PIDN JPA:PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (BIASISWA JPA)

PIDN JPA:PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (BIASISWA JPA)

PIDN JPACARA PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA 2021(BIASISWA JPA)

 

Kepada yang layak permohonan Program Ijazah Dalam Negara JPA (PIDN JPA) kini telah dibuka.Permohonan Program Ijazah Dalam Negara JPA atau PIDN JPA  boleh dibuat secara online melalui portal https://esilav2.jpa.gov.my/

 

TARIKH PERMOHONAN PIDN JPA 

Permohonan atas talian dibuka mulai 29 Februari – 7 April 2024  di Portal eSila JPA.

 

 

APA ITU PIDN JPA?

Penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU).

 

SEMAKAN SYARAT UMUM PIDN JPA 

Antara syarat umum bagi permohonan PIDN JPA  adalah:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai kesihatan yang baik;
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
  5. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  6. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

 

SEMAKAN SYARAT KHUSUS PIDN JPA 

Antara syarat khusus bagi permohonan PIDN JPA  adalah:

1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

  • Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:
    • Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00; atau
    • Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau
    • memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) DAN mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; dan
    • Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa
  • Bidang Perubatan dan Pergigian:
    • Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan
    • Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

 

CARA PERMOHONAN PIDN JPA 2023

Permohonan Program Ijazah Dalam Negara  dibuka secara atas talian di Portal JPA.

  1. Layari pautan: https://esilav2.jpa.gov.my/
  2. Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan.
  3. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon.
  4. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

 

KEMASKINI PERMOHONAN PIDN JPA

Kesemua maklumat permohonan yang telah diisi BOLEH DIKEMASKINI dengan memilih ‘tab navigasi’ yang terletak diatas borang permohonan pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan.

 

BIDANG YANG TIDAK DITAJA PIDN JPA

Berikut adalah merupakan antara bidang-bidang yang tidak ditaja:

  • Bidang pendidikan;
  • Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;
  • Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
  • Program-program berkembar / dual ijazah / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UMP-HsKA, UMP-BJTU atau UTM-MJIIT);
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
  • Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

 

SOALAN LAZIM PIDNJPA

Saya tidak menerima emel pengaktifan selepas mendaftar. Apa perlu saya lakukan?

Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pemohon dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pemohon boleh klik pada butang ‘Masalah Log Masuk’ pada halaman utama untuk memohon emel pengaktifan semula.

 

Saya adalah penjawat awam dan ingin memohon program tajaan JPA. Mengapa saya tidak boleh menggunakan akaun emel jabatan untuk tujuan pendaftaran?

Pendaftaran memerlukan akaun emel peribadi bagi memudahkan pihak JPA menghubungi pemohon terutamanya apabila pemohon bertukar jabatan. Emel rasmi pegawai akan dipohon semasa pemohon mengisi borang permohonan

 

Saya tidak dapat melihat syarat-syarat permohonan serta dokumen-dokumen lain kerana sistem memaparkan Google Drive Unreachable. Apa perlu saya lakukan?

Sila pastikan anda menggunakan pelayar web versi terkini seperti disarankan. Sekiranya masih tidak dapat mengakses, terdapat kemungkinan capaian internet semasa anda (seperti talian internet di pejabat) menghalang anda dari mengakses laman web Google Drive.

Mohon hubungi pentadbir talian internet anda bagi membolehkan capaian ke Google Drive, atau gunakan talian internet di tempat lain untuk membaca dokumen tersebut.

 

Saya ingin membatalkan pendaftaran akaun eSILA-ID saya. Apa perlu saya lakukan?

eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On – SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF.

Akaun eSILA-ID adalah tidak boleh dihapuskan. Sekiranya anda mengesyaki akaun eSILA-ID anda didaftarkan/digunakan oleh pihak lain, sila hubungi talian teknikal untuk bantuan lanjut.

Saya ingin membatalkan permohonan saya untuk program ini. Apa perlu saya lakukan?

Anda boleh membatalkan sendiri permohonan anda secara layan diri dengan cara klik pada ‘Masalah Log Masuk’ di laman utama permohonan. Sila hubungi talian teknikal sekiranya terdapat sebarang masalah.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan, sila emelkan ke : [email protected]

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG (BYDPA)

 

1 thought on “PIDN JPA:PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (BIASISWA JPA)”

Leave a Comment