PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR 2022/2023

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR 2022/2023

PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

Kepada pelajar dari negeri Selangor yang akan mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA, sekiranya berkelayakan anda boleh membuat permohona Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU YAYASAN SELANGOR

Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited By Guarantee) tanpa modal saham.

Tujuan penubuhan Yayasan Selangor adalah untuk memberi galakan dan bantuan pendidikan kepada rakyat negeri Selangor khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi

 

SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan:

  1. Kelahiran:
    • Warganegara Malaysia.
    • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau lahir di Wilayah Persekutuan sebelum 01 Februari 1974 atau telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.
    • Pemohon daripada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita ( pendapatan ibu-bapa bahagi jumlah tanggungan ) kurang RM 3,000.00 Sebulan.
    • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia.
  2. Pengajian
    • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja.
    • Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil – sijil profesional / seluruh negara adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  3. Penajaan
    • Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN daripada lain-lain penaja atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau Luar Negara layak memohon.
    • Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.
    • Pelajar yang telah / pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan didalam pengajian Pensijilan atau Diploma, tidak layak untuk memohon. Sekiranya pernah menerima pinjaman pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.

 

TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN

Tawaran ini adalah terbuka bagi pengajian peringkat Ijazah / Diploma SEPENUH MASA di institut yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia:

  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

 

KADAR PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

Berikut adalah merupakan kadar pembiayaan pinjaman pelajaran iaitu:

  • Sijil Kemahiran (Institusi milik Kerajaan Negeri Selangor sahaja)
    • RM 4,000.00 – RM 6,000.00 setahun
  • Diploma
    • RM 2,000.00 – RM 7,000.00 setahun
  • Ijazah Sarjana Muda
    • RM 3,000.00 – RM 8,000.00 setahun

 

CARA PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

Kepada pelajar yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan pinjaman ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pemohon perlu mengisi borang permohonan pinjaman Yayasan Selangor dengan melayari https://yayasanselangor.org.my/ apabila iklan tawaran dikeluarkan.
  2. Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga
  3. Pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Pinjaman Pelajaran ini

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman pelajaran ini, sila layari website rasmi Yayasan Selangor atau hubungi talian 03-7669 1100

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS) 2022:PERMOHONAN INSENTIF RM5,000 ONE-OFF

Tags: #APA ITU YAYASAN SELANGOR #CARA PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR #KADAR PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR #PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR 2022/2023 #SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR #TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN YAYASAN SELANGOR

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR 2022/2023"