BERAPA ELAUN GAJI SUKARELAWAN APM KURSUS(Cara Upah Sejam Sehari)
Kepada individu yang berminat menyertai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) semestinya anda ingin mengetahui bagaimana cara permohonan dan kadar elaun APM terkini? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU APM
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ditukar menjadi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkuat kuasa 1 September 2016. Penjenamaan semula JPAM kepada APM sejajar dengan tugas dan peranan pasukan tersebut yang kini mempunyai keanggotaan melebih satu juta sukarelawan di seluruh negara
SYARAT KELAYAKAN SUKARELAWAN APM
Berikut adalah merupakan antara syarat kelayakan asas iaitu:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Tiada kecacatan fizikal dan sihat tubuh badan
- Sekurangnya lulus akademik SRP/LCE/PMR
- BUKAN anggota badan beruniform yang lain
- Berminat untuk tugas secara sukarela
- Individu yang ingin berbakti
FAEDAH SUKARELAWAN APM
Berikut adalah merupakan kemudahan yang akan diperolehi iaitu:
- Rawatan percuma di Hospital Kerajaan
- Elaun perkhidmatan diberikan
- Mendapat uniform percuma
- Bounti diberikan (Saguhati Tahunan)
- Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di APM seluruh Malaysia
SENARAI KURSUS SUKARELAWAN APM
Berikut adalah merupakan antara senarai kursus yang boleh anda hadiri iaitu:
- Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
- Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
- Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
- Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
- Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
- Belajar tatacara berpakaian seragam
- Dapat belajar seni mempertahankan diri
- Dapat belajar membaca peta dan kompas
- Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
- Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
- Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
- Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
- Dapat belajar asas kebombaan
- Dapat belajar asas menyelamat
- Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku
KADAR BAYARAN ELAUN SUKARELAWAN APM
Berikut adalah merupakan kadar bayaran elaun terkini iaitu:
- Pegawai Sukarela APM berpangkat Staf Muda (Pertahanan Awam) dan ke atas: RM9.80 sejam
- Lain-Lain Pangkat (LLP) yang berpangkat Prebet hingga Pegawai Waran (Pertahanan Awam): RM8.00 sejam
- Elaun Kursus: RM40.00 sehari
NOTA: Kadar bayaran elaun ini adalah berdasarkan jumlah jam penugasan anda.
CARA PERMOHONAN SUKARELAWAN APM
Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ini, berikut adlaah merupakan caranya:
- Layari pautan portal SiSPAL
- Pada paparan utama, klik pada Permohonan Pendaftaran ASPA
- Isikan semua maklumat penting yang diperlukan dengan lengkap pada uangan tersedia. Pastikan setiap ruangan kosong yang bertanda * diisi.
- Apabila selesai mengisi semua informasi, tekan butang SIMPAN untuk hantar permohonan anda.
- Sistem akan memberikan notifikasi dengan menyatakan bahawa rekod yang dihantar telah berjaya disimpan yang mana ia menunjukkan borang permohonan anda telah berjaya untuk diproses.
NOTA: Jika anda mendapati mesej ralat yang dipaparkan di skrin dengan contoh terdapat maklumat yang tidak lengkap atau pendaftaran anda telah wujud, ini menandakan permohonan anda tidak berjaya.
CARA SEMAKAN STATUS PEMOHONAN SUKARELAWAN APM
Setelah anda membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda menerusi pautan di bawah:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai sukarelawan APM, anda boleh melkayari portal rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
ARTIKEL LAIN:
2 thoughts on “BERAPA ELAUN GAJI SUKARELAWAN APM KURSUS(Cara Upah Sejam Sehari)”