PROMOSI CUTI SEKOLAH AIRASIA & CARA TEMPAH TIKET PENERBANGAN
Kepada anda yang merancang untuk membeli tiket penerbangan semasa Cuti Persekolahan, anda boleh membuat pembelian sekarang kerana pihak AirAsia kini akan menawarkan harga tambang tetap yang baru bagi penerbangan dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke beberapa destinasi di Sabah dan Sarawak sempena Cuti Sekolah ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda promosi AirAsia terkini dan cara tempah tiket penerbangan, semoga membantu.
APA ITU AIRASIA
Capital A Berhad (MYX: 5099), beroperasi sebagai AirAsia (digayakan sebagai airasia) ialah syarikat penerbangan tambang murah Malaysia. AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.[4] Kumpulan AirAsia beroperasi penerbangan antarabangsa dan tempatan ke lebih 400 destinasi merentasi 25 negara. Hab utamanya ialah LCCT di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pada awal 2022, syarikat ini yang sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Group Bhd (AAGB) telah menukar namanya kepada Capital A Berhad (Capital A atau Kumpulan) berkuat kuasa serta-merta. Pertukaran nama tersebut dibuat sebagai strategi perniagaan baharu syarikat terbabit untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran produk syarikat tersebut.
TARIKH PROMOSI TIKET PENERBANGAN AIRASIA CUTI SEKOLAH
Semua tempahan tiket promisi akan dibuka untuk tempahan mulai sekarang sehingga 5 Februari 2023 dan tiket penerbangan untuk perjalanan daripada 1 Mac sehingga 30 September 2023.
PROMOSI TERKINI TIKET PERNEBANGAN AIRASIA CUTI SEKOLAH
Sempena cuti sekolah, tambang yang ditawarkan adalah daripada RM36 merangkumi perjalanan sehala ke
- Alor Setar
- Penang
- Tawau
- Miri
- Singapura
- Brunei
- Kaohsiung
CARA TEMPAH TIKET PENERBANGAN AIRASIA
Kepada anda yang ingin mendapatkan harga promosi CNY ini, berikut adalah merupakan cara untuk membuat tempahan tiket iaitu:
- Layari laman web AirAsia: https://www.airasia.com/en/gb
- Pada bahagian atas paparan utama, pilih destinasi berlepas dan destinasi tujuan.
- Kemudian, pilih tarikh penerbangan yang anda inginkan dan klik pada Search.
- Pilih waktu penerbangan yang dikehendaki.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Pilih penambahan perkhidmatan atau add-on jika memerlukan.
- Ikuti porses pembayaran sehingga selesai.
- Pengguna akan diberikan itinerary penerbangan setelah selesai proses pembayaran.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai promosi AirAsia semasa, anda boleh melayari website rasmi AirAsia di pautan https://www.airasia.com/en/gb
ARTIKEL LAIN
CARA GUNA SUPER APP CHECK-IN (Check In AirAsia)
Cheik baki