PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR PPKB:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR PPKB:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN

PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR

APA ITU PPKB

PPKB (PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR )merupakan program yang dilaksanakan untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar, meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti dalam kontek kemakmuran bersama.

 

KUMPULAN SASAR PPKB

Kumpulan sasar PPKB adalah terdiri daripada isi rumah dari golongan B40 yang berstatus warganegara dan status kemiskinan yang telah disahkan dalam Sistem eKasih atau Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah atau seperti yang diarahkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Maksud Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR)

KIR ditakrifkan sebagai seseorang dalam kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

Manakala AIR adalah mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih.

 

APA ITU SISTEM eKASIH          

Sistem eKasih adalah sistem yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU,JPM) merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

APA MAKSUD B40

Sesebuah isi rumah yang mempunyai jumlah pendapatan bulanan kurang daripada RM 4,360.00 sebulan.

APA MAKSUD PGK        

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM) bersandarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas (HIES) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

PGK digunakan sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Sumber: Penemuan Utama: Pendapatan, Kemiskinan, Ketidaksamarataan, Perbelanjaan, Kemudahan Asas, DOSM, 2019

 

CARA PERMOHONAN PPKB   

Calon hendaklah berdaftar di dalam Sistem eKasih dan telah disahkan status kemiskinan di dalam sistem tersebut.

 

KELEBIHAN PELAKSANAAN PPKB  

Kadar keupayaan isi rumah berpendapatan 40% terendah untuk memiliki aset seperti rumah kediaman yang selamat dan selesa dan meningkatkan pendapatan keluarga melalui peluang-peluang perniagaan yang disediakan dapat ditingkatkan.

 

SENARAI PROGRAM PPKB

Berikut adalah 3 program PPKB:

PROGRAM BANTUAN BAIK PULIH RUMAH DAIF di BANDAR

Apakah matlamat program ini?

Menyediakan tempat kediaman yang selamat dan selesa untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.

Apakah kriteria kelayakan bagi penerima program ini?

  • Warganegara Malaysia;
  • KIR yang menetap dalam kawasan operasi PBT;
  • KIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada Kumpulan B40, Miskin Tegar atau Miskin;
  • Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah;
  • Rumah daif di bandar yang mengalami kerosakan kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut; dan
  • Rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki.

KADAR BANTUAN            

Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM13,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM15,000.00 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

PROJEK RUMAH SEJAHTERA

Apakah matlamat program ini?

Menyediakan tempat kediaman yang selesa dan selamat untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera.

Apakah kriteria kelayakan bagi penerima program ini?

  • Warganegara Malaysia;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) menetap di dalam kawasan operasi PBT;
  • Disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih;
  • Bagi yang tidak berdaftar dalam eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah dan satu salinan minit mesyuarat perlu dikemukakan semasa permohonan;
  • Rumah yang didiami tidak lagi selamat untuk didiami disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut;
  • Memiliki tanah kosong atas nama sendiri untuk dibina rumah; dan
  • Jika tidak memiliki tanah sendiri, KIR perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada tuan tanah/ waris berkenaan untuk membina rumah atas tanah/ tapak yang dikenalpasti (Borang PPKB 4B).

 KADAR BANTUAN           

Kadar bantuan maksimum adalah sebanyak RM40,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM50,000.00 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI KOMUNITI BANDAR (PEKB)

Apakah matlamat program ini?

Untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan kumpulan sasar supaya mampu mendapat pekerjaan/ mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan.

Apakah kriteria kelayakan bagi penerima program ini?

  • Warganegara Malaysia;
  • Golongan Pendapatan B40; dan
  • KIR/AIR yang berdaftar dan telah disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih. Julat umur yang dibenarkan bagi setiap peserta adalah dari 18 hingga 60 tahun. Walau bagaimanapun, bagi AIR yang sedang melanjutkan pelajaran di IPT adalah tidak layak untuk menyertai program ini.

Apakah skop latihan bagi Program PEKB?

i Program Pembangunan Minda Insan;

ii Program Latihan Kemahiran;

iii. Program Celik Kewangan;

iv  Program Bina Upaya; dan

v Program Promosi dan Pemasaran.

Artikel Lain

INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT IPR LOGIN (Cara Daftar Kali Pertama)

4 thoughts on “PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR PPKB:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN”

Leave a Comment