CARA BAYAR BIL AIR SABAH ONLINE(Aplikasi & Maybank2u)

CARA BAYAR BIL AIR SABAH ONLINE(Aplikasi & Maybank2u)

CARA BAYAR BIL AIR SABAH ONLINE 2022(Aplikasi & Maybank2u)

 

Terkini anda tak perlu lagi bersusah payah untuk datang ke kaunter hanya untuk membayar bil air. Anda kini boleh bayar bil air secara online dengan menggunakan aplikasi Sabah Pay dan Maybank2u.Pernahkah anda membayar bil air secara online? Jika tidak, di sini kami kongsi cara bayar bil air sabah secara online mengguna aplikasi Sabah Pay dan Maybank2u.

 

APLIKASI SABAH PAY

Aplikasi Sabah Pay itu dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) dengan kerjasama Boost, Sunline International (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Alibaba Cloud Malaysia Sdn. Bhd. Sabah Pay adalah inisiatif sebagai salah satu tindakan strategik untuk mendigitalkan ekonomi negeri Sarawak.

Aplikasi ini membolehkan anda menyimpan wang anda secara digital (e-wallet), membuat pembayaran, memindahkan wang, menerima wang secara digital, dan mempunyai fungsi pintar seperti bil perpecahan (split bill), meminta pembayaran dari rakan, melihat sejarah transaksi, membayar utiliti dan bil majlis tempatan dan banyak lagi.

 

CARA BAYAR BIL AIR SABAH MENGGUNAKAN APLIKASI SABAH PAY

Sebelum anda menggunakan aplikasi sabah pay, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah cara daftar akaun Sabah Pay dan cara membuat bayaran.

 

Cara Daftar Akaun Sabah Pay

  1. Muat turun(download) Aplikasi Sabah Pay seperti di bawah:

Pengguna android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.scc.sabah.pay

Pengguna IOS: https://apps.apple.com/my/app/sabah-pay/id1497668220

  1. Buka aplikasi Sabah Pay. Klik Register
  2. Masukkan no telefon yang aktif
  3. Masukkan maklumat butir-butir diri anda
  4. Masukkan Password yang anda inginkan, sahkan sekali lagi.
  5. Tick pada Terms & Condition.
  6. Anda akan menerima kod yang dari nombor telefon yang anda berikan semasa mengisi butiran tadi. Masukkan kod tersebut.
  7. Pendaftaran anda telah selesai.

 

Cara Bayar Bil Air Sabah Guna Aplikasi Sabah Pay

  1. Buka balik APLIKASI Sabah pay anda
  2. Log Masuk dengan menggunakan Nombor Telefon dan Password anda.
  3. Pada paparan utama, Pergi ke bahagian Payment
  4. Terdapat beberapa pilihan agensi, pilih Jabatan Air Negeri Sabah
  5. SAda diberi pilihan sama ada ingin Scan Bar Code / Masukkan No Akaun
  6. Seterusnya paparan akan menunjukkan jumlah perlu dibayar akan muncul:
  7. Kemudian pada butang PAYMENT untuk membuat pembayaran
  8. Anda kemudian diberi pilihan cara untuk membuat pembayaran, pilih salah satu.
  9. Untuk sah membayar, klik pada butang Confirm
  10. Dengan ini anda telah berjaya membuat pembayaran

 

CARA BAYAR BIL AIR SABAH MENGGUNAKAN MAYBANK2U

Sebelum anda menggunakan Maybank2u, seharusnya anda daftar dahulu Online Banking Maybank. Sekiranya telah daftar, berikut adalah cara membuat bayaran bil air Sabah melalui Maybank2u:

  1. Layari pautan Maybank2u: https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Masukkan Username dan Password anda, kemudian tekan Login
  3. Klik pada bahagian Pay Bills
  4. Pada ruangan Pay To, pilih pada Payee
  5. Kemudian akan terkeluar ruangan baharu, taipkan Jabatan Air Sabah
  6. Masukkan maklumat yang diperlukan
    1. Amount – Jumlah ingin dibuat pembayaran
    2. Account no – no akaun bil air anda
  7. Setelah selesai semuanya, klik pada Pay
  8. Teruskan proses sehingga selesai pembayaran anda.

 

SOALAN LAZIM

Apakah  jenis pembayaran yang boleh dibuat melalui ‘Sabah Pay’?

  • Pembiayaan PPS
  • Cukai Pintu
  • Saman sewa
  • Bil Air
  • Lesen Import Dan Export Haiwan
  • Pembaharuan Sijil Perunding Alam Sekitar

Bagaimana sekiranya  tidak menerima bil air Sabah?

  • Laporkan kepada Pejabat Jabatan Air yang terdekat. Bil air dikeluarkan setiap 1 bulan atau setiap 3 bulan bergantung kepada jenis premis.

 Apakah fungsi Sabah Pay?

  • Pengguna boleh melakukan sejumlah transaksi dengan mudah, termasuk pembayaran kepada agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Pengguna juga turut boleh membuat pembayaran bil menggunakan aplikasi yang sama.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembayaran bil air sabah, boleh layari Web Rasmi Sabah State Water Department https://water.sabah.gov.my/

ARTIKEL LAIN

SABAH PAY :CARA DAFTAR REGISTER LOGIN AKAUN(Lupa Kata Laluan)

6 thoughts on “CARA BAYAR BIL AIR SABAH ONLINE(Aplikasi & Maybank2u)”

  1. Tengkiu admin….

    buat sesiapa yang nak bayar bill air pakai sabah pay. Make sure kamurang ada aplikasi boost juga, sebab dia link sekali dengan boost.

    Balas
  2. Saya dah bayar melalui app boost tapi kenapa status masih pending dkt app air Sabah tuhh sedangkan dkt boost dah kena tolak ?

    Balas

Leave a Comment