PROGRAM DAYA KERJAYA PERKESO (Majikan Apply)

PERMOHONAN PROGRAM DAYA KERJAYA PERKESO (Majikan Apply)

Terkini PERKESO anda memperkenalkan satu Program Daya Kerjaya PERKESO kepada para majikan, Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan dan maklumat mengenai program ini, semoga membantu.

APA ITU PROGRAM DAYA KERJAYA PERKESO

Program Daya Kerjaya 2.0 – Skim Sokongan Pekerjaan di Sektor Swasta dan GLC (Government – Linked Companies) serta GLIC (Government – Linked Investment Companies) merupakan satu insentif penggajian di bawah Belanjawan 2024 yang diberikan kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 10 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 untuk pengambilan pekerja baharu mulai 1 Disember 2023.

Program ini membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar dalam kalangan golongan mudah terjejas seperti Orang Kurang Upaya (OKU), bekas banduan, pesara dan warga emas mendapatkan pekerjaan dan gaji dengan nilai yang lebih tinggi.

Insentif khas ini adalah sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk majikan yang mengambil pekerja daripada kumpulan sasar ini.

OBJEKTIF PROGRAM DAYA KERJAYA

  • Menggalakkan sektor swasta menggaji pekerja dengan nilai yang lebih tinggi.
  • Merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta mengurangkan pengangguran.
  • Meningkatkan kebolehpasaran dalam kalangan pencari kerja.
  • Tiada had permohonan bilangan pekerja ditetapkan kepada majikan mengikut kelayakan kategori.

KELEBIHAN PROGRAM DAYA KERJAYA PERKESO

  • Berikut merupakan beberapa keistimewaan yang ditawarkan kepada syarikat swasta/GLC/GLIC yang mengambil bahagian dalam skim pekerjaan Daya Kerjaya 2.0 ini:1. Tiada had permohonan bilangan pekerja.

    2. Majikan boleh mendapatkan calon melalui Portal MYFutureJobs dan temu duga terbuka anjuran PERKESO.


    3. Mendapatkan khidmat nasihat bagi penggajian bagi penggajian golongan mudah terjejas dalam kalangan OKU/peserta RTW (Return To Work) di bawah PERKESO, bekas banduan, pesara dan warga emas.


TARIKH PERMOHONAN PROGRAM DAYA KERJAYA PERKESO

  • Tarikh kuatkuasa Program Daya Kerjaya adalah bermula pada mulai 10 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024 untuk pengambilan pekerja baharu mulai 1 Disember 2023.

CARA DAPATKAN INISIATIF PROGRAM DAYA KERJAYA PERKESO

Pekerja hendaklah berdaftar dan melengkapkan profil di Portal MyFutureJobs dengan memastikan medan nama, nombor kad pengenalan, alamat, tahap pendidikan dan pengalaman kerja telah selesai dilengkapkan.

CARA PERMOHONAN PROGRAM DAYA KERJAYA PERKESO (Majikan)

Berikut adalah merupakan cara permohonan inisiatif ini oleh majikan iaitu:

  1. Majikan hendaklah berdaftar atau mencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) sebelum 1 Januari 2023.
  2. Majikan hendaklah mengiklankan jawatan dan melengkapkan profil majikan di Portal MYFutureJobs.
  3. Majikan digalakkan mengambil calon pekerja dari senarai yang berdaftar dalam Portal MYFutureJobs. Sekiranya majikan mengambil calon pekerja selain dari senarai yang berdaftar dalam Portal MYFutureJobs, majikan hendaklah memastikan agar pekerja yang diambil tersebut kemudiannya berdaftar dengan Portal MYFutureJobs.
  4. Pekerja hendaklah berdaftar dan melengkapkan profil di Portal MyFutureJobs (medan nama, nombor kad pengenalan, alamat, tahap pendidikan dan pengalaman kerja).
  5. Majikan digalakkan membayar gaji seperti yang diiklankan di dalam Portal MYFutureJobs dan sekurang-kurangnya RM1,500.
  6. Majikan digalakkan membayar gaji bagi kategori Graduan TVET
  7. Majikan digalakkan untuk membayar gaji bagi kategori Lepasan Sekolah seperti yang diiklankan di dalam Portal MYFutureJobs dan sekurangnya-kurangnya RM1,500 bagi lepasan sekolah.
  8. Majikan hendaklah mengemaskini tarikh berhenti kerja selewat-lewatnya 15hb bulan pada bulan berikutnya di Portal Kerjaya Madani – Daya Kerjaya atau Portal ASSIST sekiranya berlaku perubahan status pekerja.
  9. Majikan dan pekerja hendaklah mematuhi garis panduan waktu bekerja selaras dengan Akta Kerja 1955 dan peraturan di bawahnya.
  10. Majikan digalakkan mengambil calon pekerja dari senarai yang berdaftar dalam Portal MYFutureJobs.
  11. Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sedia ada dengan niat untuk menggantikannya (substitute) dengan pekerja yang sama atau pekerja yang baharu bagi tujuan permohonan Program Daya Kerjaya diluluskan.

DOKUMEN SOKONGAN PROGRAMDAYA KERJAYA PERKESO

PERKESO berhak meminta sebarang dokumen pembuktian berkaitan sekiranya perlu. Rekod dan dokumen yang digunakan dalam permohonan ini hendaklah disimpan oleh majikan sekurang kurangnya selama 3 tahun untuk rujukan dan semakan PERKESO.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Daya Kerjaya PERKESO, anda boleh melayari Portal Kerjaya Madani – Daya Kerjaya atau Portal ASSIST

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment