RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula)

RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula)

RAYUAN STR

Jika anda telah membuat semakan status kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan keputusan permohonan anda adalah gagal,bagaimanakah cara untuk buat permohonan rayuan STR? Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat rayuan berdasarkan kod alasan yang diberikan, semoga membantu.

 

KELAYAKAN PERMOHONAN RAYUAN STR

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

 

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN STR

Permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023 Secara dalam talian (berstatus Tidak Lulus tertentu)

 

KOD ALASAN TIDAK LULUS STR

Jika anda telah membuat semakan status STR ,akan dipaparkan alasan tidak lulus melalui KOD TIDAK LULUS STR  yang dinyatakan. Antara alasan TIDAK LULUS adalah seperti berikut:

KOD TIDAK LULUSALASAN TIDAK LULUS
01Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
02Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
03Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan\ data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
04Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi
05Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
06Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
07Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
08Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000
09Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
10Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi
11Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
12Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
13Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
14Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
15Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
16Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
17Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000
18Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
19Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26Anak telah membuat permohonan lain
27Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
29Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan
30Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap
31Status Perkahwinan perlu pengesahan
32Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
33Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
34Pasangan meninggal dunia
35Anak meninggal dunia
36Pendapatan perlu pengesahan
38Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
41Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan

 

PERMOHONAN RAYUAN STR TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN

Berikut adalah permohonan rayuan yang tidak boleh dibuat secara online bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:

KOD TIDAK LULUSALASAN TIDAK LULUS
19Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26Anak telah membuat permohonan lain
27Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

NOTA: perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan STR yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan)

 

CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN STR

Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.

  1. Melalui atas talian pada laman web MySTR
    • login ke dalam sistem MySTR
    • Klik pada Permohonan Rayuan.
  2. Penghantaran Borang Rayuan STR di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).

NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.

 

SEMAKAN STATUS KELULUSAN RAYUAN STR

Permohonan yang diluluskan akan menerima STR boleh membuat semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian:

  1. Layari laman web rasmi MySTR:
  2. Masukkan  no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Tekan semak
  5. Status STR anda akan terpapar:
    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit
    • Nama Penerima
    • Fasa Pembayaran
    • Jumlah dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
  6. Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.

 

TARIKH BAYARAN KELULUSAN RAYUAN STR

Pembayaran kelulusan rayuan STR akan dibuat bayaran pada (akan dikemaskini kemudian) ⠀

 

KAEDAH PEMBAYARAN RAYUAN STR

Pembayaran Rayuan STR adalah seperti berikut:

  1. Ada Akaun Bank
    • Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini
  2. Tiada Akaun Bank
    • Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

 

SOALAN LAZIM (FAQ) RAYUAN STR

Saya gagal/tidak lulus STR boleh ke buat rayuan?

  • Ya boleh

Bilakah tarikh buka permohonan rayuan STR?

  • 3 hingga 31 Julai 2023

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat mohon rayuan STR?

  • Rujuk alasan dan dokumen yang diperlukan untuk mohon rayuan

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang STR

Sila hubungi nombor hotline BLM di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Sila hubungi nombor hotline BKM di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

ARTIKEL LAIN

MySTR: STR Login Masuk 2023

23 thoughts on “RAYUAN STR (Senarai Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula)”

  1. Aku tak lulus yg ke 2 kod pelik 15. Mempunyai lebih dr 1 kenderaan didaftarkan atas nama….jadahnyer….

    Balas
  2. Tidak Lulus. sebab tak Ada maklumat anak and husband.And says saya gaji lebih rm 5000 tapi Syarikat sudah tutup 31/8/20.saya mahu update profile pun tak bole sekarang

    Balas
  3. Boleh tak kalau saya mohon bantuan bpr skrg..sbb saya tidak penah kemaskini bantuan bpr, bukan saya tak nak,tapi saya tidak tahu ..daya harap boleh bantu saya ,untuk permohonan bpr ..sbb semua rakyat malaysia dapat?

    Balas
  4. saya telah di luluskan bpn tapi bila tukar bpr keputusan bertukar tidak lulus sebab kod 31 apa jg di pertikailan tentang itu sedangkan saya tetap juga bagi makan anak2 saya sekarang ini pkp macamana lg mahu buat rayuan kalau kerajaan mnyuruh kita mngelakkan penyakit covid19 tapi apa akan jadi kalau bpr saya di biarkan ada kah kerajaan akan senang hati sedangkan kerajaan yg ingin mnyalurkan bantuan ini

    Balas
  5. Permohonan rayuan BPN saya tidak lulus saya ingin mohon rayuan kepada pihak berkenaan untuk mempertimbangkan rayuan saya .Dan saya adalah seorang pemegang kad OKU .

    Balas
  6. Kod 05. Perlukan pengesahan maklumat pasangan. Apakah langkah yang perlu dibuat utk tujuan pengesahan tersebut semasa membuat rayuan nanti? Apakah maksud “Pengesahan Maklumat Pasangan” ? Terima kasih.

    Balas
  7. Kami punya fasa 2 bpr gagal knpa bgtu, alasan sbb pnerima gkp, masalah nya gkp tu bkn tuk kmi suami isteri itu untuk kdai, gaji pun x smpai 800 kesian, mana lagi bambung gara gara kena korountin, smoga kali ni kmi lulus la sbb kmi bkn org snang mkn pun cukup cukup jak kesian, brharap raya dpt skli kecewa jak🥺😔

    Balas
  8. Saya mohon bantuan bpr untuk menyara hidup sendiri sebab belum dapat pekerjaan apa – apa lagi ..

    Balas
  9. Ni la yg jadi bila kerajaan langit memerintah Dunia, kerajaan boleh lak scam rakyat, butir pribadi boleh lak di ubah suai sesuka mak Bapak diorang, waspada lah korang semua, pengkalan data kerajaan Malaysia tak Selamat dh, tak mustahil akan datang nama korang yg bersih boleh jadi ada hutang berjuta2

    Balas

Leave a Comment