MyNEPT (Cara Ambil Ujian Psikometrik Usahawan Nasional Secara Percuma)

MyNEPT (Cara Ambil Ujian Psikometrik Usahawan Nasional Secara Percuma)

MyNEPT

APA ITU UJIAN PSIKOMETRIK USAHAWAN NASIONAL(MyNEPT)

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) memperkenalkan Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT) bagi membantu usahawan mencari penyelesaian kepada kelemahan yang dihadapi oleh perniagaan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin, berkata penurunan prestasi kewangan disebabkan pandemik COVID-19 bukan menjadi penghalang kepada usahawan untuk terus berdiam diri tanpa berusaha untuk mengatasinya.

Beliau berkata, semasa krisis, ramai usahawan yang berjaya membuat keuntungan dan situasi itu membuktikan bahawa semua perniagaan mampu bangkit jika mempunyai perancangan rapi.

 


APA ITU INSKEN 

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan.

Selaras dengan tagline “Memperkasa Usahawan Hari Esok”, INSKEN memastikan program-program yang dianjurkan adalah berdasarkan keperluan dan permintaan industri dengan kerjasama pengamal industri, profesional dan agensi-agensi kerajaan bagi memantapkan ekosistem keusahawanan negara.

 

KEBAIKAN/KELEBIHAN MyNEPT

  • Melalui sistem MyNEPT, ia bukan saja membantu usahawan serta bakal usahawan mengenali kecenderungan diri, malah membantu mempersiapkan mereka mendepani cabaran Revolusi Industri Keempat (IR4.0).
  • Ia juga akan menjadi rujukan bersepadu untuk usahawan mendapatkan bantuan kewangan daripada pelbagai agensi. Ia adalah ujian sehenti dan memudahkan urusan semua pihak berkepentingan
  • Menjadi usahawan mempunyai cabaran tersendiri termasuk emosi, pendirian dan kedudukan, justeru ujian ini adalah untuk mengenal pasti di mana letaknya kelemahan.
  • Menerusi keputusan yang diterima, mereka boleh mendapatkan bantuan dari segi latihan tambahan daripada pihak berkaitan termasuk agensi kerajaan seperti INSKEN, SME Corp dan lain-lain

 

CARA BUAT UJIAN PSIKOMETRIK MyNEPT

Usahawan boleh melayari pautan https://www.mynept.com/ bagi membolehkan mereka mendapat keputusan ujian psikometrik secara percuma.

 

SIAPAKAH LAYAK MENDUDUKI UJIAN PSIKOMETRIK 

Sistem itu, katanya terbuka untuk semua pihak dan usahawan boleh membuat perbandingan skor bagi membantu mereka menambahbaik kemahiran perniagaan sedua ada berdasarkan kedudukan mereka dalam graf dan skor diperoleh.

 

JUMLAH SOALAN/TEMPOH MASA JAWAB UJIAN PSIKOMETRIK 

Terdapat 50 soalan yang wajib dijawab oleh usahawan yang mengambil masa dalam tempoh 15 minit

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN PERAK 2022 (Muat Turun Borang)

Tags: #APA ITU UJIAN PSIKOMETRIK USAHAWAN NASIONAL(MyNEPT) #CARA BUAT UJIAN PSIKOMETRIK MyNEPT #MyNEPT (Cara Ambil Ujian Psikometrik Usahawan Nasional Secara Percuma) #MyNEPT: UJIAN PSIKOMETRIK USAHAWAN NASIONAL SECARA PERCUMA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "MyNEPT (Cara Ambil Ujian Psikometrik Usahawan Nasional Secara Percuma)"