CARA ISI e-FILING CUKAI PENDAPATAN TAX FREELANCE (Bekerja Sendiri)
Sekiranya anda merupakan freelance atau bekerja secara bebas semestinya bagi musim cukai bagi yang kelayakan seharusnya isi tax melalui sistem e-filing LHDN. Disini kami akan kongsikan kepada freelance untuk isi tax secara online menerusi e-filing LHDN, semoga membantu.
APA ITU FREELANCE
Pekerja bebas atau biasa disebut sebagai freelance adalah pekerjaan yang tidak terikat dengan kontrak jangka panjang tetapi masih mempunyai hubungan kerja yang kuat dengan syarikat. Kontrak yang diberikan kepada pekerja bebas ini biasanya hanya mengandungi projek, reka bentuk, masa kerja, dan juga yuran yang dikenakan. Bayaran yang dikenakan untuk pekerja bebas ini juga berbeza-beza bergantung pada kesukaran projek dan juga waktu penerbangan.
Pendapatan freelancer tidak mempunyai pendapatan seperti bekerja tetap tetapi dibayar mengikut servis yang disediakan. Sekiranya bulan ini ada yang menggunakan servis anda maka anda akan dibayar dan sebaliknya.
FREELANCER YANG PERLU ISI CUKAI PENDAPATAN
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), individu yang berpendapatan melebihi RM34,000 setahun selepas potongan KWSP perlu memfailkan cukai. Mereka yang gagal berbuat demikian boleh menghadapi tindakan undang-undang, jadi pastikan anda lakukan bahagian anda dengan mengisytiharkan pendapatan anda.
Jika anda bekerja secara bebas atau freelance yang menerima pendapatan dari syarikat Malaysia ataupun mempunyai perniagaan sendiri, anda juga perlu membayar cukai jika pendapatan anda mencecah RM34,000 setahun. Ada juga beberapa syarikat yang membuat potongan cukai daripada gaji anda.
BORANG CUKAI PENDAPATAN BAGI FREELANCE
Berikut adalah merupakan antara borang yang digunakan mengikut katagori iaitu:
- Belum mendaftarkan perkhidmatan atau servis anda sebagai perniagaan rasmi, anda harus menggunakan Borang BE, iaitu borang khusus untuk individu yang tidak memiliki perniagaan.
- Sekiranya anda mempunyai syarikat berdaftar, anda perlu memfailkan cukai anda dengan Borang B.
CARA ISI e-FILING FREELANCE
Berikut adalah merupakan panduan untuk mengisi e-filing iaitu:
- Log masuk ke portal MyTax: https://mytax.hasil.gov.my/
- Pada paparan utama klik pada menu Perkhidmatan ezHasil, pilih e-Filing.
- Paparan akan menunjukkan e-BE Tahun Taksiran Semasa, e-Permohonan Pindaan BE, e-Borang dan e-Semakan Pengesahan
- Klik e-Borang untuk pilih borang e-Filing dan tahun taksiran yang betul untuk status anda.
- Ini senarai borang e-Filing LHDN yang ada di portal MyTax untuk rujukan anda:
- Individu Pemastautin
- e-BE: Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
- e-B: Ada Punca Pendapatan Perniagaan
- e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Bukan Warganegara Memegang Jawatan Utama atau Pekerja Berkepakaran (Program Kepulangan Pakar) yang telah diluluskan oleh Menteri
- Borang nyata bagi Individu Bukan Pemastautin
- e-M: Borang nyata bagi Individu Bukan Pemastautin
- e-MT: Pekerja Berpengetahuan adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Menteri
- Bukan Individu
- e-P: Borang Nyata Perkongsian
- e-E: Borang Nyata Oleh Majikan
- Individu Pemastautin
- Maklumat pada borang e-Filing terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
- Maklumat Individu
- Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
- Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
- Rumusan
- Sila isi dengan lengkap kesemua maklumat yang diperlukan untuk memudahkan proses pengiraan cukai pendapatan anda dan pelepasan cukai anda
- Akhir sekali anda perlu sahkan borang cukai taksiran kemudian hantar kepada pihak LHDN secara online
- Jika anda sudah berpuas hati dengan borang yang diisikan, sila klik ‘Tandatangan & Hantar’.
- Apabila anda sudah klik, skrin Tandatangan akan dipaparkan. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisikan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kelayakan dan panduan freelance isi tax, anda boleh merujuk portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/
ARTIKEL BERKAITAN:
- ezHASiL eFiling CUKAI PENDAPATAN (CARA ISI UNTUK KALI PERTAMA)
- CUKAI TAKSIRAN/PINTU (CARA BAYAR ONLINE SETIAP PBT)
- E-JANJI TEMU HASIL :CARA TEMUJANJI ONLINE LHDN(Urusan Cukai/Duti Setem & CKHT/STR)
Kenapa bpr fasa 1 saya dapat, tapi bpr fasa 2 katanya saya tak lulus
Alasannya pendapatan kat borang saya tu melebihi, padahal saya dah tetapkan bujang pendapatan paling rendah
Dan saya tak usik apa2 pun pada borang dan maklumat2 saya
Mungkin sistem salah baca maklumat ni
Assalamualaikum.. Nk tnya ckit nii.. Dlm bpr maklumat tulis berjaya KREDIT, tp dlm akaun bank duit xada pon.. Duit bpr sy yg fasa pertama pon x masok2 pon nii.. Dri bulan 2 aritu lg sy punya laa dok tnggu,smpai laniii x masok2 pon aih.. Klu cmni, Nk kena bt cmna ?? Mntk jasa baek semua,sapa2 yg taw nii.. Mntk tlong perjelaskan sat kt sy nii naaa🙏🙏🙏.
Status telah dibayar, 5/5/2021.
Namun sampai 8/5/2021 tiada khabaran mahu pun mesej .. .
BPR fasa 1 lulus berjaya dikredit tiba tiba Fasa 2 TIDAK LULUS alasan pemohon penerima GKP…..penerima GKP pun berniaga kt pasar mlm je…mana ada pendapatan tetap..menghampakan betul…
Sya lulus tapi dri 7 mei smpi mau msk 13 mei nda abis2 proses prkerditaan blh sesiapa jelas kan?
Biase ok je masuk….nie Tak masuk2…bsn biase sekejap…nie hawau lah
Hai saya ada nak tanya fasa 2 bpr saya belum masuk lagi tapi sudah lulus,,lagi satu acc bank bpr saya adalah atas nama isteri saya,,fasa 1 ada masuk
Saya pun sama , duit BPR FASA 2 tak masuk2 .. smpai sekarang .. CIMB BANK
Sama la..tk masuk lg..status lulus.. Mengharapkan hati org betul..
BPR fasa 1 LULUS berjaya di kredit.Tiba-tiba fasa 2 TIDAK LULUS alasan pemohon penerima GKP .saya berniaga kecil-kecillan
tak ada pendapatan tetap….Menghampakan betul
CHECK STATUS SEMAKAN LULUS DAN DALAM PROSES PENGKREDITAN..TAPI SAMPAI SEKARANG 21.05.2021 BELUM MASUK DI BANK CIMB..ADA PENJELASAN?
BPR fasa 1 LULUS…dapat mesej LULUS fasa 2…tpi check duit belum lagi bank in today 29/5/2021dah…macamana ni
knapa lulus tetapi duit x masok