PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA(BOT) RM500:SEMAKAN STATUS WARGA EMAS

PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA(BOT) RM500:SEMAKAN STATUS WARGA EMAS 2023

PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA(BOT) RM500SEMAKAN STATUS WARGA EMAS 2021

 

Bantuan Orang Tua(BOT) ini juga dikenali sebagai Bantuan Warga Emas JKM.Kepada yang layak boleh buat permohonan Bantuan Orang Tua (BOT) RM500.

Bantuan ini telah dinaikan kepada RM500 daripada RM350 bermula 2021.

APA ITU BOT?

Bantuan Orang Tua(BOT).Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

 

KADAR BANTUAN ORANG TUA(BOT)

RM500 sebulan seorang.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BOT

Orang tua atau warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

1.Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2.Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;

3.Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan

4.Warga emas yang bukan tinggal  di:

-institusi kendalian JKM; atau

-pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma;

ATAU

-Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA(BOT) RM500

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Untuk buat permohonan Bantuan Orang Tua(BOT), pemohon perlu mendaftar melalui atas talian iaitu:

  1. Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp.
  2. Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
  4. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’
  5. Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan.

 

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

BORANG PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA(BOT) RM500

Berikut adalah borang permohonan untuk dimuat turun:

JKM 18  (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)

Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA

Pemohon boleh membuat semakan status permohonan Bantuan Orang Tua(BOT) secara online seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini: eBantuan JKM
  2. Klik SEMAKAN STATUS PERMOHONAN ONLINE.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  4. Ikut langkah seperti di paparan untuk melihat keputusan.

 

SOALAN LAZIM PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA(BOT) RM500

Jika saya sudah berumur 64 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Orang Tua/Warga Emas?

Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Adakah orang tua/warga emas yang tinggal di Rumah Jagaan Orang Tua layak untuk memohon bantuan ini?

Tidak. Bantuan ini diberikan hanya untuk warga emas yang tinggal di dalam komuniti dan bukannya di bawah mana-mana pusat jagaan.

Adakah orang tua/warga emas yang bukan warganegara Malaysia layak memohon bantuan ini?

Tidak. Bantuan ini hanya diperuntukkan kepada warga emas warganegara Malaysia sahaja.

Jika saya sudah memohon secara atas talian namun tidak hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk menyerahkan dokumen, adakah permohonan saya akan diterima?

Tidak. Pemohon mesti menghantar dokumen yang diperlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran untuk proses verifikasi.

Adakah warga emas gelandangan yang tiada alamat rumah/ menggunakan alamat rumah transit/ alamat orang lain layak dipertimbangkan Bantuan Orang Tua (BOT)?

Tidak layak bagi pemohon yang tidak mempunyai alamat rumah dan menggunakan alamat rumah transit atau alamat orang lain.

Setiap pemohon bantuan perlu membuktikan di mana pemohon tinggal sebelum permohonan diproses ataupun diluluskan.

Adakah warga emas sebatang kara menumpang di rumah orang lain yang berpendapatan melebihi PGK Isi Rumah Semasa layak dipertimbangkan Bantuan Orang Tua (BOT)?

Layak dipertimbangkan berdasarkan siasatan dan justifikasi yang kukuh seperti menumpang di rumah orang lain bagi membolehkan warga emas tersebut terus tinggal dalam komuniti.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika perlukan maklumat tentang permohonan Bantuan Orang Tua,sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) di alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat,Aras 6, 9-18,No 55, Persiaran Perdana,Presint 4,62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000

7 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN ORANG TUA(BOT) RM500:SEMAKAN STATUS WARGA EMAS”

  1. Mohon JKM beritahu kpd mrnerimà melalui sms wang bantuan sudah masuk.bagi kami oku dan juga warga mas sebating kara 5 kali pergi check hingga tarikh 20 oct 2021 belum ada.oku dan warga mas dengan walker dan tongkat ..JKM daerah memang kata dah masok ikut jadual …salah tu . Suroh mohon bank statement pula..bila beritah bank. Jkm kata dah masok bank kata JKM tak faham bab bank..Mesti pi bank lagi masa covid ni naik bas lagi jika jatuh payah nak banggun..Cari cara dan pendapat umum
    cara nak selesaikan masaalah ini..kami tau Tak payah lah kata ini bukan gaji tau???sedih sangat Hanya susah nak keluar rumah sorang diri dengan keadaan sakit.terima kasih
    ..di europah Turki bukan saja bantuan orang tua rumah kediaman pun diberi…

    Balas

Leave a Comment