CARA BELI & GUNA UBAT MASUK PUNGGUNG (Ibu Bapa Wajib Tahu)

CARA BELI & GUNA UBAT MASUK PUNGGUNG (Ibu Bapa Wajib Tahu)

UBAT MASUK PUNGGUNG

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang demam, semestinya akan memberikan ubat masuk punggung sekiranya payah untuk makan ubat. Tetapi sebagai ibu bapa hendaklah mengetahui cara yang betul. Disini kami akan kongsikan mengenainya, semoga membantu.

 

APA ITU UBAT MASUK PUNGGUNG

Ubat Masuk Punggung atau dikenali ubat supp ini dipanggil suppositories. Suppositories berbentuk torpedo/peluru, punyai tekstur ala lilin, dimasukkan ke dalam rectum melalui anus (lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan mencair (suhu badan) dan diserap oleh saluran darah di rectum.

 

KEGUNAANA UBAT SUPPOSITORIES

Berikut adalah merupakan kegunaan ubat ini:

  • Ubat demam
  • Ubat tahan sakit
  • Ubat tahan muntah
  • Ubat sembelit
  • Ubat sawan
  • Ubat buasir

 

JENIS UBAT MASUK PUNGGUNG (DEMAM & PENAHAN SAKIT)

Berikut adalah merupakan jenis ubat supp yang terdapat di Malaysia:

  • Paracetamol, PCM (acetaminophen)
  • Diclofenac sodium (voren)

 

KADAR DOS UBAT MASUK PUNGGUNG (DEMAM & PENAHAN SAKIT)

Berikut adalah merupakan kadar dos ubat tersebut

  • Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg.
  • Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg.

 

PERBEZAAN SUPP PCM & SUPP VOLTAREN

Kedua-duanya antipyretic, iaitu ubat yang boleh menurunkan suhu demam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit (contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh,sakit tekak dan lain2).

  • Supp PCM ialah drug of choice. Dah lama di pasaran dan terbukti selamat. Pastikan betul-betul dos PCM anak.
  • Supp Voltaren pula dalam kategori painkiller NSAIDs, yang mana ada risiko pada kidney kalau overdose, dan beri kesan pedih perut/ulcer dalam perut.

Yang mana lebih baik antara dua Supp ini bagus?

Kedua-duamua adalah bagus. Satu kajian membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam.

 

PERKARA YANG PERLU TAHU TENTANTG UBAT MASUK PUNGGUNG

  • Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak bawah setahun dan kanak-kanak yang diketahui alah pada Diclofenac, kanak kanak yang ada masalah perdarahan.
  • Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak yang disyaki ada dengue. Boleh akibatkan pendarahan. Jadi pastikan ambil ubat hanya bila doktor suruh.
  • Supp PCM tak boleh digunakan untuk bayi bawah 6 bulan. Bergantung pd keadaan. Bawah 6 bulan sila jmpa doktor.
  • Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak.
  • Supp PCM lebih selamat berbanding supp Voltaren kerana tiada risiko pendarahan.

 

KADAR DOS PENGGUNAAN UBAT MASUK PUNGUNG KANAK-KANAK

Kadar dos penggunaan adalah berdasarkan berat badan kanak-kanak. Berikut adalah merupakan kadar dos secara kasar:

  1. Supp PCM 125mg:
    • 6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp
    • 4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp
  2. Supp PCM 250mg:
    • 5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp
    • 9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp

NOTA: Kedua-dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih dari 4 kali dalam tempoh 24jam.

 

CARA GUNA UBAT MASUK PUNGGUNG DENGAN BETUL

Berikut adalah merupakan cara memasukkan ubat yang betul kepada kanak-kanak:

  • Baring mengiring, silangkan kaki (satu kaki naik ke arah dada).
  • Lembabkan ubat supp dengan vaselin atau minyak, dan tolak perlahan, tak perlu tekanan
  • Lepas masuk ubat, biar anak baring dalam 10 min untuk bagi ubat menyerap.
  • Kalau perlu masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama dimasukkan ,ruang dalam rectum cukup besar untuk tampung 2 suppositories.

 

ARTIKEL LAIN

KEMASKINI MySEJAHTERA 2022(Cara Update Status Kesihatan Jika Positif Covid-19)

 

Leave a Comment