat dan tampalkan
  • Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet
  • Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan
  • TNG RFID akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

Leave a Comment