PROGRAM EMPOWER(Permohonan Geran Program Kelab Belia Negeri  Sabah)

PROGRAM EMPOWER(Permohonan Geran Program Kelab Belia Negeri  Sabah)

PROGRAM EMPOWER

Kepada warga belia di Negeri Sabah yang bercadang  untuk mengadakan program belia tetapi tidak mempunyai kewangan atau dana, kini Kementerian Belia dan Sukan Sabah telah membuka permohonan bagi mendapatkan geran melalui Program Empower.

Bagaimana cara membuat permohonan mendapatkan geran melalui Program Empower? Disini kami kongsikan caranya, semoga membatu.

 

APA ITU GERAN PROGRAM EMPOWER

Program Empower merupakan geran yang diberikan kepada kelab belia Sabah yang mempunyai cadangan program yang dapat memberi manfaat kepada belia negeri tersebut. Program ini dilaksanakan oleh Pihak Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang dibuka permohonannya mulai 1 Januari 2022.

 

KATEGORI PEMBIAYAAN GERAN

Untuk permohonan geran, terdapat 3 kategori pembiayaan geran yang ditawarkan menerusi Program Empower iaitu:

  • Permohonan bawah RM5,000
  • Permohonan tepat RM5,000
  • Permohonan atas RM5,000

 

SYARAT KELAYAKAN & KHUSUS PERMOHONAN GERAN MELALUI PROGRAM EMPOWER

Syarat Kelayakan

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan geran:

  1. Kelab/Pertubuhan Belia yang bernaung dibawah Majlis Belia Sabah melalui:
    1. Badan Gabungan Negeri
    2. Gabungan Majlis Belia Daerah atau
    3. Majlis Belia Daerah
  2. Mempunyai rekod MYKD berstatus lengkap sekurang-kurangnya 2 tahun berturut-turut.
  3. Mengisi maklumat dan memuat naik dokumen yang diperlukan didalam sistem dengan lengkap.
  4. Menepati kriteria lain yang telah ditetapkan.

Syarat Khusus

Berikut adalah merupakan syarat khusus permohonan geran mengikut katagori:

  1. Permohonan bawah RM5,000
    1. Program berskala kecil dan berimpak rendah terhadap pembangunan belia.
    2. Tidak mempunyai kerjasama dengan mana-mana agensi ataupun NGO lain.
    3. Program berbentuk ‘one-off’.
  2. Permohonan tepat RM5,000
    1. Projek yang dirancang bersifat holistik dari semua aspek pembangunan belia seperti peluang ekonomi dan keusahawanan, kesukarelawanan, pendidikan dan lain-lain.
    2. Mempunyai lebih 2 badan kerjasama sama ada agensi kerajaan ataupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar secara sah
    3. Program tidak bersifat ‘one-off’ tetapi hendaklah secara bersiri ataupun berterusan sekurang- kurangnya dua siri.
  3. Permohonan atas RM5,000
    1. Program yang berimpak tinggi dan impaknya bersifat rentas daerah.
    2. Wakil daripada kelab hendaklah membuat persembahan secara atas talian atau offline kepada paneli penilai (IKEBS dan MBS) untuk dipertimbangkan.
    3. Sekiranya berjaya meyakinkan panel, maka panel berhak menentukan jumlah yang perlu diberikan.

 

CARA PERMOHONAN GERAN MELALUI PROGRAM EMPOWER

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan dan dan syarat khusus mengikut katagori, berikut adalah cara untuk membuat permohonan geran melalui programempower:

  1. Layari pautan: https://ikebs.my/empower/syarat-kelayakan
  2. Klik pada Mohon Geran.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan dan klik Semak.
  4. Sekiranya ID Pengenalan belum didaftarkan, sila klik pada Sila Daftar Akaun di YMS.
  5. Klik pada Register dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  6. Setelah selesai daftar, log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan anda.
  7. Seterusnya klik pada bahagian Programs > Empower.
  8. Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan dengan tepat dan betul.
  9. Muat naik/upload kertas kerja program yang ingin dipohon.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai geran melaui program empower sabah, anda boleh:

ARTIKEL LAIN

SABAH PAY:CARA DAFTAR REGISTER LOGIN AKAUN(Lupa Kata Laluan)

Leave a Comment