Isi Kandungan
PERMOHONAN SMIS (Skim Mesra Insan Istimewa Selangor)
Kepada Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor, kini kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan bantuan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) melalui Skim Mesra 2023. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan syarat kelayakan yang ditettapkan, semoga membantu.
APA ITU SKIM MESRA INSAN ISTIMEWA
Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) merupakan salah satu program dibawah Program Mesra yang tersenarai di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Program ini menyasarkan OKU sebagai penerima manfaat di bawah skim ini.P
MANFAAT SKIM MESRA INSAN ISTIMEWA
Berikut adalah merupakan manfaat yang akan diperolehi melalui SMIS ini iaitu:
MANFAAT | KETERANGAN |
Baucar Beli-Belah RM150 |
|
Khairat Kematian RM 500
|
|
SYARAT KELAYAKAN SKIM MESRA INSAN ISTIMEWA
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan SMIS iaitu:
- Warganegara Malaysia; DAN
- Tiada had umur; DAN
- Pemegang Kad OKU JKM ; DAN
- Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
- Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
- Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU
- Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran di buat
DOKUMEN SOKONGAN SKIM MESRA INSAN SELANGOR
Pastikan anda sediakan dokumen sokongan seperti berikut iaitu:
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir/Mykid pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan Pewaris
- Salinan Kad OKU dari JKM.
- Salinan semakan daftar Pemilih SPR (bagi pemohon berumur 18 tahun & ke atas).
- Salinan semakan daftar pemilih SPR ibu atau bapa (jika pemohon berumur bawah 18 tahun).
- Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkaitan).
- Sijil Kematian si mati (jika Berkaitan).
CARA PERMOHONAN SKIM MESRA INSAN ISTIMEWA
Terdapat dua kaedah permohonan SMIS ini iaitu secara online ataupun borang. Berikut adalah merupakan caranya:
Permohonan SMIS secara online:
- Layari pautan Permohonan Skim Mesra: https://smue.yawas.my/admin/online_semakan_kp.php
- Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan hantar permohonan anda
Permohonan SMIS secara Manual
- Muat turun borang permohonan SMIS: https://e-mesra.yawas.my/mesra/borang/borangSMIS2023.pdf
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan ke alamat berikut:
- Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
MAKLUMAT LANJUT SKIM MESRA INSAN SELANGOR
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS), sila yarai portal rasmi Skim Mesra di pautan https://e-mesra.yawas.my/mesra/
ARTIKEL LAIN
SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU (Permohonan & Semakan Lokasi )
Wong Wan Yam 551001-10-6407
Assalamualaikum… Hanuar Haron Oku dah hari jadi bulan 3 lps tp belum ambil kurpon rm100? Baru semak bulan ni dah lambat ye
R